:p

coretlah apa yang terlintas... satu terapi untuk menenangkan prasaan.. hee~ sesungguhnyer.. law ade terasa i'm really sorry... bukan niat... juz wanna to confess!!

Ahad, 30 Mac 2014

Suamiku Jururawat Isteriku Doktor

assalamualalikum guyz..
apa khabar...??
hope semua pembaca ok2 aje semua yer.. ameen...

hahaha.. ramai ker pembaca di luar sana??
mm, who'll knows right...
even hanya 2 3 orang jer datang baca...
still thanks to you cuz melawat blog yang tak seberapa nih.. hee.. :)

actually baru lepas habis tengok cerita Suamiku Jururawat Isteriku Doktor...(baru episod 2) at TV3.. 
hahaha... sweet n funny lahh cerita niyh... lakonan Yana Samsudin and Tomok... 
ok lah.. menepati citarasa...... x sabar nak tengok sampai episod terakhir..
memey jadi peminat setia lah lepas niyh... :p


******************************************

Sinopsis..(copy paste)

Drama ini mengisahkan mengenai Mikhail yang dibesarkan oleh ayah tunggalnya yang bekerja sebagai pemandu kepada Datuk Shahrizal. Ibu Mikhail meninggal dunia dalam kemalangan ketika menghadiri temuduga untuk menjadi seorang jururawat. Sejak itu, ayah Mikhail menanam harapan agar Mikhail menjadi seorang jururawat suatu hari nanti, demi impian arwah ibunya yang tidak kesampaian. Dan kini, Mikhail hampir mencapai cita-cita itu apabila belajar di sebuah kolej kejururawatan.

Hidup Mikhail berubah apabila ayahnya maut selepas cuba menyelamatkan Datuk Shahrizal daripada kes samun. Kematian ayahnya itu menyebabkan Mikhail hidup sebatang kara. Datuk Shahrizal yang rasa terhutang budi, terus menyuruh Mikhail berpindah ke rumahnya. Dia amat menyukai sifat Mikhail dan dalam diam, menyimpan impian untuk memadankan lelaki itu dengan anak perempuannya. Dr. Suriati yang bakal pulang ke tanahair.

Bagaimanapun, kedatangan Mikhail di dalam rumah itu menyebabkan isteri Datuk Shahrizal, iaitu Datin Ila berasa tidak selesa. Bukan sahaja merasakan Mikhail bakal merampas perhatian suaminya, Datin Ila juga merasakan Mikhail cuba mengambil kesempatan terhadap kemewahan keluarganya. Sikap nakal dan suka mengusik Mikhail juga menyebabkan Datin Ila selalu jatuh ke dalam perangkapnya.

Buat sementara waktu, Mikhail hidup dengan selesa di rumah itu. Sehinggalah Dr. Suriati pulang ke tanahair untuk menyambung tugasnya di sebuah  hospital swasta. Dipengaruhi oleh ibunya, Dr. Suriati juga tidak suka dengan kehadiran Mikhail.  Dia juga merasakan Mikhail seolah-olah telah merampas kasih daripada ayah kesayangannya. Datuk Shahrizal akhirnya masuk campur dan mahu anak perempuannya itu berkahwin dengan Mikhail. Sungguhpun tidak bersetuju, Dr. Suriati tidak berani mengingkari kehendak ayahnya, lebih-lebih lagi, Datuk Shahrizal jatuh sakit teruk selepas itu.

Atas ketegasan ayahnya, Dr. Suriati pun akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan Mikhail. Namun begitu, di sebalik perkahwinan ringkas yang tidak diketahui ramai itu, Dr. Suriati dan Mikhail bersetuju untuk merahsiakan status mereka di khalayak ramai. Kerana tidak wujud sebarang rasa cinta, Dr. Suriati juga mendesak Mikhail agar mereka tidur berasingan, tidak bersentuhan dan sentiasa bergaduh kerana perbezaan sikap.

Dr. Suriati dan Mikhail akhirnya ditakdirkan bertugas di hospital yang sama. Di situ, Dr. Suriati bertemu semula dengan kawan lamanya, Dr. Fitri, yang pernah menyimpan perasaan terhadapnya. Begitu juga dengan Mikhail yang menemui Timor yang turut menjalani latihan praktikal di hospital yang sama.  Bagaikan sengaja mahu menimbulkan rasa cemburu masing-masing, Dr. Suriati dan Mikhail berlumba-lumba mendampingi teman lama mereka.

Keadaan ini menyebabkan banyak konflik berlaku, lebih-lebih lagi, apabila Dr. Fitri semakin jatuh hati kepada Dr. Suriati. Begitu juga dengan kemunculan Timor yang bermatian-matian cuba merebut cinta Mikhail.  Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

***************************************

ok, maybe bagi pembaca NOvel di luar sana mesti berasa.. "eleh, biasa sangat, cerita macam niyh tak advance.. tak der kelainan"..  or akan cakap macam ni.. " booorrriinggg"...

ahaha.... kan ? kan? pembaca novel sekalian..
mana tak nya, kebanyakkan novel yang korang layan tu semua sinopsis hampir sama macam kat atas ni.. 
alih-alih macam ni jugak......
  1.  kahwin tanpa rasa cinta atau bercinta selepas berkahwin.... 
  2. semasa alam perkahwinan mereka sedang dalam proses mencari cinta masing2.. (slow and steady)-mengenali pasangan mereka
  3. at the end, trima jugak antara satu sama lain.....
haih... kan plot yang sama...... TETAPI.....

even plot yang sama, kisah yang dipamerkan adalah berlainan...
hahaha... list yang diatas tuh terkandung dalam banyak drama yang diapdatasi daripada novel...
seperti... Sebenarya saya Isteri Dia, Kampung girl, Love You Mr Arrogant, dan Projek Memikat Suami..
akan TETAPi, bukannya semuanya menepati cita rasa aku...

Contohnya, (PMS) Projek Memikat Suami, aku dah berapa kali khatam novel dia.. best sangat >_<
memang drama dia selalu lah ku nanti at AstroRia.. tapi apa yang ditayangkan tak lah seperti yang diharapkan..
babak romantik dia tak feel macam dalam novel lahh...  perh... then  dramanya walaupun pelakonnya Aiman Hakim and Emma Maembong, tapi drama tuh macam tergesa-gesa...haih.. pendapat akulah...

mana taknya, scene dorang bersama really i x feel (romantic accept yang part sedih tu adalah) ..
maksud aku part dorang bersama tuh seriuzly x tunjuk prasaan romantik (dengan lebih lama)
even dah berbaik... tahu2 jer berbaik(kejap) then part gaduh tuh lama ... 
seriuz talk.. tak seimbang lahh~~
walau macam mana pun, drama ni taklah teruk but still qiute OK lah... juz tak menepati citarasa..


IF nak buat drama bergenre Romantik buatlah slow motion ataupun sederhana(janji tak tergesa-gesa), barulah berkesan...
actually bukan babak romantik jer, tapi semua babak yang melibatkan perasaan...
kalau nak buat rujukan , cer layan drama2 korea....  perh.... memey layan r... berbakul-bakul air mata aku layan cerita Wonderful Mama and Incarnation Of Money.. Babak Romantiknya pun buat aku teruja.. hehe..

ok, untuk entri kali ni.... aku bercakap tentang Suamiku Jururawat Isteriku Doktor... 
Tengok iklan pun rasa teruja... dengan pelbagai telatah watak yang diberikan menjadikan drama ini harmoni...  Yang Penting telatah watak and babaknya mencuit hati di sanubari penonton...


jadi, apa yang aku harap ialah.. aku takkan kecewa dengan drama kali ni...
Untuk episod 2..  Setakat ini ok lah... 
their body language pun still ok... thumbs up PENGARAH....



p/s : Sehebat mana pun Pelakon dalam sesebuah Drama atau Filem, Hebat lagi Pengarahnya.... haha..