:p

coretlah apa yang terlintas... satu terapi untuk menenangkan prasaan.. hee~ sesungguhnyer.. law ade terasa i'm really sorry... bukan niat... juz wanna to confess!!

Sabtu, 1 Oktober 2016

Hai my friends-students of UK :)

assalamualaikum blog yang usang ini.
maaf kerana telah lama meninggalkanmu tanpa khabar berita.
walaupun banyak yang berlaku pada diri ini,
kerana dek kemalasan owner kau, kau kesunyian tanpa kata-kata.
Maaf lah yerr, habit owner datang pada kau adalah masa tangannya mahu aktif menaip.
kalau tidak maka tiadalah coretan pada mu..
HUHU..

hahahaha-- apa yang cuba ku mengarut di atas uh,
mm, entahlah since dah lama  tak menaip kat keyboard laptop ni, tetiba pada masa ini datang pula rasa nak menaip.
Act aku sedang edit video and tengah download some other video untuk diedit
sementara menunggu tu, aku luagkan masa di sini.
hehe.
haihh, nak cakap apa erk.. aku pun tengah trigger apa benda aku nak tulis.
right now, juz tulis jew apa yang terlintas.. haha.

ok, aku patutnya menaip untuk akedemic writing aku, esok ada clinic akedemic and kami kena bawa acedamic writg  kami tu.
so, masalahnya aku langsung tak buat apa.
aku baca dalam wassup tu pun taktala aq ada mood nak edit video yang mana telah lama aku tinggalkan.
mm, terang2 aku akan buat benda yang aku nak buat iaitu edit video berbanding buat academic writing aku tuh.. huhu..
sebab aku tiada mood trigger otak untuk fikirkan acedemic wirting aku tuuh. hehe.. BTW, sempat ker penceramah esok nak check academic writing kami total 50 orang.. i dont think so lah... So, better aku buat benda aku nak sangat2 buat sekarang ni iaitu edit video..(walaupun ianya tak penting. )-hehe

well, right now dah pukul 1.14 am.. and me still hadap laptop.. im ok jer sebab aku jenis dah biasa jaga pagi.. huhu...
huh, cakap pasal waktu.. one of my bestie masa form 3 dulu, right now sambung Master at UK (United Kingdom ok bukan Ulu Klang.. haha)
well, since kam dah lama tak berhubung, kalau chat pun sikit2.. last jumpa pun masa form 4, tapi she's the one yang i boleh katakan rapat dtsebabkan atas kesan kami memang slalu spend time together masa form 3 dulu. hehe..  Well, she's Chinese.. kawan Chinese i paling rapat dalam kelas tu. Act i memang selalu dapat kelas dengan bilangan Chinese nya lebih banyak dari Melayu. mm, mana taknya, Melayu banyaknya kelas tengah and akhir2 ranking. aduhhh.. Wake up Malays...\

Ok, I memang tak tahu dia continue Master sampailah our other friend, Chinese guy told me masa chat . He asked me, jangan bagitahu yang dia told me about her cont study because she x suka heboh2. Well, since he told me about that information, terus i mesenger my bestie ni untuk conformation. N what i chat about.. Hye________, u kat mana tuu? Then a few second after that she reply me n on the spot send her location.(UK)...n i buat2 terkejut.. wow..!! hahaha--- she asked me, how come i boleh tanya dia where she is..  well, shes pelik lah kan, tetbia chat tanya dia kat mana.. Well, ayat cover aku... "hehe, of coz lh i miss u"... then mulalah pertanyaan i dari her Uni, course hingga ke biliknya. haha, see, i ni penyibuk sikit...

Aduhh teringat orang yang pernah iv dulu, iv for my assingment since he produce a good product so that i choose him. tapi masa i nak iv tu, dia at his Uni at UK. so,i kena skype untuk berhubung . And we just use voice record since it was his request but i end up tayang muka i jugak--- sebab target i nak rakam Face to Face... ... tak sangka pulak beliau sangat tegas atas pendirian dia tu (x jadi pulak strategi i T_T..). So, jadi lah macam i syok sendiri tayang muka i sorang2 masa iv selama 2 jam lebih.. 2 jam?? yeah more than 2 jam taw.. he's banyak jugak elaborate, padahal hanya 10 soalan jer.. hahah--- maklumlah dia seorang naratif, mean suka bercerita and elobrate pepanjang.. haha... Well, peringatan pada si beliau ni... kalau u betul2 masuk interview for radio or TV.. tak boleh buat camtu tau. kena jawab seringkas boleh n isi kena padat. Maybe his first time kena iv oleh orang luar or student macam i.. wonder, am i the first? huhu.. well, idk.. apapun, u the first one i iv through skype.. biasa i iv memang face to face jew.. huhu.. well, i IV dia lepas isyak waktu sana and Malaysia lepas subuh sampai pukul 8am lebih... aduhh.. see~~ memang boleh bayang betapa barainya aku masa tu.. haha-- aduhhh...maklumlah, sebab aku tak tidur semalaman get ready for this IV (kena berjaga, kalau tidur jawabnya aku tak bangun lah.. huhu.). nasib esoknya tu aku tadder class.. huhu.. apa pun thanks to him, my assignment successful finished. arigatou gozaimasu :)

wahh,  diorang ni kat negara Europe skarang and jam 1- 2am di Malaysia, kat UK sekarang baru petang 6-7 pm rasanya-- tak pasti tepatnya berapa jam beza.. mm,, tapi nak cakap pun sekarang kat Europe sedang HOT pasal Islamphobia. so memang tak berapa aman lah kalau aku pergi sana time2 sekarang. Well, majority claim Muslim as Terrorist and they hate Islam.. so sad to knew the fact that we r Muslim being hated from the most of the population of the world. Satu jer nak cakap, Islam teach us to live in peace, be a good to other people and it's not shoot at them without a reason.

Setakat ini, itu shahajalah coretan aku kali ini. Kepada rakan2 yang belajar overseas, good luck and take care at others country. Jangan cari pasal kat negara orang tau, nanti tak pasal2 jadi peperangan or stereotype antara negara pulak  .. huhu..

p/s : rezeki masing2. Allah is a good planner.

Ahad, 14 Ogos 2016

Tips score lulus Quantitative Data Analysis dalam masa dua hari (survival belajar last minit)

Menjelang September mulalah semester baru untuk kebanyakan budak universiti.
Tanggal 12 ogos pula merupakan tarikh keramat keluarnya result bagi semester sebelumnnya bagi budak Sarjana Muda UITM tahun 2016.

Btw, semester lepas aku sem 4 dan bakal memasuki sem 5..
kejap jer rasa , pejam celik pejam celik rupanya dah masuk 2 tahun lebih aku dekat UITM ni.
Sebenarnya aku sedang menjalani kehidupan zombie yang mana makan tidur jer di rumah ni
melayan movie, drama and anime di laptop and memang tak bersosial lah.
Whatsup pun aku tak buka. macam mana nak buka, hp pun mati tak ingat campak mana. huhuh
Online pun tidak sebab aku malas nak ambil broadband pasang at laptop ni.
hehe...

Nak dijadikan cerita , dua hari lepas result kluar, baru aku ada keinginan nak on9.
and buka lerr gmail. lepas tu--- emel baru masuk---- result sem 4 dah keluar!!
dengan berdebarnya, buka-- istifar, selawat , bismillah bebanyak.. punya lah berdebar
scroll bawah dengan slownya.. tayang dulu GPA-- alhamdulillah lulus...
lepas tu tengok result setiap subject, kenal pasti dulu-- kot2 ada gred gagal. Alhamdulillah takder..

Wahhh.. bersyukur sesangat.
my result ok lah jugak sem ni.
gred paling teruk aku dapat is B- (ada 2 subjek)
woaa---- paling tinggi aq dapat A- (1 subjek jer)- huhu
yang lain semua B n B+ ...  mm, not  bad lah...
heheh--- btw, aku tak expect lebih pun memandangkan aku selalu buat hal dekat kelas
maksud aku dengan lecture, attitude and assignments.
hohoho.. habit aku paling teruk is selalu datang lambat ke kelas and selalu ponteng kelas.
and hari presentation pun datang lambat--- sampai kena tegur dengan lec.

Ada satu subjek ni, aku hopeless giler lah.
quantitative data analysis. --- basic is Maths. hehe-- siapa classmates aku masa menengah atasan(form 4 n 5) mesti kenal aku --- Maths bukanlah satu masalah bagi aku.. hehe.
Maths ialah salah satu subjek yang selalu aku score.
Tapi kenapa aku hopeless dengan subjek yang aku selalu score?
sebabnya aku selalu ponteng kelas, and aku tak faham muka satu pun ttg subjek ni
kalau datang kelas pun mesti lambat.. setengah jam nak habis baru datang kelas.
Akhirya aku tak faham pape tentang subjek ni
Individual assignment pun, banyak aku tak hantar exercises. kalau buat pun semuanya tiru orang.
hahhhahaa---- Bertambah hopeless apabila result test aku tak sampai separuh pun. -- sebab aku tak faham lebih separuh daripada question yang diberikan.
Akhirnya, aku decide , is better aq repeat sem depan jer, rugi lah kalau subject yang aku ada potential untuk score A hanya dapat gred C+
Aku ada plan nak buat main2 jer masa final,sebab orang yang gagal jer boleh repeat. Tapi......... tak salah kan aku cuba faham cara untuk menjawab kertas final yang mana mewakili 40%.(kalau tak silap lah) 
Dalam masa aku cuba fahami cara menjawab, sekali gus aku faham apa topik yang diajarkan selama ini.  OMG.. macam ni kerr..  Dengan bantuan classmates akhirnya aku faham. 
Alhamdulillah..

Dalam masa 2 hari, (act tak sampai 2 hari pun.. sebab siang aku selalu tidur) malam jer berjaga.. 10pm++ berjaga lah sampai pukul 3- 4 pagi buat
mula2 belajar sendiri, memang tak masuk, akhirnya aku join study group yang masih lagi on.
aku tanya jew lah dorang... dari 0-20% masuk jugak dalam kepala otak..
sebab pada hari pertama member yang mengajar sempat ajar satu stail type question.
lepas berjaga sampai 3-4 pagi, aku tidur sampai ke petang, .
pada hari ke-2,lepas isyak, aku mintak member aku ajar...malam tu (malam sebelum final) aku all out semua, hehe..

Kalau Maths senang jer nak score lulus, tips dia, belajar melalui past year questions.
Itu jer cara nak score apabila belajar last2 minit macam ni.
Tahu cara jawab, u'll be ok. n buat latihan bebanyak conform lancar jer jawab di dewan exam(belajar dari pengalaman lampau~~)
entahlah kenapa aku rasa dengan maths jer boleh study smart- huhu
Btw, dalam subjek ni, ada 5 style of questions yang kena distinguish.
Jadi untuk master dalam menjawab paper quantitative ni, perlu lah master untuk menjawab kelima-lima style soalan ni.
Jangan pula belajar dengan buku teks tebal tu (penat kepala otak nanti-- kan belajar last2 minit).. Cukup ada tutor and Past Year Questions... jawab jer past year dan compare dengan jawapan dengan kengkawan.
Bagi aku yang last2 minit,  memang berkorban malam final tu aku tak sempat nak tidur. 
Sebabkan member aku semestinya kena tidur malam.,Nak tak nak aku kena/Wajib belajar cara menjawab SATU SET question dengan member untuk tahu cara menjawab  sebelum member aku tu melelapkan mata.
Aku take a pic semua jawapan past year questions yang member aku dah buat, then aku blah and buat set past questions yang lain sendiri.. lepas siap aku compare.
Yang mana members dalam study group yang masih tak tidur lagi, aku akan ambil peluang ni tanya diorang pelbagai soalan yang agak tricky.. (** act tak tricky mana pun, aku persoalkan yang mana jawapan kami tak sama and mana datang silapnya-- rujuk ballik formular, compare jawapan dengan kengkawan lain-- that's kita dapat tahu yang mana betul and silapnya-- dari sini, salah faham dan kesangsian akan terjawab)

aku ada 4 set past question and aku rasa sempat jawab 3 set past year.
masa tak cukup nak jawab semua Past Year question yang ada.huhu T_T
almaklumlah, satu set paper diberi masa 3 jam... hwahhhh--- kalau start dari awal, mesti aku dapat habiskan.. huhu-- ** tak guna kenang nasi dah jadi bubur.
takpe lah.. yang penting masa tu aku dah   ...
1. tahu cara menjawab
2. perbetulkan kesilapan dan salah faham
3. buat latihan yang akan melancarkan pergerakan yang membiasakan kita dengan nombor dan kalkulator.

Dengan berbekalkan usaha selama 2 hari sebelum final.
Tawakal jer dengan markah group assignment yang masih unknown +  paper final
akhirnya, Alhamdulillah, aku dapat B+
indv asgmnt and test memang aku lingkup, tak sangka final and asgmnt group jadi penyelamat untuk aku lulus paper yang paling ditakuti oleh warga uni iaitu.. Quantitative data analysis.

Alhamdulillah, aku LULUS subjek ni, Kalau aku tak buat hal, mesti aku boleh dapat A kan? huhu..
*nasi sudah menjadi bubur.. takperlah... brsederhana dalam segala hal.. huhu.

p/s : belajar last2 minit memenatkan tapi berbaloi apabila kita faham apa yang kita belajar. huhu. Btw, ini cara aku survive dalam subjek ni, korang pulak?

Ahad, 31 Julai 2016

Memoriku kian menghilangkah?

assalamualaikum minasan
ya allah, dah brapa lama aku tak update blog usang ni
kejarangan aku update menampakkan 'menulis' bukan minat aku.
yeah, betul tu, aku ni sorang yang malas sangat untuk menulis
menulis bila ada mood and peralatan dah bersedia depan mata
dan aku juga sering sangat membiarkan perasaan atau pengalaman yang dilalui dibiarkan pergi tanpa mencatatkannya.

BTW, aku rasa otak aku semakin lemah untuk menyimpan memori.
Pelik, pada umur semuda ini, aku mudah sangat lupa atau lebih senang di katakan nyanyuk
walaupun benda itu simple words or things
Idk why it's happen, but i think the possibility for me in having amnesia is very high (just think**)
Well, taknak lah benda tu berlaku.--- tapi, mostly memori yang aku lalui selama ni kebanyakan aku lupa--- seriously, it is very scary.  aku tak boleh lagi mengingati perkara-perkara yang berlaku secara detail sudah. Aku hanya ingat keypoint, dan perasaan aku terhadap peristiwa yang dilalui.
Ya! hanya keypoint sahaja. bukan detailed keseluruhan cerita.
Lebih teruk lagi perasaan yang aku rasa tak penting, senyap-senyap jer perasaan itu kian lenyap di dalam hati. Apabila rakan-rakan bercerita, ia muncul kembali untuk mengingati the keypoint what happened but still, i cant feel the emotions i had it at the scenes they story about.

Adakah ini satu ancaman atau amaran?
Aku pun tak pasi.
Mungkin ini tanda-tanda Allah telah menarik kebolehan aku untuk 'mengingat'.
Aku boleh ingat untuk jangka pendek tapi tidak mampu unuk jangka masa panjang.
Dalam pembelajaran pun begitu. Kerana itu cara aku belajar last2 minit, namun begitu di alam universiti nampkaya tak berkesan untuk belajar last2 minit kerana dii sendiri akan kelam kabut.
Bukan apa, sebab honestly, aku tak dapat untuk study smart macam belajar Math sebab course aku semua melibatkan fakta dan nak tak nak kena study hard dimana perlu membaca untuk faham dan mengingat.Maklumlah, banyak sangat nak hafal--- huhuhu

Tetiba, aku rasa watak pasif pendiam aku membuatkan aku jadi lemah memori
kenapa? Sebab, apabila watak pendiam dan tak menghiraukan orang lain, membuatkan pasidf dalam berinteraksi dengan orang lain.
Apabila ini berlaku maka otak2 kita akan kurang untuk bekerja sama ada untuk berfikir atau mendapatkan idea di luar kotak.
manusia saling memerlukan, Sebabkan interaksi antara satu sama lain memberikan pemikiran si luar kotak.
Multitasking juga akan terbina melatih otak untuk terus menjana idea sekaligus memperkuatkan  daya pemikiran dan ingatan manusia.
Sebab tu ada teori mengatakan -- praktikkan apa yang dibelajar is the best way to remember
make it simple in mind, so it become study smart (teori sendiri jak ni)
hahhah-- aku hanya sekadar tahu untuk berkata-kata, tapi buatnya tak mampu lagi
cakap memanglah senang, tapi bagi aku English is my biggest obstacles . Vocabulary aku yang lemah is really make me sick in reading all those journals from those scholars, which sometimes they wrote  in difficult words or sentences that hard to know what the heck its meaning in real. Sebenarnya grammar aku pun teruk dan kena perbaiki lagi.

Pape jer lah aku mengarut ni, lebih -lebih pula kupas mengenai akademik.
apa pun yang berkenaan dengan akademik tu dah biasa dah orang berkeadaan gitu.
tapi, tetntang peristiwa hidup yang mudah dilupai ini jarang berlaku.
Lihat sahaja rakan-rakanku, semua antara mereka mengingati kisah hidup mereka dengan detailed.
Lain pula dengan aku, aku bagaikan tidak mampu menggali kembali memori pengalamanku yang terdahulu untuk mengatinya secara terperinci
Memori terkandung perasaan yang pelbagai, kisah-kisah dan juga pengalaman yang menghasilkan skills.
Jika memoriku hilang, adakah aku akan kehilangan semua itu? mungkin saja aku akan menjadi heartless kerana jiwa kosong disebakan nnenori kian jauh pergi dari diri.
Entahlah, mungkinkah kejadian ini disebabkan aku tak suka meluahkan atau berkongsi perasaan dan peristiwa yang dilalui itu dengan orang sekeliling membuatkan aku rasa ianya tidak penting sehingga aku lupa tentangnya?

Whatever it is, live must be go on!
Tapi, bermakna kah kehidupan tanpa memori?

p/s : memories is so precious.

Ahad, 26 Jun 2016

Kutuk2? aq ketuk2 kepala kau!

assalamuaalaikum..
minna-san
well, ntah lah today aq ni masih main2..
sok nak exam  first final for sem 4.
huu~~

well, apa itu kutuk?
huhu.. bagi aq itu mengata buruk ke atas seseorang sama ada depan atau belakang.
well, freedom of speech, atau kebeebasan bercakap.
hak bercaka hak seseorang and tiada siapa menghalang.
sebab tu aku ni jenis yang  "suka hati kau lah  nak caka apa, mulut kau"!
tapi dalam Islam kita dilarang mengutuk..
and susah betul nak sental habit ni dalam masyarkat kita
suka hati jew dorang nak cakap apa ni

btw, aq paling pantang kalau ada orang mengutuk belakang pasal aq.
kalau tak puas hati, or na komen ker apa, cakap depan2 please.
kalau cakap depan2 jangan macam menganjing, memang koe buat panas orang lerr
cakap depan2 mean cakap penuh berhikmah, and kalau better personally, supaya dia sedar and berrubah menjadi lebih baik.
memang betul bukan semua orang boleh terima pandangan kita.
just at least kita dah cuba sehabis baik- daripada kita mengutuk pasal seseorang uh lebih baik cakap depan2 bagi dia sedar sekali apa orang komen and thinking pasal dye.
jangan lah kutuk belakang--- buat tabah dosa jer, nak2 bulan puasa ni.

btw, berkenaan aku sendiri, aku hates gila dengan orang yang kutuk belakang and perli or mengajing depan-- kalau perli(koe guna kiasan) , tolong jangan expect semua orang faham akan kiassan kau!
kalau nak bagi  dia faham just cakap straight away jer..
kalau kias, dia tak faham lagi kau sakit hati kan?
so, better terus terang jer.
well, kalau aku, jenis tak kisah, even aku faham or tak faham akan kiasan kau tu, aku akan ignore jer
malas lerr nak  melayan.
so, jangan tanyalah ke\napa aku tak terbuka dengan korang ker kau ker dia ker...
kutuk ni buat kan aq letak gap dari kome-- sebab tu kekadang aku lebih suka sorang2..
bukanlah anti sosial but---- tengok gambar tu--
hehe
aku ni jenis terbuka jer kalau kome terbuka dengan aku
kalau nak komen ker x puas hati cakap lah depan2 dengan penuh hikmah
kalau aq dengar dari belakang-- memang sakit hati
tipu lah kalau  tak terasa beb!
bagi aku--- ingat korang sorang jew boleh hates and komen, aku pun boleh kalau nak komen memacam pasal kome.
tapi aku jenis diam lahh, sebab aku taknak jadi cam korang-- sebab aku tahu betapa sakitnya hati apabila kena kutuk belakang.
layan depan punnya lah baik and mesra. tapi, at last kau kutuk jugak belakang-- better berubah lah bagi sesape yang perangai cam gini.
ingat, kalau kita honest dengan orang- kita akan rasa dengan lebih tenang.

bagi sesiapa yang baca ni, harap boleh komen lah memana part yang rasa tak puas hati ker, rasa mana yang kurang ker.. keluarkan thought korang, apa yang korang rasa tentang hal ini.
 kita semua bukanlah perfect, sebab tu kita perlukan sharing of thought supaya, semua dapat berfikran luas.
semua orang thought lain2 kan, experience pun lain2. so sharing IT is the best lesson for us to learn.
jangan memalu atau segan-- kena kritik tu biasa--- ia bagaikan  nasihat yang membina untuk kita improve.

p/s : bersikap terbuka lebih baik, tapi mesti fikir dulu seblum bercakap ok!

Ahad, 27 Mac 2016

Kenapa Whats App?

assalamualaikum minna san.
hari ni hari ahad..
speechless pulak nak buat assignment..
huhu :(

btw, nak coret sebentar lah dengan blog ini...
hehe~~
dalam sedang2 mencari idea untuk words tugasan from lecture... T_T

Whats App... mostly people mesti ada kan?
hhaha.. im not sure sejak bila apps ini popular..
Tapi tahu2 jer dah ada pengguna yang luas di seluruh dunia, especially kat Malaysia ni.
Apps ni jugak digunakan leh lectures di mana2 kolej atau university untuk berhubung dengan pelajarnya.
Akibatnya, haha~~ pelajar2 ni banyak lah group Whats App kan?
Tugasan berkempulan pun guna Whats App..
haih~~ mana2 pun Whats App
finally, jarang da orang guna SMS, dan menghabiskan data jer dimana2 berbanding duit. But i think its ok because its looks lagi jimat... haha~~ hantar lah beribu owh puluhan ribu~~ it still habiskan data.. Kalau data habis, lepak mana2 kedai makan guna WIFI.. boleh jer ber communicate di mana2.
Kalaupun berhubung dengan orang luar negara pun boleh~~ tak payah susah2 hantar SMS, guna Ws jer, jadi tak  habis duit.. Just ada certain countries memang xder Apps Ws-- macam negara China-- so, yang ni korang kena guna Apps lain kalau nak ber communicate with anyone from China region... hehe~~

Cuma, satu jer musuh komunikasi jarak jauh ni, iaitu, Line--- cable line kat hp tu.. kalau takder line memang susah .. eh, bukan susah, tapi MEMANG tak boleh langsung berhubung--- huhuhu T_T
Seperti kalau mendaki gunung, memang tak ler KOME nak ber Whatsap2 or bermesej2 apatah lagi nak ber calling2.. haha~~

Tapi dalam kemajuan teknologi dan Apps ni, ada jer manusia tak guna APps popular ni, macam parents aku. haha~~ mereka memang KO sikit dengan teknologi baru, Tapi ok jugak cenggitu, jadi, xlah mereka bzbody menge check sana sini atau pun kami adik beradik kena marah sebab tengok o baca benda2 terlarang ker~~ OPssss... hehe~  (manusia memang x lepas dari melakukan kesalahan..)

Again, cousin aku pun jarang guna Whats App sebab ada prblem.. so she is now pengguna tegar WeChat... hahax..  Jadi, jangan assume semua orang guna Whats Apss walaupun apps ini popular sesangat.. hahax.

Ok, again talk about Whats Apps, standart lah kalau kena slalu kena update sebab dye ada penambahbaikan selalu, macam stickers or emoticons ditambah ker and so on..
Btw, dalam privasi aku sendiri telah menyorokkan"Terakhir dilihat" dan mematikan  "resit dibacca"~~
salah satu sebab aku buat macam tu is ...

aku taknak lah bagi orang terasa... sebab kekadang, aku dah baca ws yang diatar tapi aku speechless tak tahu nak reply apa.. huuhu... so, aku tak reply lah.. kekadang uh aku takder mood nak reply.. kekadang uh, nak lari dari nak reply... macam2 alasan pulak kan~~
Tapi kan , untuk "resit dibaca" yang dimatikan prob sikit. sebab ia tak berfungsi kat Group~~ haihh..
bila kat Group.. aku boleh tgok sama ada orang uh dah baca mesej kita ker belum ANd orang lain pun boleh tengok aku ni sebenarnya dah baca Ws ker blom dengan klik kat tanda seru (!) ....so, ni salah satu sebab aku malas nak buka Ws Group..

Tapi kan kalau masa tu aku tengah syok online--- kalau orang tu nak tengok sama ada aku "dalam talian " ker x.. she/he can...  kalau mood aku nak lari dari sesetengah orang untuk aku reply ws nya.. Aku akan jarang "online" .. hahaha~~ biasanya lari bila orang yang suka mendesak walau dalam segala hal~ contoh-- asgnment!!... Disebabkan orang macam ni jugak lah, aku malas betul nak buka Ws group__ sebab nanti dye boleh KECAM aku.. T_T... Kalau dia jenis terdesak sesangat-- aku nak Dia call aku,, haha~~

Ada jugak lah yang complain, kenapa tak boleh tgok "resit dibaca " (read) ni.. menyusahkan orang jer . Tak pasti sama ada aku dapat ke tak apa dia nak sampaikan... haha~~ sorry sahabat, ini ialah langkah keselamatan ku..

p/s : Berhati-hati dalam segala hal~~ ganbari-mas~~ ^_^


Khamis, 10 Mac 2016

Jepun #1 - kelas dan anime

assalamualaikum and mushi2 minna-san.
haha, da lama tak update blog ni..
bersawang sebulan dah rasa.. hehe

well, btw, aku baru habis dari kelas 3rd language aku..  and obviously -- It is Japan..
haha.. today, we had lesson about perbezaan.. ikimasu(go), kimasu(come) and kaerimasu (return)...
kami juga belajar perbezaan grammar, for particle and verb..
seperti bunyi "de"- by(kenderaan) dan "e" -- ke (tempat) .. yang mana berbeza tulisan hirigana berbanding sebutannya.  Japan ni memang terbalik.. kena subjek kat depan baru grammar seperti "de" dan "e" or "wa" and "san"
penambahan word "shita" menunjukkan perkara dah lepas atau in english we called as past tense.
then penambahan "sen" mean  is "tidak"
contoh i choose word  "ikimasu" ---  past tense- ikimashita , negative mean - ikmasen

haha-- well ini antara apa yang aq dapat dalam kelas Japan selama 2 jam tadi.
alhamdulillah, sensei yang ajar kami sem ni, concern about us, berbanding sem lepas..
sedangkan aku datang lambat dia perli.. apatah lagi yang x datang uh..
kira ok lah jugak, nampak kesungguhan sensei dalam mengajar.
 -domo arigato--
well, lagi satu-- Japanese ni  takder sebutan "L" and sebut satu2 suku katanya.
contoh word... Kuala Lumpur... jangan gelak yer, sebutan dalam Japan as apa..  it is "Kuara Rumpuru"-- haha..

Actually my 1st intention is nak tulis kat sini mengenai confession aku mengenai anime yang aku dah tengok.
Sebab aku nak delete anime2 uh dari hard  disk aku sebabnya dah penuh.. Tapi, nampaknya lebih kepada review aku mengenai kelas Japan aku tadi.. haha.... aku nak copy citer lain jugak.. huhu..

Ini antara list anime kat hard disk aku.. Mostly aku x scan and x tengok lagi sebab terlalu banyak... aku banyak catchup citer korea n melayu skunk.. Well, semua ni aq copy member jew... Yang aq update dan download sendiri hanya lah one piece dan assassin classroom(takder dlam list sebab save dalam laptop)

So nak taknak aku kena susun balik list diatas.. yang mana aku tak gabung lagi kena gabung, kena tambah word "collections" bagi yang ada banyak season uhh..

ok, masanya untuk aq delete citer anime bebanyak yang aku rasa tak kurang berkenan.. and of course one piece and log horizon also with magi terselamat dari list "buangan" aku.. hehe

ok lah, the next entry lah aku buat review about what i feel about anime secara detail. Insya Allahh.
berjumpa lagi di masa akan datang..

p/s: menyebarkan ilmu bermanfaat will give us benefit kat kubur nanti :)

Selasa, 9 Februari 2016

Cintan Cintun #1- chaotic from secret admire- surat layang?

assalamualaikum pembuka bicara
ohayo gazaimasu..
sekarang waktu menulis entry ni pagi tapi jap lagi aku nak ucap oyasumi(slamat malam)--
hwaahhh, nak tidur-- huhu

well well , sekarang dah masuk bulan Februari rupanya.
sedar tak sedar hampir setengah bulan sudah aku hidup sebagai zombi.
kejap kejap... chop.. chop..
Februari?? hwahhh.. famaous dengan bulan berkasih sayang ni.. kenapa?  sebab Valentime.ohooo,,'
uhuhhu.. tapi malangnya, kita sebagai Islam haram sambut... -- Hwahh tapi dalam citer anime semua nampak sweet...  mmm, entahlah melalui observation di anime, Valentine day just amalan bagi2 coklat kepada lelaki yang disukai and White Day tak silap adalah balasan lelaki kepada pihak perempuan.

Tapi kenapa haram sambut Valentime yerr? mestilah haram sebab masa ini lah maksiat berleluasa disebabkan mengikut  kehendak nafsu yang kelaknya habis binasa akhlak dan maruah. Sedangkan couple itu pun haram. apatah lagi menyambut hari kekasih cenggini. But, bagi aku Valentine ni boleh jer sambut janji korang halal antara satu sama lain.  hehehe.

bercakap tentang bulan berkasih dan sayang ini. tiba-tiba nak reveal pulak kisah cintan cintunku yang haram tak jadi apa. hahahahah--- seriuz meh memang tak jadi pun sebab tak pernah bercouple pun so thats mean aku memang zero dalam percintaan.. kakakakakah..

kenapa aku  jadi cam gini.. sebab
1. aku tiada perasaan nak couple
2. couple itu haram (support alasan pertama)
3. seorang pendiam dan  tak menarik
4. tak lawa dan gelap
5. muka tiada perasaan.
6. seorang yang dingin
7. seorang yang tak jaga penampilan or selekeh or sakai

yup, its so true apa yang di list kan di atas, aku seorang yang pendiam dan tiada perasaan. muka tak lawa dan gelap lagi seorang yang sangat tak menarik.

tapi kan dalam tak menark dan hodohnya n selekehnya aku ni pun pernah trima surat dari admire.
bukan surat cinta dah aku trima tuh dan macam proposal untuk kahwin dah. sebab ada perkataan "married" dalam ayat tuh. What! What ! What!

ok, ini kisah masa form 2 aku.
kali pertama aku trima sehelai kertas yang tulis sebaris ayat - aku da lupa detail ayat uh, tapi ada perkataan love  and married ker macam tu aku tak ingat lah. Yang penting aku rasa kahadiran surat layang ni betul2 mengejutkan aku. seriuz ! adakah ini betul adakah ia hanya main2.?

mula2 macam ni~~ aku duduk dalam kelas tu da beberapa bulan dah  stelah menyesuaikan dengan rakan baru maklumlah sekolah aku suka tukar kelas ikut markah pelajar. Memang terasing lah bagi aku masuk kelas top second yang mana aku sorang jer Melayu yang beralih ke kelas tu dari kelas masa form 1 dulu.
Yang pastinya kelas aku yang baru tuh ramai Cina. Hampir 70% classmate aku Cina.
Seperti biasa- watak utama duduk sebelah tingkapkan.. hhehe-- da ase cam citer anime pulak ~~teeett~~
sebenarnya tempat duduk asal aku di belakang kelas bercampur skali dengan budak cina-masa mula2 masuk dalam kelas tu
then ada perubahan tempat duduk pulak yang mana aku and partner aku, Nurul beubah tempat duduk di sbelah kiri kelas bersama geng-geng budak melayu yang mana semua perempuan kat situ. lelaki Melayu yang wujud masa tu hanya 2 orang jer yang mana mereka bercampur dengan budak2 cina.

entah berapa bulan aku berada dalam kelas tu, apatah ramai giler cina, aku yang bodoh English ni pun  makin-makin bertambah menjadi pendiam-- hanya berinteraksi dengan budak dekat2 area seat aku jer atau lebih tepat geng2 melayu. haha..

ok, berbalik dengan a peiceS of illegal paper ni..
adoiyaii-- seriuz meh, memang tak sangka, tk sangka sangat dan sangat.. macam terkena kejutan budaya or elekrtrik. walaupun aku ni selekeh dan tak berperasaan. buat muka steady jer, tapi dalam masa yang sama aku terkejut besar. Nak terkejut lagi gerangan admire ni seorang Cina--- What ! What ! What!..

Sebelum aku dapat surat layang ni, aku dapat rasa aura  yang "mereka" bercakap tentang aku.
bergosip pasal aku--- macam mana aku dapat aura ni, sebab, aku akan sensitif bila orang sebut nama aku walaupun dari jauh kedudukannya atau pun perlahan. Walaupun aku perasan tapi aku ignore jer sebab dalam set mind aku "ada modal ker nak bergosip pasal aku? Impossible! because aku tak ada apa yang menarik pun untuk dipersoalkan melainkan seorang yang sakai dan pendiam" Aku ada menyuarakan masalah aura nama aku disebut2  dalam kelas ni kepada Nurul. Tapi Nurul rasa dia tak dengar apa2. Aku ni bukan senang nak menyuarakan masalah bila aku x hadapinya berkali kali. Masalah aura ni makin hari makin jelas pulak-- dah kenapa??

Tapi aura nama disebut ni bukanlah masalah besar bagi aku sebab aku da mind set otak aku,, Impossible man.. haha.. Jadi aku ignore dan jalani kehidupan seperti biasa sebagai seorang pelajar in 2nd top class.

Tapi di sesuatu ketika aku  tengah syok menulis pada latihan diberikan, tak memasal datang sorang mamat Cina Kristian ni datang letak a piece of paper yang dikoyak tinggal separuh diantara meja aku dan Nurul tanpa apa2 permit lepas tu blah camtu jer, Aku dan Nurul pun baca lah surat itu serentak dan masa yang sama, aku terfikirkan sekeping kertas INI untuk Nurul kowt. Mula2 aku baca dipermulaan ayat pun da terkejut sebab ada love and married camtu dan otak aku ah konfom da pk ia ditujukan kepada Nurul sebab Nurul lebih menawan dan lebih cantik daripada aku yang selekeh ni. Tapi, rasa macam kena serangan jantung apabila diakhir ayat dicatatnya Nama pendek aku. What! What!
Then, tengok nama si penulisnya, Capital "E" dan bukannya Si Pengantar tadi. Aku pandang lah ke arah Si Pengantar bejalan ke seat group mereka yang selalu bergosip  tu. 4 and 5 orang rasa berkumpul dan Si Capital E ada kat situ tengah gelak2 bersama-sama group mereka..  Masa tu aku terus conclude mereka mesti nak memainkan aku. Yes, mereka gelak2 tanpa pandang aku balik mean saja jer nak main2 memandangkan aku seorang yang pediam. hahahaha ~~

Note: ukwah budak lelaki cina kelas aku sangat kuat sampai bentuk group2  untuk bergosip mengalahkan budak  perempuan..

Dapat surat layang tuh cukup buat aku terkejut dan terkedu sebentar- pertama kali kowt. Then nasib ada member yang talkative, Syaz. Aku, Nurul dan Syaz pulak menjadikan surat layang itu sebagai bahan permainan-- haha..

Dalam kelekaan aku bersuka ria tak kisah itu dan ini, tanpa aku sedar dari surat layang pertama inilah yang merupakan amraran lampu hijau bermulanya hari aku menjadi menjadi huru hara. T_T o_o" ....
Dalam keyakinan aku mengatakan ini semua hanyalah hayalan dan permaianan memang tak sangka benda ini menjadi begitu serius. Jogmal? Jongmal?

Mana taknya, bukan setakat yang surat layang pertama aku dapat, malah surat layang tu melayang ke meja aku berulang kali.Sila lihat word PIECES yang aku tulis tadi .. Yes it is pieces.. banyak kali juga aku terima.. akan tetapi, Aku yang tiada perasaan ni sama ada koyakkan atau gompolnya dan buang.
Maaf, aku tak ingat apa detail dalam surat layang tu-- sebab aku malas baca dan buang-- huhu.. Tapi apa yang aku faham dan ingat, biasalah, ayat-ayat cinta dan jiwang ditulis dan pastinya ada nama aku dan nama si pengirim.
Nampaknya si Capital E ni tak mudah mengalah.

Tapi yang tak boleh belah--- memang betul aura yang aku rasakan dulu, rupanya geng Si Capital E yang bergosip pasal aku. Dan makin menjadi setelah surat layang diterima
Yang tak boleh blah-- boleh pulak si Capital E ni mengwarwarkan ke geng mereka budak2 Cina dulu tentang perasaannya and then baru aku. Maknanya hampir 50-60% budak kelas tahu dan aku merasakan aku seolah-olah orang terakhir pulak tahu padahal aku watak utamanya. lorhh...
Yang tak boleh blah-- aku jadi bahan gosip oleh BUDAK2 Lelaki- sebab Capital E ni......___

~~~Fakta tentang Capital E. ~~

 Aku perasan semasa tempat duduk aku di bahagian belakang, seat dia selang sebuah meja dari kiri aku, So aku perasan jugak lah dia selalu tidur masa cikgu mengajar semasa awal persekolahan dulu.
Aku aim dia budak malas yang tiada interest nak belajar. -----itu jew yang aku judge sekilas pandang tentang dia masa mula2 dulu.

Untuk beberapa ketika- rupanya dia bukannlah malas sangat-- dia rupanya seorang yang suka buat lawak dalam kelas dan judge aku terus berubah and dialah "BADUT KELAS" dimana seorang penghibur-- serius kalau takde dia, boleh mati kebosanan jugak kelas tuh, haha..
Sebabkan perangai dia ni penghibur, sebab itu dia mudah digauli rakan sekelas terutama geng2 cina.

Dia sangat dikenali dalam kelas tu, dan aku BETUL2 tak sangka dia akan begitu terbuka juga dengan perasaannya sampaikan begitu honest boleh terus terang perasaannya begitu saja.
Fizikal dye- Seorang Cina, agak Chubby, Talkative,

~~~~~~~
Sebab fakta-fakta diatas lah aku dijadikan watak utama untuk digosip. Sebab dialah yang menguasai kelas, dengan peribadinya yang talkative dan mudah mesra tu , akhirnya jadi gosip satu kelas. mm, haaahhh- yang peliknya seingat aku dia tak pernah bercakap dengan aku, Dia jarang berinteraksi dengan budak2 perempuan Melayu apatah lagi aku yang sangat2 pendiam ni.  Maklumlah kami ni berapa kerat jer dalam kelas tu.

Daripada 60% budak kelas yang tahu, terus jadi 100% kelas yang tahu dan rasanya kenalan mereka dari kelas Pertama pown tahu. Tak memasal jadi bahan gosip dan dia.... dia... dia....   macam suka pulak.. aku pulak jadi segan TAW... aduhhh... tapi aku tetap dingin ooo, tak balas tak apa, hanya koyak dan buang kertas dia bagi uhh... 

Macam mana boleh seluruh kelas tahu tentang perasaannya terhadap aku?
Damn! he use the tactic that i never forget da ia sangat2 memalukan aku yang sedia semulajadi pendiam ni.

1st- ada ker patot, kad manila, upgrade sikit tempat dia menulis rasa cintanya itu (kagum kejap), di pass kan ke setiap sorang dalam kelas tu dan akhirnya sampai ke tangan aku.... setiap sorang baca nota cinta yag tertulis tu. and aku--- skali imbas jew, lepas tu aku koyak (dalam masa yang sama, sayang kowt, ad manila bukan yang biasa punya tapi yg high class punya-- damn aku koyak camtu jew-- kalau aku bijak sikit masa tu aku boleh jew recyle balik T_T)
alang2 aku duduk tepi tingkap aku dengan kejamnya koyak bagi dorang sume nampak perbuatan aku tu dan obviously aku buangnya terus kat tingkap. (masa tuh aku rasa marah--- mana tak nya boleh pulak dia main pass2..  Sebab ianya sampai ke tangan aku akhirnya,-- kerana nama aku tertulis di situ, so that diorang tahu note love itu ditujukan kepada aku)

2nd- aku rasa some of teacher tahu pasal perkara ni, sampaikan What, depan cikgu English kami-- ada ker dengan berani dia jerit nama aku then said " I love U"dengam happyface dia tu tanpa pandang aku tapi pandang depan.. Tapi nasib baik, masa tuh aku jahil lagi meengenal situasi--- haha-- dengan teacher bebel apatah kat depan uhh, ignore jew laungan, aq pown ignore dengan muka tiada perasaan. Well masa tu dia duduk kat kerusi depan kelas, sebelah cikgu yang berlecture kat bahagian tengah denpan kelas, hadap arah kami--- biasalah suka hati dia jer duduk merata. Tak sangka dia masih tak mengalah. Hisyhh! mind set aku masa tu, kita as budak2 tak patot bercinta dan prinsip ini kuat tersemat dalam sanubari aku, So, sebab tu aku takde perasaan nak cuak or segan masa tu.. Ia macam krik3-- huh? What? Is he say something?-- sebab tu aku ignore,  haha, lepas beberapa ketika sebenarnya baru aku perasan dia laungkan itu.. Kira aku terkesima jugak lah.. Respon budak kelas? ahahah-- aku rasa mereka tahu aku tolak dia walaupun tanpa kata apa2. Tengok cara aku koyak kertas dan diam tak respon apa2 da cukup buat mereka  faham aku tolak dia. Mereka pun tak boleh nak halang dengan perangai hyperactive dia uhh.

Btw, sebenarnya kad manila uh, note terakhir dari dia, lepas tu da takder dah. Selama ni di guna kertas biasa yang dikoyakkan dari buku latihan uh. Aku pulak yang stress geng budak2 cina yang lain pandang aku senyum2. haha. Entah macam mana aku jalani kehidupan dalam kelas uh sampai akhir tahun. AKHIR TAHUN??? yup! sampai ke akhinya taw, aku masih dengar desir2 nama aku di hujung telinga aku Sebenarnya aku ingat lepas kes kad tuh dikoyak dia akan givup, tapi..... makin menjadi pulak...
Ada ker aku dengar dia belajar cara ucap "assalamualaikum" and try ucap "bismillah" kowt tak silap.
What! dia memang betul2 nak aku rupanya. Bayang kan lah melibatkan religion ni... Perkara in paling buat aku terkesima! tapi, Maaf Capital E masa tu aku memang dingin dengan percintaan. 

Tindakan bagi surat terhenti sudah tapi rasa cinta di hati memang tak boleh nak halang dan tak berdaya nak hentikan. Baru sekarang aku mengerti setelah banyak anime an drama aku tonton. Walaupun aku belum merasakannya waima dah mencapai umur 22, tapi ini yang dapat difikirkan oleh logik akal.
Buktinya, Si Capital E nampaknya masih tak putus asa dalam menarik perhatian aku walaupun dia  tak face to face dengan aku. Yer , cara dia macam betul2 suka aku ada masa tu, tapi kan dia tak pernah bersemuka nak bercakap dengan aku. Sekali pun tak pernah. Aku tak pernah cakap dengan dia walaupun kami satu kelas. Sebabnya, aku seorang perdiam yang hanya berinteraksi dengan orang yang aku sudah biasa. Dan, walaupun dia seorang yang hyperactive dan talkative, tapi, dia nampak begitu "coward" nak berhadapan dengan aku. Berani bagitahu satu kelas tapi.. nak berhadapan dengan aku, hahahah--- y u r so coward Capital E?
Walaupun macam tu, dalam masa kami satu kelas tu, dia masih menunjukkan minat dengan aku walaupun tak secara berdepan... T_T.. serius aku tak pernah terfikir benda ni akan jadi dekat aku.

Ada suatu ketika, di akhir peperiksaan akhir, satu hari tuh aku datang lambat ke kelas sebab bas RApID buat hal. aku dengan rakan baik masa tu Shahirah yang berada di kelas Top 3rd. terpaksa jugak hadap rassa malu datang lambat sebab orang lain semua tengah jawab exam, kami baru nak masuk kelas memandangkan kami yang mewakili kelas masing-masing sebagai penumpang tetap Bas Rapid KL dan ada masa tuh jugak baru aku perasan aku sorang jer dari area rumah aku duduk di dalam kelas tuh. Hahaha.

Dengan rushingnya aku masuk kelas, aku tak tahulah berapa puluh minit aku lambat huhu... Tapi aku masuk kelas aku perassan2 jer, Si Capital E duduk di seat aku jawab exam. Dia nampk aku masuk kelas, and dia pun rushing bangun pergi ke seat asal dia. ohooo, aku tak tahu sama ada nak marah atau apa huhuhahauahuahaua---Teruk sangat ke angau!?  Sampai seat aku pun nak dimiliknya? 

haha, kenangan lalu kembali menerjah ke ruangan pemikiran--- boleh pulak di saat aku jadi zombi ni aku teringat akan peristiwa which is chaotic event in my life. Tetiba rasa kelakar pulak apabila mengenangkannya. hahaha-- nasib lah masa form 3, Si capital E turun kelas ke 3rd top class.Aman sikit hidup aku.. Btw, penat jew aq dressup extra sakai masa hari permulaan form 3 uh, tengok2 dia lain kelas.. Extra Sakai?? haha-- tudung aku kedepan dan aku start pakai cermin mata. Serius da macam mayat hidup dah aku. haha--- Lepas berlainan kelas, dia dah tak kacau aku dah. Wow, maybe dah jumpa orang lain kowt. haha-- Maklumlah, hati manusia senang berubah. lorhh , maaflah, tapi jujur aku tak terfikir langsung pasal dia after that.. aku fokus dengan budak2 kelas aku yang masa tu. Tapi entahlah, sejak form 4 aku pindah ke Teknik dan semasa cuti akhir semester  aku kerja part time kejap bersama rakan aku Shahirah dan beberapa rakan lain. Aku tak pasti sama ada Shahirah saja nak kenakan aku atau apa, dia cakap, semasa aktiviti mengcat kelas, Si Capital E ada menulis nama aku di dinding menggunakan cat sebelum kembali mengecat dinding seperti biasa, dan kerana tindakannya itu dia menjadi bahan usikkan kawan2nya. ---- Apabila Shahirah bercakap tentang itu, aku speechless kejap dan ketawa lalu menafikan(mengatakan aku tak percaya).

Kini aku sudah mengjangkau 22 tahun sudah. dan masih lagi tiada perasaan nak bercinta. Maybe belum sampai ke fasa itu lagi di mana perasaan ingin berkasih itu wujud. Walaupun aku banyak tengok drama korea dan anime, namun aku masih belum rasa nak ada sesorang masuk dalam hidup aku. Kalau boleh aku taknak lah bercouple sebab haram-- biarlah orang yang bakal masuk dalam hidup aku tu halal terus, senang  takde batas2 dah :p heee~~

ok, bersoal tentang Capital E, alang2 aku teringat kat dia ni, aku stalk lah mengenai diri dia yang sekarang. Dah hampir 8 tahun berlalu, baru saat ini aku teringat kat dia. Haha-- aku rasa aku memang macam ni lah, apabila da lamaaa--- tuh baru ingat kepada orang yang dignore dulu. Well, atas apa yang aku dapat dari stalk FB dia, (nasib aku ada mutual friends so senang jugalah cari FB dia). Dia mempunyai kehidupan yang sangat happy i guess dan dia nampak semakin kurus or i said tegap? ,,,. Bagusnya budak2 Cina ni, ukwah mereka sangat bagus, cukup gambar2 bersama rakan2 bercuti and bersosial menjadi bukti. And, yang paling tak boleh blah, damn-- apahal banyak sangat ayat jiwang, to many sampai aku exhausted nak baca. Obviously, dia bila da sayang seseorang uh memang jiwang habis--- pergh, seriuslah aku baca ayat2 dia cukup aku dah dapat agak plot percintaan mereka. Then, masa diorang nak breakup pun masih meraung meluahka kata cinta.. What!! Aku jumpa twitter dia nampaknya dah tak aktif dah, tapi, lagi berlambak ayat jiwang  di situ berbanding fb.

Nampaknya judge sekilas pandang teerhadap Capital E langsung tidak tepat masa mula2 dulu. Siapa sangka rupanya dia seorang jiwang karat berkarat2 walaupun rupanya ta meggambarkan seperti itu.. Dia nampak seperti budak nakal -haha.. i'd never expect him will became like this, sanggup lakukan apa saja untuk cinta dan berharap pada cinta too much?! mm,btw thanks to him because he give me those memories even though it make me suffer from feel chaotic for entire year of 2008. thanks for making my life colorful wif this events dude, haha.. i hope we'll become friend someday since i'm become mass-comer right now. He's the first one who so brave did to me like this. I am not sure either his feeling to me at that time is real or he is just fooling around, since there is some existence of species  who love to fooling around with taciturn girl, i had no choice to thinking it twice either it is real or fake. But even though wif my ambiguous of thought, but still, domo arigato~ neh Capital E-san for exits in my life as the naughty and troublesome person.. As a taciturn girl i am so grateful for it. i hope he will find his own happiness with his life.

Saya tahu saya tak lawa, tapi terima kasih kerana pernah menyukai saya dulu. Maaf kerana dulu saya begitu dingin tapi at least saya honest. Jangan risau, patah tumbuh hilang berganti buktinya awak banyak berganti GFsekarang.. hhaaha.. Tapi kan rasa nak interview jer dia tanya kenapa dia suka aku? apa yang buat dia tertarik?--- tolong lah, ak rasa aku paling hodoh dalam kelas tu.. huhuh..

p/s : Cinta itu Buta