:p

coretlah apa yang terlintas... satu terapi untuk menenangkan prasaan.. hee~ sesungguhnyer.. law ade terasa i'm really sorry... bukan niat... juz wanna to confess!!

Ahad, 16 Februari 2014

aku keliru!

Hai... Asalamualaikum.. ^_^

apa khabar semua.. sihat... alhamdulillah..

sejak petang tadi , fikiran aku  adalah untuk menulis sesuatu di blog hari ini..
keinginan di hati untuk menulis entri mengenai solat jenazah. dengan memaperkan lukisan untuk menerangkan secara khusus bagaimana cara dan aoa patut dibuat..maklumlah aku pergi kursus solat jenazah tadi di surau..
tapi, malangnya, balik daripada kursus tadi aku terus terlelap.. huhu.. :'(

patutnya aku melukis step by step tentang apa yang ku pelajari petang tadi..

tapi, nak buat macam mana, tidak kesampaian hajat itu..
ok lah, lain kali aku akan memasukkan entri mengenai solat jenazah k.. aku nak share dengan korang tentang ilmu yang aku dapat tadi... tetapi pada entri akan datang... Insya Allah..

entri pada kali ini aku lebih ingin menulis tentang apa yang ku rasa sekarang...

berikanlah cahaya petunjuk-Mu yang boleh menghangatkan di kala hatiku membeku dingin.
apa yang berlaku tadi.. betulbetul berjaya buat aku runsing, susah hati dan sedih..
ini hanya berlaku di FB..

ok, bermula pada khamis lepas, aku call Puan Chan nak tanya pasal Ulangan sem 3 tuh, then dia tanya aku pasal duit kelas atau lebih tepatnya duit kelab Tingkatan 6.. Aku bukan bendahari, so, aku tak tahu apa-apa pun.. dia suruh tanya bendahari kelas aku, iaitu Siow Swen pasal duit kelas tu..

Dia nak duit kelas tu...

Jadi aku chat lah dengan Siow  Swen untuk bertanyakan duit kelab tuh..

dia cakap duit itu tiada padanya.. duit itu ada pad Zik, member kelas aku.
dia cakap "he take sendiri" means duit tuh dia  tak bagi hand by hand lah..
tapi masa tu aku tak tangkap maksud tu,, apa yang aku tahu, Siow swen bagi duit tu kat Zik..
dan duit itu ada pada Zik.
ok. hari ini Zik reply chat aku.. dia cakap  dia tak pegang duit tuh.. dan tak pernah pegang pun..
"hah?" tercengang aku seketika.. ok, siow swen  tipu aku ker..


aku chat dengan Siow swen tadi.. cakaplah duit tuh tak der pada zik..
dia cakap dia tak tahu... dia cakap dia tak pegang duit tuh.. tetiba dia cakap duit itu "lost".. "aku tak tahu Siow swen tak tahu dan zik pun tak tahu so lost lahh" itu maksud lost dye..
huh?? apa ni.. seriuz kepala aku dah pening dah masa tu.
then aku tanya dia, bila dia bagi zik duit itu...???
dia jawab dia 'x bagi pun duit tu,' "but HE take sendiri//"
huh?? aku pelik... tanya lah dia..." maksud u zik ambil sendri duit tuh?? or u mean dicuri "
lepas tu dia cakap "dicuri"- ok kali ni otak aku dah mula berpusing-pusing..
aku tanya lagi soalan yang sama... " bukan u bagi duit kat Zik ker??"
then dia marah aq pula.. cakap... " he take sendiri, bukan i bagi OK.. berapa kali na bagitahu.."
lol.. bila tgok reply ni, otak aku mula berfungsi.. 
lepas tu aku mula tanya soalan yang agak munasabah..
"then, you nampak Zik ambil?" dia cakap "tak nampak"... ok aku dah mula pelik kat sini..
aq reply lah.. "then macam mana u tahu zik ambil?" lepas tu dia bagi jawapan tak munasabah..
"cakap saja".... ini jawapan dia kot.. huh?? WTH... cakap jer.. mana boleh main tuduh-tuduh... nak cakap orang ambil duit itu tanpa usul periksa itu salah... suka-suka dia jer main cakap , main bantai jer siapa yang ambil duit tuh...
lepas tuh... aku reply lah.. "you cakap saja meh?" then dia reply.. "we're 6 either one".. amboih... kepala hot dia.. boleh pulak cakap macam tu??!!
then aku tanya lah..." sejak bila you perasan duit tuh hilang??"
dia boleh jawab macam ni jer.. "u like la.. u want how to say, up to u la.."
huh?? menjawab persoalan ker tuh...??  aku ulang pertanyaaan yang sama, dia tak reply...

so sekarang ni aku tak sama ada dia hanya Joke, or serius??
betul ker duit hilang? atau pun aku yang salah tanya..
sekarang baru aku tersedar bahawa aku ada tanya dengan menggunakan "duit kelas"-kami takder duit kelas.. sepatutnyer kata "duit kelab" 
tapi, kenapa dia jawab" duit itu ada kat Zik" cara jawab begitu confident jer..
lepas tu kenapa dia jawab "he take sendiri"- menandakan ada orang ambil


pi mai pi mai tang tu jugak.. itu lah apa yang kurasa... otak ku pening!!
ok sekarang aku betul-betul keliru .. adakah aku salah bertanya? adakah dia hanya nak kenakan aku dengan bergurau dengannya?? atau pun memang betul duit kelab itu hilang..??

Astrafiruallahalazim.. Nauzubillah..!!!

aku tak tahu apa yang sebenarnya berlaku...
aku harap Allah dapat beri petunjuk kepadaku..
Hanya kepada-Mu aku mengadu kesusahan hati ini...
harap perkara ini dapat selesai.. ameenn.. i really wanna know what actually happend to Siow swen, or for those money.... she's joking right?? or she's got any problem? or i was actually ask the wrong question with a wrong word....??!!

i don't know.. i'm so confuse now.. sejujurnya aku masih mahu percayaka Siow Swen..


p/s : apabila berada dalam kesusahan atau kesulitan, mengadulah itu kepada-Nya. semoga dengan rahmatnya segala perkara itu akan dipermudahkan.. ameen.









Jumaat, 14 Februari 2014

Lesen P- IMKEDA.. peralatanmu....

Hai... asalamualaikum... ^_^



"hari ini", aku mengaku Modenas tak beberapa bagus.. sebab apa? because aku ada pengalaman sedih dengan Modenas atau sebenarnya pengalaman di IMKEDA dengan peralatannya yang aku sallute berjaya menyakitkan hati aku.

aku lebih suka EX5.. biarlah tak dikatakan menyokong keluaran tempatan ker apa, yang penting kualiti barang itu memuaskan hati.


ok.. pagi tadi adalah kali pertamaku untuk menghadiri sesi pembelajaran motosikal untuk mendapat lesen "P"...
aku pergi bersama agen sekolah memanduku kerana agen itu perlu menguruskan segala hal berkaitan dengan perdaftaran dan segala benda berkaitan dengan lesen P.
Biasalah, pada kali pertama, hati mesti rasa berdebar kan??
begitu juga denganku.. bukan takat berdebar jer, tapi kecut perut sekali, kalau orang Pantai Timur sebut, serabut perut.. 
dan seperti biasa juga, babak penungguan akan berlaku apabila ke IMKEDA..
jadi dengan penuh kosong dan tidak tahu apa-apa.. aku menunggu kebosanan..
tapi tidaklah "kebosanan menggila" kerana sepanjang 'babak' itu diselangi dengan beberapa babak yang membuat otak ku berfungsi.
Pertama, cikgu IMKEDA mengajar kami dengan memberi penerangan yang patut kami lalui..
Kedua, aku menelefon cikgu ekonomiku, Puan Chan untuk bertanyakan mengenai pengambilan peperiksaan Ulangan Semester 3.
ok lah, malas mahu nak cerita panjang..
apa pun sesi masa aku call Puan Chan itu paling best, because, we're not just talk about "peperiksaan ulangan" but bergosip-gosip, tanya itu ini. Maklumlah, dah lama tak jumpa kan..- ceh macam kawan pulak kan?? 


setiap group yang dipanggil untuk belajar atas litar ada  lah 12 atau 13 orang sekali round..

aku group ke-2... masa nama aku dipanggil , serius masa tu rasa macam dah nak tercabut dah perut aku ni.. huhu..
group aku ramai lelaki, perempuan hanyalah 2 3 orang jer.. sobs sobs..
then dia panggil group perempuan suruh naik motor dulu.. aku dah cuak.. masa tu aku pandang sorang minah at sebelah aku, then tetiba cikgu tu cakap, "kamu lah perempuan takkan lah laki pulak kat sana tu". sambil tunjuk ke arah kami. apalagi, geng-geng laki dah gelak... sengal.!!.


then,kami (geng perempuan) pergi lah ke arah motor tuh.. 

motorsikal Modennass-version ke berapa entah, tapi yang pasti, lapuk gilerr motosikal tu...
aku naik lah motosikal tu.. ya ampun... berat! then susah nak start.. dah beberapa kali aku tekan injak motorsikal tuh but still tak boleh.. -WTF.. 
cikgu tuh tengok aku, then dia suruh sorang budak laki start kan motor untuk aku.. beberapa kali jugak baru boleh start...
then bermulalah episod aku meletakkan kaki kat tempat letak kaki..  "eh, eh apa yang aku pijak ni??"
aku tengok tempat letak kaki tu, Oalohh... beb, kedua-dua kiri dan kanan tempat letak kaki tu bergoyang-goyang dan rasa tak stabil.. dan aku pun tak stabil kat atas motor tuh sampai cikgu tuh tegur, "kau reti bawak motor tak?"
and of course lah aku cakap "reti"
"MOTORSIKAL", bahagian kaki dan tangan aspek penting untuk handle, kalau salah satunya rosak atau skru longgar ker, akan menyusah pemandunya.. dan aku lah mangsanya...
Jadi, kaki aku hanya beralaskan brek dan gear.... tersangatlah tak selesa dan konform dalam hati memaki-maki motorsikal yang aku tengah tunggang tuh.. walaubagaimapun, i can still handle it about beberapa rounds.. yang paling x boleh belah tongkatnya jatuh, jadi sepanjang aku menunggang, terseret aje lah tongkat tuh ke sana kemari.. rasa dah macam main seret-seret pelepah kelapa jer.. huhu





aku ingat aku sorang jer jadi mangsa, rupanya budak lain jugak sama..cuma masalah motorsikal jer lain seperti brek susah makan lah,tempat tekan minyak tuh ketat lah, dan macam-macam lagi.  Motorcycle's condition memang punca kenapa kita orang tersalah step.. Sehinggakan ada yang terjatuh motor dan tidak dapat melepasi halangan.. lagi satu nak bagi tahu, kalau datang situ, bawalah helmet sendiri kerana helmet yang disediakan seperti baru lepas accident.. teruk bebenor keadaannya.. takder gabus yang tebal dan sponge. nipis jer macam tembikai baru korek isinya. tali topi keledar kontot seperti ekor arnab.. mm , rasanya helmet ice skate lagi better lah kalau nak dibandingkan..








seriuz talk, motorsikal tuh patut campak jer ker planet Marikh.... hoho... 

rasa macam nak guna motor sendiri jer kat litar tuh, biar nampak sikit kecekapan aku bawa motor.. hoho..
ini, Modennass  daripada aku boleh bawa motor terus KO . sampai kena mintak tolong orang start kan, tongkatkan, sampai gear pun cikgu tuh betul kan..  haih, nampak sangat kejahilan aku disitu.. huhuhu...


p/s : peralatan yang baik dari segi kualitinya mengundang keselesaan kepada penggunanya.