:p

coretlah apa yang terlintas... satu terapi untuk menenangkan prasaan.. hee~ sesungguhnyer.. law ade terasa i'm really sorry... bukan niat... juz wanna to confess!!

Sabtu, 19 Julai 2014

Pray 4 Gaza n MH17

assalamualikum guyz...
hope semua sihat belaka ye..
alhamdulillah aku sihat walafiat sempena bulan ramadhan ni, walaupun aku seringkali tinggal solat farduku.. hehe.. XD
malam aku tulis "artikel" ni, malam ke-21.. yakni antara malam yang dipilih untuk berlakunya malam lailatulqadar... dan aku masih disini--depan laptop dan tak solat isyak lagii.. (dah sedar bukan nak segerakan-haihh.. -_-' )

dah aku dah start mengarut... hohoho... suka hati lah, ni blog aku, nak tulis apa aku punya pasal-- "silalah bagi pelempang"
ok, btw di bulan penuh keberkatan ni, aku berasa sedih dan pilu sangat atas apa yang berlaku kepada saudara Palastine di Gaza.. apa yang Israel buat memang tak berperikemanusiaan..  Hampir semua mereka bom.. Sungguh dahsyat sekali penderitaan rakyat Gaza.. walaupun aku rasa macam nak penyek2 jer rakyat Israel ni, tapi dalam pada masa yang sama aku rasa cemburu akan rakyat Palastine.. sebab apa? sebab free2 jer mereka mati syahid.. mati ke jalan Allah... conform2 mereka dapat masuk ke syurga kan.. awww, jealous nyerr.. ><

Dalam pada masa yang sama, berlaku pula sejarah tentang kemalangan pengangkutan udara di negara kita.. Selepas berita gempar yang mengejutkan tentang MH370 beberapa bulan yang lepas, sekarang muncul pula berita tentang terhempasnya pesawat MH17 di Ukraine ... kenal tak negara Ukraine ni? ops, bakal negara sebenarnya... meh sini nak habag kat korang semua..

Ukraine ni pada asalnya sebuah negeri daripada sebuah negara besar yang merupakan antara lima kuasa besar dunia, apa lagi kalau bukan Russia, negara yang terkenal dengan pembuatan senjatanya. Seperti mana yang digembar-gemburkan, Ukraine dan Russia sedang berada dalam krisis dan mereka akan berperang.. Ukraine mahu menjadi sebuah negara yang berdaulat dan mahu Russia melepaskan kekuasaanya terhadapnya. Tapi, macam biasa lah, macam lah Russia ni nak melepaskan aset(Ukraine) berharga ni senang2 jer kan... bak apa yang orang selalu cakap, "semakin besar tanah yang dimiliki semakin besar kekuasaan dan kekayaanya"-seriuz, ini pepatah zaman dulu lahh... agak kurang relevan kalau dipakai  pada zaman sekarang.. kurang yee, bukan tak relevan langsung k.. kenapa aku cakap macam tu? mana taknya, walau sebesar mana tanah sekalipun kalau tanah itu hanya gurun dan hanya diliputi ais/salji semata-mata, tak dapat mendatangkan hasil tak guna jugak kan... Kalau korang tengok map, Russia ni memang besar n ofcourse lah lebih besar daripada Malaysia.. Aku sebenarnya jarang dengar lah tentang kewujudan negara ini berkaitan dengan hiburan(artis2, drama, filem, gosip or seangkatan dengannya). Apa yang aku tahu tentang senjatanya.. Sesiapa yang tak tahu tu, negara kita banyak mengimport senjata daripada Russia tau.. Yap, negara(Russia) yang terkenal dalam pengekspotan senjata.. dan negara ini banyak menjalankan ekonomi mereka dengan area benua Eropah walaupun kedudukan geografinya terletak di benua Asia.

Ah, crap! apa yang mengarut ni, dah macam karangan artikel infomasi dah aku tengok.. huhuhu.. !_!
Ok, aku sambung..  walaupun negara Russia ni besar, tetapi tanah yang dimiliki kebanyakan ialah gurun(selatan) dan ais(utara)-tempat tinggal haiwan. Walaupun begitu, negara ini diketagorikan sebagai negara maju. Nak dijadikan cerita, Ukraine ni pulak salah satu tempat yang maju yang mana terdapat tanah yang subur, manusia yang terpelajar, bangunan pesat dan seangkatan dengannya lah.. Yang penting, Ukraine bukan gurun dan ais yang mana kemungkinan manusia tinggal hanya 0.17%- suka2 aku jer buat anggaran hehe.. :) Sebab itu lah aku cakap Ukraine ni ialah aset yang berharga bagi Russia.

Mungkin takdir sudah ditetapkan, MH17 terhempas di sempadan Ukraine pada 17 Julai 2014. Perkara sudah terjadi. Mungkin ada hikmah disebalik ini. Orang cakap meninggal di bulan ramadhan dapat masuk syurga.. Insyaallah.. kira bonuslah penumpang MH17 yang beragama Islam. Bagi keluarga penumpang Islam, bersangka baiklah dengan Allah. Sememangnya hati ini pilu mendengarkan pemberita mengkhabarkan rentetan sms mangsa dengan keluarganya menunjukkan semangat untuk menyambut perayaan bersama-sama pada Syawal yang bakal menjelma, tetapi tiada siapa dapat menolak ketentuan-Nya andai nyawa mangsa ditarik sakaratul maut melalui insiden dahsyat ini.

Walau macamanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian insiden ini. Ada desas-desus mengatakan bahawa pesawat MH17 ditembak. Entahlah.. hanya menunggu keputusan.. Sekarang kotak hitam telah ditemui dan diserahkan kepada pihak Ukraine untuk siasatan lanjut.. Kita tunggu jer lah keputusannya.

Ya Allah, tetiba rasa kasihan pula pada pihak MAS, sekali lagi nama ini naik. Dulu berkenaan dengan MH370, now, MH17 pula. Ini memang dugaan bagi syarikat besar ini. Apapun, aku doakan semua yang terbaik.

p/s : Hanya doa yang mampu kami hulurkan memandangkan kami bukan ahli sukarela yang ditugaskan bagi membantu kalian disana -Gaza...
Info Russia diperolehi dari sumber lisan semasa my STPM.. :)