:p

coretlah apa yang terlintas... satu terapi untuk menenangkan prasaan.. hee~ sesungguhnyer.. law ade terasa i'm really sorry... bukan niat... juz wanna to confess!!

Ahad, 6 September 2015

Drama Melayu #1- Suamiku Encik Sotong

Assalamulaikum.
Entri kali ni, tengok tajuk dah tahu aku nak review pasal citer apa kan.
Suamiku Encik Sotong... Entri review pertama aku tentang drama Melayu.. bukan 1st ranking aw.. juz my 1st choice untuk menceritakan dahulu di blog ini.

Well, malas nak berceloteh panjang.
Sebab kan aku nak delete lambakan cerita di hard disk aku yang kian penuh ni, aku nak abadikan apa yang aku tengok kat sini.
Aku ni ada penyakit amnesia---- apa yang aku pernah tengok, pernah ingat senang aje lupa.. haih... makin aku membesar.. makin menjadi-jadi penyakit lupa aku ni..
Aku harap dapat kembali macam dulu dimana kuat jugak ingatan aku..
Jelas di sini, Allah nak tarik nikmat yang aku miliki sebelum ini-- kuat ingatan-- banyak sangat dosa kot aku ni.. huhu..

Suamiku Encik Sotong menampakkan kelainan dalam pertengahan dan pengakhiran cerita
Korang boleh anggap lain dari yang dari common cerita Melayu yang ada.
Maybe siapa yang baca novel dia tahu lah.--- haha aku tak baca novel, so lepas tengok cerita ni, baru tahu.
Apa yang lain?
meh sini nak habag... kelainan nyer.... jeng jengg....
.......................................

ok, jom kita amik tahu dulu cerita dia tentang apa actually..

haha... tengoklah position jari tunjuk dan baju pink Farish n, reben hijau kat kepala Rika n berpakaian feminin
Selalu jak gadoh diorang ni.
Sebenarnya, ia tentang wasiat nenek yang diamanahkan kepada pewaris-pewarisnya. Dan di sinilah bermulanya perikatan sebuah hubungan antara Farish(lakonan Sharnaaz Ahmad) dan Erika(Lakonan Amyra Rosli). Farish ni perwatakan sotong and kelakar pulak bila tengok Sharnaaz yang berlakon.. haha...Tapi, agak terhibur gak tengok Sharnaaz ni, walaupun tak beberapa sotong ni.. Mungkin watak Farish ni Sotong jenis brutal.. haha, mana taknya selalu jer bergaduh dengan Erika yang mana gugurl yang jenis brutal jugak. Erika nampak kasar(boleh tengok cara dia bercakap dengan orang), tapi penampilan dia masih gegurl sebab dia selalu pakai reben kat kepala and berpakain feminin. Erika tak suka dengan Farish sebab dia sotong dan mereka sering bergaduh sesama sendiri. Keadaan makin teruk apabila mendengarkan wasiat nenek mereka di mana mereka perlu kahwin jikalau tidak ke semua harta nenek mereka akan jatuh ke tangan badan-badan kebajikan dana anak guam syarikat.
Puan Sri Kahaleeda, nenek mereka, mempunyai 2 orang anak dan sorang anak angkat. Farish juga merupakan anak angkat kepada anak angkat(sentiasa di panggil mama yang juga baik kepada Erika). Kira dalam family ni, Erika dan Farish dikatogerikan sebagai sepupu angkat.

Pada mulanya mereka memang tak setuju dengan wasiat nenek itu, Tapi, mengenangkan mereka tidak akan mendapat sebarang harta jika syarat tidak dipenuhi, Mak ngah mereka terutamanya telah mendesak mereka supaya berkahwin dan mempengaruhi kesemua ahli keluarga untuk mengikuti syarat itu. Sesungguhnya makngah mereka tamak harta. Sehingga kan menyuruh anaknya, Izhan yang juga sepupu Erika dan Farish (lakonan Amar Bahrin) memikat Erika semata-mata nak bolot semua harta, Izhan pula anak yang menurut kata, jadi Iz dengan relanya memikat Erika dan dalam pada yang sama hatinya juga telah terpikat dengan Erika.

Syarat yang dikenakan ke atas Farish dan Erika ialah, perlu berkahwin dan perkahwinan itu hendaklah sekurang-kurangnya bertahan selama 3 tahun. Mereka juga diberi Kondo yang terletak di KL dan Farish hendaklah menyambung pelajaran di KL. Rumah asal Farish yang juga rumah arwah terletak di Melaka dan kini rumah tersebut diduduki oleh mama Farish. Farish berkahwin bukan sebab harta, tetapi sebab wasiat nenek(Farish amat sayangkan nenek dia) dan sebab Farish dicabar oleh Erika. Namun di KL Farish tinggal berseorangan manakala Erika tinggal bersama ayahnya(seorang duda).

Seriuz talk Hanis Zulaikha ttp comel even berpakaian tomboi.
Sahabat Bertiga.. Shua n Risy alway look feminin.. Ewaahh..
Secara tak sengaja, mama Farish telah mendaftarkan Farish di sebuah Universiti yang sama dengan Erika. Di sini lah Farish bertemu dengan Dhia(lakonan Hanis Zulaikha) yang perwatakan tomboi dan mereka berkawan baik dengan sorang lagi kawan mereka yang bernama Shua(lebih sotong dari Farish-haha).. Dhia juga lah yang bertanggungjawab mengubah penampilan Farish daripada sotong kepada 'lelaki'. Dhia juga dalam diam2 menaruh perasaaan terhadap Farish dan Farish juga begitu.

Perkahwinan Farish dan Erika adalah berlandaskan wasiat nenek mereka semata-mata, tanpa cinta. Tinggal juga berasingan, course di Uni juga berlainan. Mereka membuat hal masing-masing walaupun status mereka adalah suami isteri. Status mereka juga dirahsiakan dari semua rakan2 mereka di Universiti waima kepada sahabat-sahabat mereka. Perkahwinan ini, hanya keluarga mereka sahaja yang tahu dan ini termasuklah Izhan. Ibu kepada Izhan yang juga dipanggil sebagai makngah tamakkan harta sanggup menggunakan anaknya dengan menyuruh Izhan memain-mainkan perasaaan Erika dengan mengahwininya selepas Erika bercerai dengan Farish dan apabila dapat segala-galanya tinggalkannya dan berkahwin pula dengan menantu pilihannya yang juga anak orang berada. Namun begitu, makngah bagaikan terkena jerat sendiri apabila Izhan jatuh cinta dengan Erika.

Orang tengah bercinta, jangan cakap ler, Epy memanjang lerr
Izhan, alolo sweetnyer..
Dalam tempoh 3 tahun perkahwinan Erika dan Farish, aku tunggu juga, bila diorang nak jatuh cinta ker apa.
Sebab, kebanyakannya mereka buat haluan masing-masing dimana Erika bercinta dengan Izhan  dan Farish pula bercinta dengan Dhia.
Sampai lah satu tahap, Erika buat surprise kepada Izhan dengan melawatnya di Bali yang ketika itu Izhan ada trip dengan pekerjanya. Dan pada masa itu lah mereka terlanjur dan akhirnya Erika didapati mengandung. Izhan meminta maaf kepada Erika dan akan bertanggungjawab atas segala-galanya. Erika pun merasa jijik dengan dirinya kerana telah melakukan perbuatan terkutuk itu yang pada masa itu masih berstatus isteri orang.
Setelah kejadian itu, Erika decide untuk tinggal bersama Farish dan tempoh 3 tahun yang nak sampai ke penghujungnya terpaksa dipanjangkan sebab Farish sanggup menjadi Pak Sanggup kepada anak Erika dan Izhan. Farish juga pada mulanya marah dengan Erika tapi disebabkan Erika pernah ada cubaan untuk gugurkan anak itu dan membunuh diri, maka Farish sanggup menajdi 'Pak Sanggup'. Erika pula taknak sesiapa tahu tentang kejadian terkutuk yang pernah dibuat lebih-lebih lagi dengan papa kesayangannya. Dengan kelaruan emosi, Erika juga taknak memberitahu Izhan bahawa dia mengandung anaknya (mungkin kerana takut sakit hati).

Erika pula mula menjauhkan diri dari Izhan, setelah makngah masuk jarum dengan memberitahunya Izhan telah bertunang dengan menantu pilihannya. Makngah yang juga tahu anaknya sudah tangkap cintan dengan Erika ingin memutuskan hubungan diorang. Kini, makngahnya tak kisah dengan harta keluarga, kerana fokusnya telah beralih kepada harta menantu pilihannya itu. Lagipun, makngah juga tidak suka akan Erika kerana Erika sering bercakap kasar terhadapnya.
Sedang Erika menjauhkan diri, Izhan mencarinya dan cuba menghubunginya namun tidak mampu tergapai.

Farish dan Dhia juga sedang hangat bercinta dan dalam pada yang sama Farish menjaga Erika dengan baik. Hubungan Farish dan Erika juga bertambah baik.

************************************************ teeetttt*******

jap, kenapa aku dah macam cerita satu- satu ni..
haih, kata nak bagi ringkasan n review,, hisyhh.. ni lah aku, bila da start bercerita..
menaip jer tak ingat dunia.. haihh..

ok, 1stly, aku pelik, kenapa Erika nak larikan diri dari Izhan.. bagi tahu jer lah si Izhan tuh biar dia tahu ngandungkan anak Izhan.
Izhan pun cari Erika, siap tanya kandungan tuh anak dia. Tapi tuh lah Erika taknak mengaku. Haih sakit hati jugak dengan  diorang ni, main tarik tali. Izhan dah cakap dah dia akan bertanggungjawab semuanya. Yang Erika nak jauhkan diri tuh kenapa.. Then biarkan Farish untuk bertanggungjawab sementara Farish masih berstatus suami kepada Erika.

BTW, mama Farish tahu yang itu bukan anak Farish tapi anak Izhan. Tapi masih merahsiakan kepada ahli keluarga yang lain. satu tindakan yang bijak. Sebabkan Erika mengaku itu anak dia dan farish dan bukannya anak Izhan, Izhan begitu kecewa dan hilang arah untuk seketika. Makngah telah menjadi pandu arah dengan menyuruh Izhan bertunang dengan menantu pilihannya. Melihat Izhan bertunang dengan orang lain, Erika begitu sakit hati. Dan pada masa yang sama, menantu pilihan makngah telah menjemput Dhia hadir ke majlis tunangnya, dan di sini lah kebenaran terbongkar tentang status yang dimiliki Farish--suami orang.

Saat itu, Farish meminta Erika untuk memperjelaskan perkara sebenar kepada Dhia, namun pada masa itu juga Izhan tetiba muncul di belakang Erika, dan Erika terpaksa dulu merahsiakan perkara sebenarnya. Dan Dhia akhirnya sakit hati, patah hati, hatinya terasa dirobek2 lalu menjauhkan diri dari Farish. Farish begitu marah dengan Erika---- marah sangat sampai menyediri seketika dan menjauhkan diri dari Erika ( tak balik beberapa hari) . Erika makan hati, dan akhirnya membawa diri juga.

Erika yang perutnya semakin membesar telah pergi menumpang hidup di sebuah madrasah anak-anak yatim yang ditubukan oleh kenalan barunya yang terletak di Pahang. Farish yang hanya memikirkan tentang Dhia dan  tidak memperdulikan langsung tentang kehilangan Erika dan menganggap Erika pergi tidur di rumah papanya. Sehinggalah mamanya bising bertanya ke mana Erika pergi. Dhia pula membawa diri ke kampungnya dan memutuskan hubungan dengan Farish. Namun begitu, Dhia masih teringat-ingat akan Farish. Jelasnya cintanya belum hilang walaupun hatinya hancur dengan penipuan Farish. Izhan pula sejak bertunang, semakin teringat-ingat Erika. Dia berasa sangat marah apabila bayi yang dikandungkan itu bukan anaknya tetapi anak Farish dan dia berasa begitu dikhianati oleh Farish sebab dia begitu yakin dan pasti serta meletakan sepenuh kepercayaan pada Farish, bahawa Farish tidak mengapa-apakan Erika setelah berkahwin.

Keadaan makin tegang dan cemas apabila papa Erika sudah lama tidak berjumpa dengan Erika, lalu ingin ketemunya. Papa Erika telah berjumpa Farish di butiknya untuk bertanya tentang Erika. Tetapi hampa, apabila Farish memberitahu Erika tiada bersamanya dan ingat Erika bersama papanya. Papa Erika begitu terkilan kerana selama dia call Erika untuk bertanya khabar, Erika cakap dia baik-baik sahaja di rumah Farish. Papa begitu kecewa dengan Farish sebab isteri hilang sebulan pun tak sedar.

Mulalah pencarian Erika sehingga melibatkan pihak polis. Tapi masih tak jumpa. call dari papa pun Erika tak angkat sebab tembelangnya sudah pecah iaitu dia bukan berada di rumah Farish. Sampailah satu masa MAMA Farish tidak tahan kerana Farish sering dipersalahkan dan menyruhnya memberitahu perkara sebenar tentang kandungan Erika. Ini kerana sebab mulut makngah yang tiada insurans dan suka sakitkan hati orang, Apabila segalanya terbongkar, makngah begitu menyesal dengan perbuatannya, Izhan pula rasa dikhianati oleh Farish tekubur dan rasa bersalah atas perbuatan terkutuknya dulu. Papa pula berasa marah dengan Izhan tentang apa yang dilakukan tapi apakan daya semua sudah ditakdikan.

Erika pula tengah sarat mengadung dan akhirnya selamat melahirkan anak lelaki. Semasa tempoh kesaratannya itu, Erika telah banyak menginsafkan diri dan dekatkan diri pada yang Esa. Setelah melahirkan, Erika masih tidak mahu mengkhabarkan berita itu kepada keluarganya keran dia malu dengan dirinya sendiri. Tetapi kenalan barunya itu mengambil senyap-senyap telefon bimbit Erika dan menghubungi keluarganya kerana kenalan(tak ingat nama-haha) bersama suaminya itu risau terhadap Erika. Mereka yang juga mengetahui perkara sebenar tentang Erika lalu mengasihaninya dan tak mahu perkara ini dihadapi oleh Erika seorang. Apa pun masalah ini harus diselesaikan.

Apabila Farish dihubungi dengan nombor yang amat dikenali itu, yang mana mengkhabarkan dimana kedudukan Erika dan selamat melahirkan oleh suara orang lain yang tidak dikenalinya, Farish berasa lega dan gembira dan telah meberitahu kepada semua ahli keluarga mereka. Mereka telah pergi ke Pahang untuk menjemput Erika.

Erika begitu terkejut dengan kedatangan mereka. Makngah juga ada di situ kerana dia berasa bersalah sangat terhadap Erika dan telah memohon ampun. Amat sukar bagi Erika untuk menerima perubahan mendadak ini, dan tidak pulang terus berasama mereka. Tetapi meminta waktu untuk berhabis pantang di Pahang itu sebelum balik ke KL. Makngah juga telah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan Izhan dengan menantu pilihannya. Kini, makngah tahu Izhan begitu amat mencintai Erika dan menyokongnya lebih-lebih lagi anak yang dilahirkan Erika itu adalah cucunya sendiri.

Erika dan Izhan sudah selesai, kini Erika perlu menyelesaikan salah faham Dhia terhadap dirinya dengan Farish. Erika telah berjumpa dengan Dhia dan menceritakan segala-galanya. Dhia pelik jugak dengan pasangan ini, biasanya bila dah kahwin, mereka mesti mempunyai perasaan cinta tapi tak bagi Farish dan Erika. Mereka akhiri hubungan mereka dengan penceraian.

tengok dari position ni baru sedar.... Tinggi jugak Hanis yerr
Kini baru ku tahu perbezaannya.
So, That's it. Erika ahirnya dengan Izhan dan Dhia dengan Farish. Pengakhiran yang sangat lain dari yang lain. hahaha.. aduh, dah tak fikir dah citer niyh relevan dengan tajuk sebab sotongnya sudah hilang lah dipertengahan jalan... Fokus cerita macam pada Izhan, sebab Izhan selalu cari Erika, dan Farish pula sibuk melayan Dhia. Maybe penulis mahu ketengahkan kisah Erika semasa bersuamikan Farish. Lagipun kurang babak Farish bersama Erika, memang aku rasa cerita niyh macam dua kisah cinta yang dipisahkan melalui wasiat nenek walaupun cinta itu datang lepas dorang berkahwin. Keadaan lebih teruk apabila Erika terlanjur dan mengandung.. Tempoh perkahwinan dipanjangkan, IZhan dan Dhia salah faham pada awalnya. Dan akhirnya happy ending walaupun pasangan watak utama bercerai.. hahahahaha.... Dan ini lah kelainan cerita ini daripada common drama yang kita tengok.

Ok, itu sajalah setakat ini, Wow! panjang juga aku mengarang.. agak2 ada bakat tak aku jadi penulis? rasa dah banyak guna ayat baku dalam entri kali ini. ok, lepas au bercerita panjang kat sini, now i will say bye2 kat citer ni.. Shift delete 20 episode citer dari ahrd disk aku. Papepun aku suka jugak lagu opening dia.
idos.

p/s : jangan sesuka hati nak gatal nak  berdua-duaan dengan berlainan jantina yang bukan muhrim terutama tempat sunyi-sunyi sebab ada syaitan akan menggoda kalian.