:p

coretlah apa yang terlintas... satu terapi untuk menenangkan prasaan.. hee~ sesungguhnyer.. law ade terasa i'm really sorry... bukan niat... juz wanna to confess!!

Jumaat, 20 Oktober 2017

Mistakes makes u better if........

hello and assalamualaikum everyone.
Right now, i feel wanna talk something pointless i guess.. hahah
Dunno what to do, what to say, actually i just wanna practice English here.. huhu.
Influence from tons of English movies i watched, read of a lot of English subtitle, i just want be explode it here..

ok, i know that maybe i use some of the wrong words or grammars, but its ok.. at least im tryin' huh..
People do mistakes all the time
and people actually learn from it.. well, myb some of them are not or can i say they just ignore it. Hahah..
Then if you wanna be a fast learner then, please be quick in learn from your mistake u'd done.. DONT be LAZY dude.. If you ignore it, so you are soooo pointless and u'll growth for nothing... no expanding, no potential, no skills, no creativity and many more.. In the other words, You are loser!
So remember... be quick in learning your mistake and FIX it ok.
If you are not so fast, it's ok... baby step is better than nothing right?
the important right now, it's your attention wanna to change... to the path of be better.
Your choice, your decision who make it who you are wanna become like.
Be open minded to accept your mistake, and don't be egoist to stand for it..
People not always perfect, or actually no people is perfect after all.
So, don't be god who pretend perfection is yours.
We are only weak creature that always searching to be in a good way.
Searching and learning is our way and it's never die.

Thanks for reading until the end.
Sincerely,
Hanny Piece

p/s : It's good to sharing somethin' from bottom of your heart.



Selasa, 4 April 2017

manga #1 - Skip Beat -- i want more ...

Assalamualaikum and hello minna
Today  i'd just finished read Skip Beat until the chapter of 246 (survivor combat) (recently last and still ongoing)  which it was established last month (March)-- right now is the beginner of April and for the real i've no patient to wait for the next chapt tho.. huhu
Wahhh... i want moreeee... really.. it just 24 page at this chapter (246)? ussually it was more and less 30 pages somethg.


..ok, I start using  for my mother language (Malay) now...

Kepada para otaku, siapa tak kenal dengan cerita Skip Beat ni... (bagi peminat anime trutamanya yang layan romantik2 ni).. Well, since aku tengok cerita ni, aku tak boleh cakap its about romantic as the core motive.
Bermula dengan menonton versi anime drag me to read the manga to know the next chapter.. huhu..
Hebat betul si kartunis yang menghasilkan karya ni..
Di sini aku ingin mencatatkan namanya..

Yoshiri Nakamura ---
'Maaf, pada kali pertama aku melihat namamu, aku fikir kamu lelaki.. ternyata apabila melihat fotomu, rupanya kamu perempuan'
Jarak umur dia dengan aku ibarat anak dengan emak dah.. huhu.. maklumlah dia lahir pada tahun 1969.. dan aku 1994...
wahh, aku tak asti berapa jenis komik dia hasilkan.. tapi aku akan noted nama dia as nama kartunis yang aku admire.... sebab penghasilan karya Skip Beat ni..
Aku bukanlah jenis yang membaca manga sangat tapi sejak perasaan "curiousity' to know more tersangatlah tinggi, maka aku terus on pada manga ni.
Well, aku baca kat mangafreak.. n start download setiap chapter since internet aku kekadang 'sucks"..
Aku download lah sampai habis (since internet masa tu tengah laju), dan ambil masa seharian jugak nak habiskan setiap 50 chapter (baca).. huhu..
Well, type darah kita sama lah.. heee--- B type..

Apa yang best pasal Skip Beat ni?.......

Well, this manga bermula sejak tahun 2002 dan masih ongoing sampai sekarang(2017)
Dan anime dia start pada tahun 2008... dan masih tak tanda2 nak muncul season 2 T_T
If, even aku dah baca manga sehingga ke penghujungnya, aku tetap akan layan anime ni... even aku dah tahu what its going on next (spoiler dari manga)
sebab... " i dunno'' it feel like ceita ni ada satu aura, kalau tengok ulang kali pun takkan pernah bosan... (ni salah satu bestnyer)
Well, aku tengok anime ni 2 kali ( x banyak pun ) tapi since tontonan kali kedua tu lah aku mula terjebak dengan versi manga pula.
Wahh, tak sangka,,,,, sanggup aku korbankan masa aku untuk manga ni.. huhuh.

Sebenarnya, masa tengok anime ni, tak ada lah sangat rasa romantik tu...
Takde babak cinta pun... lebih kepada action... yang membawa perasaan "semangat' dan 'teruja'
Well, dalam manga cinta tu in progress tapi tak tunjuk... still main tarik tali dan mencari hala tuju,, there is still no cleary confession to each other..
Since aku baca manga ni aku sekaligus dapat mempelajari teknik dari beliau.. Wow, chapter sampai 200++ pun masih lagi climax tu samar2..Beliau berjaya elobrate story yang nampak sangat panjang menggunakan cara yang menarik (interesthing way).
Well, cerita macam ni ni lah aku suka... '"Memberi semangat dan keterujaan"
Btw, tahap lukisan beliau sedang2 aje bagi aku..
Its ok yang penting isi dan jalan cerita tu yang menarrik aku untuk terus follow hasil karya beliau.

Cerita pasal apa sebenarnya pasal Skip Beat ni?

Hahahah... well, kalau bukan motive percintaan then apa?
hmmm, Nakamura show us about artist world, bermula daripada bawah hingga mencipta nama.
Itu yang aku dapat rasakan, Nakamura mahu educate kita tentang cara berlakon dan dan tunjukkan kita betapa hebatnya dunia lakonan ni..
Watak utama, gadis biasa yang bernama Mogami Kyouko-- yang sepertinya mempunyai bakat terpendam dalam lakonan tanpa dia sendiri menyedainya... dan menyertai dunia showbiz yang pada mulanya untuk membalas dendam tetapi akhirnya menjadi minat dan sebahagian hidupnya.
Walaupun Nakamura menggunakan aspek 'dendam Kyouko terhadap Shou sebagai permulaan untuk masuk ke dunia showbiz, tetapi beliau mengetengahkan watak Tsugura Ren as watak yang sangat menonjol untuk Kyouko berbanding Shou sendiri ( untuk babak cinta).. ohhooo
**Sangat teruja menonton cerita ni lagi.. dan membaca manganya... memang tak mengecewakan.. i can feel it..

Apa yang aku harapkan dalam cerita ni?

Well, since cinta bukan motif utama, maka aku mengharapkan aksi lakonan yang yang rare dari Kyouko sendiri,
Pertama kali aku sangat kagum dengan tugas dia lepas join jadi ahli Love me Section..

1. Masa dia lakonankan watak yang pakai kimono tu, cara adat dia , buat teh, yang buat orang lain sangat kagum. berjaya buat pelakon sombong tu sedar akan kesilapannya.. Sikap Kyouko yang sangat firm untuk buat yang terbaik menghasilkan sesuatu yang mengagumkan.
2. Masa ujibakat iklan air tu, kyouko berjaya juga mengatasi masalah.. and Idea dari Mouko san masa jadi watak A memang aku tak duga.. also with Kyouko, walaupun idea asal dia ditiru, dia masih boleh hasilkan idea lain dalam waktu yang singkat.. dan aksi lakonan mereka memang sangat best.
3. Masa selsaikan masalah cucu President tu ( aku lupa nama dia), Kyouko lakonkan watak sister yang sanga mean or rude...memulihkan prasangka buruk cucu president itu kepada ayahnya.
4. Masa dia dapat job untuk lakonkan watak dalm PV or video song milik Shou and dia tunjukkan bakat dia yang lain kat situ dan menjadikan lakonan sebagai weapon untuk ditunjukkan kepada Shou.. ( btw, best pulak tengok Shou frust)-haha..
5. dan akhir sekali, masa dia lakokan watak Mio, perghhh, memang terbaiklah...

atas ni semua ada dalam anime...
since aku baca manga.. aku sambung lagi babak teruja aku... hehe

1. Watak Natsu--- Kyouko kecewa dapat lagi watak jahat sepeti Mio, tapi mendapat ilham untuk variasikan watak jahat itu setelah menjadi watak Kuon semasa serve kawan  president as tugas Love me section.. *Kawan president tu sebenarnya seorang pelakon yang sangat terkenal dan juga ayah Ren.
2. Watak Setsu-- Top secret mission +arahan prsident, jadi watak adik beradik Cain Heel (watak adik yang sangat sayangkan abangnya), watak yang berbahaya..yang dilakokan dalam real life dan bukan untuk dikomersialkan..
3. k, kali ni bukan watak.. aku suka jugak babak dia berani jumpa mak dia since perkara itu yang paling dia takkan buat---- well dia ada konflik sikit dengan mak dia... since mak dia sangat harsh sebab dalam TV dia mengaku dia tak perrnah ada anak.. So, ia sangat melukakan  Kyouko..
*** Well, my curiousity bertambah dengan *siapa ayah Kyouko? agen perisik ker* dengar side story mak dia, aku assume ayah dia tak mati lagi... just hilang tanpa jejak
4. babak dengan beagles pun boleh tahan jugak...
5, Then, sekarang yang tengah ongoing, Watak yang diburu Kyouko, MOMIJI.... chapter 245 dan 246 babak Kyoko menghadiri audition for Momiji character... dan aku ta sabar nak tengok babak lawan2 Kyouko masa audition tu... Serius ini babak teruja aku. cepatlah keluar chapter 247 dan seterusnya... den tak sabar ni...

btw, setakat pembacaan ku, Mogami Kyouko telah melakonkan watak (yang dikomersialkan)
1. Bo- ayam  (audience tak tahu)
2. berlakon dalam Iklan minuman
3.. watak angel dalam PV Shou
3. Mio - Dark Moon ( watak sampingan yang sangat penting)- watak jahat
4. Natsu- Box R? aku ta pasti exactly tajuk drama tu ( main role)- ketua pembuli
5. Mungkinnnnnnn.. after this is Momiji.... i hope so... ( nak tengok babak lawann2 tu.. >_<

p/s: kartunis dan penulis ialah seorang mastermind yang sangat genious.

Ahad, 26 Mac 2017

Anime Review #2 - Baka To Test to Shoukanjuu

Assalamualaikum and hello minna.
Hehe, again im back.. sambung lagi tulis entri.
Well, my 2nd review about anime. I hope, jangan terkejut tentang apa yang bakal aku sampaikan sebentar lagi.
To all fans.. please, all my writing here was my honesty-- and hope u dont take so serious and bash me.. huhu~~~
Everyone have their own taste and also mine.



So.......
Honestly...
Weyhhh..... Seriously i feel SUCKS... TOTALLY SUCKS...
Damn, what kind of story is this????
Makin lama makin tak logik...

Ok, korang, fans of Baka to Test.. Jangan nak marah melulu yer..
Ada sebab kenapa aku cakap macam ni...  No harsh, but this anime paling buat aku menyampah.. IT SOOO ANNOYING... Serious talk OK.. no kidding here...
Yeah , i know, anime memang terkenal fantasi tapi, also about some of kind accident or scandle need a proper logical reason...
I know, yeahh, nak tahu apa yang buat aku menyampah sangat dengan cerita ni? Soon, I''ll tell u guys.

Ok guys, btw, aku baru tengok anime ni semalam.. dan mengikut data yang diperoleh anime ni mula
ditayangkan pada
Sumber dari Wikipedia - anime ini diarahkan oleh Shin Onuma yang Manga asalnya dihasilkan oleh Kenji Inoue (Story) and  Mosuke Mattaku &Yumeuta (Art) yang secara totalnya ada 15 volume yang berlangsung dari June 2009 – September 2016.
Anime ni mula ditayangkan pada tahun 2010  dan berakhir pada tahun yang sama (7 tahun dah belalu..huhu)

Ok, 1st of all, anime ni ada 13 episode, aku tak pasti ada lagi tak next season or what..
Sebab aku dah tak kisah dah..
Tapi aku nak buat satu memorial kat sini as I know and aware pada masa depan, there was anime Yang #SayaBenci..
Hakikatnya anime ni berjaya buat aku anoyying secara kebanyakannya... Since banyak yang aku rasa menyampah walaupun ada babak humor and aku rasa best. Tapi sayang, sebabkan perasaan menyampah ni melampaui batas so that is.. Its ruin everything.

Ok, let me speak...
Pada mulanya... cerita ni mengingatkan aku pada cerita Assasin Classroom sebab melibatkan keadaan kelas A-F mengikut gred sama ada bagus atau teruk . Dan seperti biasa kelas paling teruk ialah kelas F yang mana studentnya tiada intention untuk belajar atau sememang Baka (stupid/ bodoh).
Well, watak utama berada pada kelas F ..
Seriously, im so excited mengenangkan betapa bestnya cerita Assassin Classroom dan meraskan mungkin cerita ni jugak best. .
Tapi, malangnya tidak! Sangat2 mengecewakan... Apa pun sense of humor dia best lah jugak.. itu tak dinafikan
Kecewa sebab apa? kejap, nanti aku ceita..
Btw, ni antara watak2 yang ada dalam cerita ni.


Watak utama Akihisa atau nama pendeknya dipanggil Aki tak hensem tapi comel jer,.. hehe
Dan subjek utama dalam cerita ni, pertarungan Summon yang mana mereka boleh memulakan apabila cikgu mereka membenarkan.
Apabila Summoned diaktifkan, muncul lagi satu watak mereka dalam bentuk Chibi. (serious macamwatak dalam game)
Dan aku tak nafikan watak2 mereka comel belaka... Tahniah kepada pihak Illustrator kerana dapat menghasilkan karya art yang sangat memuaskan.

Yess, aku tahu bahawa objectif cerita ni yang menggambarkan bahawa hebat dalam matapelajaran bukan segala-galanya.
Sebab dalam cerita ni, Watak utama, Aki yang dianggap pelajar bodoh, yang satu-satunya banyak menyelamatkan keadaan.
Kelas F kelas yang dianggap paling teruk, melalui pertarungan summon akhirnya daapat mengalahkan  Kelas E dan seterusnya kelass D.. Kelas yang mempunyai gred bagus dari mereka.

Ok, secara jujurnya.. aku dah mula rasa annoying dah tak boleh tahan pada episode 7.
Babak yang aku rasa tak boleh blah langsung.
yes, aku suka pada intipatinya, but fikiran logika mengganngu aku..
Babak Fuuji and Shouka kat taman tema..
Weyhhh, seriouslahhhh.... aku tak percaya betul... biar betul Aki ni kawan baik Fuuji taw! Terkenal dengan Baka lagi tu, tapi se baka2 dia kan, takkan lah dia nak buat kawan baiknya suffer... Aki mempunyai perasaan empati memang tak lah na betray..(Since Aki yang cadangkan pertarungan Summoned kerana memikirkan keselesaan gadis comel, Mizuki bukti dia memikirkan perasaan orang lain)
Well, ni berkenaan tiket yang mereka( group Aki) menang dalam satu pertandingan yang dianjurkan sekolah mereka. Tiket tu diberikan sepeenuhnya oleh oleh Yuuji kepada Aki dan Hideyoshi since dia tahu betapa dahsyatnya bakal menimpa jika dia memiliki tiket itu.
Sebenarnya,  Shouko sangat sukakan Yuuji tetapi tidak bagi Yuuji. Tapi setelah kekalahan kelas mereka kepada  kelas A, Yuuji terpaksa mengikut kehendak Shuoko tanpa rela.
Dan tiket tema itu dilihat sebagai satu 'malapetaka'...

Dan pada episode ke-7 ni, boleh pulak Shuoko memiliki tiket tersebut.
Dan lagi, Aki dan kawan2 yang lain, boleh pulak buat part time pada hari mereka pergi ke sana.
Since tiket mereka premium, mereka akan mendapat layanan istimewa.
Dan layanan istimewa tu boleh pulak diberikan oleh team Aki.. (Aki, Hideyoshi, Kouta, Mizuki, Minami)---- Beb, apakah perancangan ni... Tak logik langsung kan?
Aku mengharapkan episode ni adalah mimpi, tetapi malangnya tidak... It's happened.
Walaupun pelbagai emosi yang diterapkan dalam episode ni, tapi still feel bad, sebab, it should not happened at the first place.. Need explaination.. Kalaulah dia tambah babak dimana, Aki bagi tiket tu kat Shouko, aku boleh terima lagi.. Tapi still takde,,,
Apa yang aku rasakan.. kekecewaan dan frustrated.

Bercakap tentang frustrated.
Benda yang aku paling frust perwatakan Mizuki dan Minami.. and also Aki.
Aki-- seriously hontoni baka... Aku benci lelaki yang lemah dan tak reti nak buat apa2. Tak Firm
Aki ni buat aku geram.. geram sangat.. dia kena belasah dengan Minami, dia biarkan aje.!
Dia redha dibelasah perempuan... dan apabila duit allowance dia nak habis, dia keep kena paksa belanja Minami creepe sebab janji yang dibuat dulu (terpaksa berjanji sebab nak lepaskan diri daripada dibelasah Minami)..
What! Aki memang dah cakap dengan Minami habislah duit allowance dia kalau selau belanja Tetapi si Minami tak ambil kisah langsung.
Ni lagi sorang, Minami, yes, consider sikit lah keadaan Aki tu, yang kau pergi paksa jugak kenapa!
Anoyying lah dengan Minami, Belasah Aki teruk2 padahal kau suka dia kan.
Dah tu, kes dengan Miharu yang si lesbo minat dengan Minami-- well, kalau kau suka Aki, y biar dia suffer dibelasah Miharu.?. Ni lagi sorang, tak firm.. Weyh, tegas lah sikit, at least protect lah Aki tu. Sebabkan kau tak memasal Aki yang kena! Tak responsible langsung!

Then ,Mizuki dan Minami both belagak macam hubungan mereka dengan Aki dah declare.
Diorag sepatutnya takde hak nak menghalang atau marah Aki nak ada orang lain ke, or suka orang lain ker..
Mereka bukan macam Shuoko, yang terang2 declare yang dia sukakan Yuuji.. Then now dapat pegang Yuuji, sebab tu dia boleh bertindak sama ada nak marah ker apa
Ada pulak satu babak ni, diorang (Minami dan Mizuki) marah dan frustrated dengan Aki yang dianggap mereka  Aki ada perempuan lain..
Weyh, siapa mereka nak marah2, nak luah pun tak berani.. lepas tu belagak macam GF Aki pulak.
Kategori watak yang paling aku menyampah is
#1 Minami (Sangat benci dgn watak dia yang suka belasah Aki dan menyebabkan Aki suffer)
#2 Akihisa (Averange dalam membenci, since ada banyak babak lain yang dia OK)
#3 Mizuki (Btw, aku ok jer dengan dia ni, tapi ssebabkan satu babak yang  dia tak sepatutya / taboo untuk bertindak sebegitu rupa, dia terus masuk ranking)

Btw, aku tak kisah betapa fantasinya sesebuah anime tu.
Macam summoned-- seriuzly aku tak kisah sangat... Tapi lead and kemunculan perwatakan dan babak tak munasabah membuatkan aku rasa nak MAKI....
Sebenarnya, aku stop watch fully sampai episode 7 jew, sebab tak mampu nak teruskan.
Yang lain banyak aku skip atau cepat2kan sampai episode terakhir..
Cerita yang sangat menyakitkan hati!
Sebabkan aku TERLALU annoying dengan watak Minami, dan babak yang happened tanpa explaination sebab dan musababnya.
nak marah takat sini jela mampu.
Yeah, bukan semua orang taste sama.. Dan Bak to Test semmangnya bukann taste aku.
Sorry author, haters gonna hate, and im become one! -- untuk karya yang ni..
Im looking foward a better anime/ story from u then.

p/s: Hidup tak selalunya Indah

Anime Review #1- Ben-To

Assalamualaikum and hello minna...
Yosh, today i'll share my review about Ben-To anime..
hehe.. sorry guys! Since my intention to present all my review in Malay language.
So, that's it... if u guys visit this entry and u dont understand what the hell im talkin' about.. Hontoni gomenasai ..

I'll start now!

Yo, apa khabar kalian.. hehe.
Bagi peminat anime, Ben-To mungkin tidak asing lagi bagi korang..
Mula ditayangkan pada tahun 2011, dan aku baru nak buat review sekarang(2017).. huahuauhua..
Lama kan? -- haihh...
Walaupun aku minat anime... Tapi sebabkan lambakan anime masuk berserta manga plus aku pun bz dengan layan drama2 asian movie2 lain dan sibuk dengan segala bagai assignments yang aku tersangatlah benci..
So, that's it.. baru sekarang ada niat nak buat review ni since baru beberapa hari lepas watch this anime. hehe.

Kalau nak cerita sipnopsis, dah banyak dah diorang tulis  >_<  .. Tak caya boleh google mostly kat website fandom or anime, seriuzly memang detailed info dorang bagi.. Tapi kat sini, aku nak cakap sikit jer pasal beberapa info dan kebanyakan aku akan tulis apa yang aku rasa tentang cerita ini.
btw, cerita ni ada 12 episode dan berdurasi lebih kurang selama 24 minit
Siapa director anime ni?-  Jap, aku search...
Aik,banyak pula nama yang keluar. ohooo... Sumber dari MyAnimelist..  merekodkan (sebahagian)

1) Itakagi, Shin - Director, Episode Director, Script, Storyboard, Animation Director, Series Composition
2) Hashimoto, Hiroyuki- Episode Director, Storyboard, Key Animation
3) Hirata, Katssuzo - Animation Director, Chief Animation Director, Character Design

Aku masih tak pasti sama ada anime ni ada manga dia atau tidak.. Jap, aku search lagi.. hehe
Well, Semuanya ada 15 volume yang bermula pada Februari 2008 sehingga Februari 2014
Dihasilkan oleh 2 orang iaitu Asaura (Story), Shibano, Kaito (Art)
Haha-- kalau korang tengok Wikipedia, terjawab semua soalan.. huhu..

Ok, cerita ni pasal apa erk? kalau korang minat Jepun mesti korang tahu dan kenal apa itu bento. Bagi aku maksudnya bekalan makanan.. ( makanan yang sudah siap dengan lauk+nasi camtulah)
Well, biasa kat Jepun ada satu masa, bila supermarket nak tutup, mereka akan offer HALF PRICE untuk habiskan jualan..
Since tajuk anime ni Ben-To so, bento lah subjek utamanya..
Bento half price memang menjadi rebutan ramai dan didalam cerita ni, mereka kena bertarung untuk mendapatkannya... ( 1st time aku rasa.. weyhhh da kenapa, bento pun nak berebut ke? kenapa tak ambil cepat2 jer.. hmm)-- seriuzly tetiba terus aku teringat watak mak Shin chan yang selalu berebut masa shopping sebabkan harganya yang murah. huhu

Sepanjang aku menonton anime ni, Yes, pada mulanya aku rasa perkara paling bijak is menggunakan strategi untuk mengurangkan pertarungan dan berjaya mendapatkan bento, dan pada realitinya aku benci gaduh-gaduh ni (sia2 jer cedera huhu)
Tapi..... cerita ni fokus kepada PRIDE... kena berlawan untuk mendapatkan sesuatu dan merasakan nikmat kejayaan yang diperoleh atas usaha keras...
Seriuzly said, im fall for it-- mean aku agree and look it as beautiful aim/ intention/ anythg that u can describe it. ( ok now aku teringat pulak watak Kenpachi Zaraki dalam cerita Bleach ( the one who always looking for fight)...
Ben-To telah berjaya persuade aku untuk membenarkan aksi violent dari keamanan

Hakikat pada realitinya isu (bento) ni tak logik untuk memperbesar-besarkan, dan mngkin tak berlaku pun (tak pernah nampak pulak ada orang berebut makanan sehingga ke tahap ekstreme).
Tapi pengolahan cerita dan apa yang nak disampaikan dalam anime ni, berjaya make us feel real dan logik utuk diterima akal.. hehe... Mereka ( pihak producer) telah membuatkan issue Bento ni sesuatu seriuz ( bukti: wujud pulak babak organisasi2 / gang untuk merebut bento melibatkan di kawasan2 tertentu seperti 'Utara' atau 'Selatan')--- pandai mereka elobrate sesuatu yg kecil dan mungkin tidak difikr orang untuk  dijadikan subjek yang besar dan serious..
Wah---- animasi membenarkan segalanya kan? hehe

Watak utama, Yoh Satou (hero) dan a few watak lain (perempuan) such as Ice Witch( aku prefer panggil gelaran since 'gelaran' is mostly use as nickname to them rather than nama sebenar) and Beauty of the lake..
Hah, lupa nak cakap bahawa sesiapa yang berlawan untuk mendapatkan bento diberi gelaran 'WOLF' simbolik kepada keberanian  .. dan setiap Wolf ni ada gelaran masing2 seperti Ice Witch dan Orthtus.
Of course aku suka watak Ice Witch... kakkoi, cool u know... walaupun pada awal kemunculan dia agak misteri dan anooying(sikit lah) -- Watak dia yang pandai berlawan dan innocent membuatkan aku suka.. Kesederhanaan wataknya tu yang penting.. hehe
Watak aku rasa paling rasa annoying.. Shiraume tu (aku tahu watak dia cool since dia president sekolah -- eh yeke/ aku rasa lah )... Tapi disebabkan dia suka sangat belasah Satou.. dan Satou ni redha je kena belasah (seriuz aku paling benci babak ni) Tapi, nasib baik watak Satou ni nampak cool masa berlawan ( So, kurang sikit annoying aku ni) --
Nak2 ada satu babak ni, Satou try to explain sesuatu ( mean dia cuba  pertahankan diri dia -- ( bagi aku, Yosh! bagus at least u cuba kan-- dari tak buat pape.. huhu, tapi aku kesian Ume x caya apa u explain Satou)..
Nak tahu characters lain, boleh tengok pic bawah ni.. bukan setakat copy n paste yerr.. but aku edit pakai InDesign taw.. huhu ( gigih aku.. huhu)



And  lagi satu aku  rasa best pasal anime ni, lagu opening and ending Bento dia.. (OP agak energertic dan End agak emotional)
Tajuk lagu...
Opening Theme:
#1: "LIVE for LIFE ~Ookamitachi no Yoru~" (LIVE for LIFE ~狼たちの夜~) by Aimi
#2: "Treasure!" by Emiri Katou (ep 4)

Ending Theme:

"Egao no Hōsoku" (笑顔の法則) by Mariya Ise
Sumber: Animenewsnetwork.com

Yang berkenaan dengan OP #2 tu, yes, hanya terdapat pada episode 4 jew since scene pada babak lagu tu semua tentang cousin Yoh Satou, iaitu Ayame Shaga (beauty of the lake).. Aku ni jenis prasan sikit kalau tetiba dorang ubah lagu sama ada pada opening or ending.. sebab aku sensative sikit dengan instrument lagu2 ni.
Well, aku bukan  minat sangat nak dengar lagu since aku nak kejar masa, nak2 lagi aku selalu cepat2kan part lagu.. tapi, masa di episod 4, tetiba aku perasan, scene lagu dia lain.. hahah.. so, that's it.. differ than ussual..
Berkenaan dengan aku pula, of course aku suka benda yang menggamit emosi untuk dengar dan first time dengar ending cerita ni, terus aku jatuh cinta... (so,babak lagu ending dia memang jarang aku skip)-- hehe..
Then, pada episode terakhir tu..  dia main lagu ending tu kat OP(babak awal) the OP kat ending(babak akhir).. percaya atau tidak, aku mula jatuh cinta dengan lagu OP #1 dye pulak (dan2 dah sampai episode akhir baru nak suka.. hehe).. Sebab babak2 akhir yang happy dan aku terbaca lirik lagu tu (best pulak bait2 lagu tu)...

Ok, guys, aku rasa setakat ini sahajalah coretan mengenai review aku.
Salah satu sebab kenapa aku tulis review ni sebab aku taknak lah tonton then aku lupa begitu sahaja
Disebabkan aku ada potensi untuk amnesia tentang apa yang aku lalui dan rasa, Jikalau tiba pada saat itu, aku boleh kembali ke entri ini untuk mengingatinya kembali. ^_^
Conclusion, this anime was so good and energentic.. Simple and nice *Kan bagus kalau takde ecchi langsung_ huhu.. #hentikanlah dengan big Boob-- honestly i hate it... grrrrr.. Nasib aksi lawan2 dalam anime ni best...

p/s : Dari sudut positif - pergaduhan membawa kepada perhubungan persahabatan yang sangat mendalam.

Isnin, 6 Mac 2017

Review Movie Melayu #1

Oyasumi nasai~-- good night.. since aku tak boleh tidur, then frust nak tonton movie apa malam2 ni maka entri ni terhasil
Assalamualaikum btw..
tad aku barru lepas tonton anime tajun gekkan shojo.. ohoo-- no bad. nanti2 lah aku buat review pasal ni..
Right now aku rasa nak buat cacatan or short note mengenai movie or cerekarama yang aku pernah tengok.
Ini semua nak clearkan space latop yang kian memberat ni.
So, before i'll shift delete those.. at lease i wanna do short noted about them.

1. Aku Dia dan Tong Sampah.

ok, bila tengok balik, citer ni bagi aku best lah juga. ya lah, tajuk da pelik tapi menarik perhatian. Tambah2 pula lakonan para pelakon terutama watak2 utama sempoi dan tak telalau berat atau skema. Secara keesuluruhan senang faham dan senang masuk. (komedi romantik)

Karya Nadia Khan dan arahan oleh Megat Sharizal dan Ismail Jamaludin bersama 
gandingan mantap Siti Saleha (Sharnaz Sabri) dan Beto Kusyairy (Amir Haikal ) 
dan watak sampingan Razif Hashim (Hazwan) dan  Liyana Van Der Sijp (Dianne)


Ceritanya simple, kedua- dua watak ni ditakdirkan semasa mereka berdua buang surat2 cinta mereka ke dalam tong sampah. Walaubagaimanapun, Sharnaz masih ragu- ragu nak buang dan terlanggar Amir dan Sharnaz tersalah ambil surat2 kepunyaan Amir dan terus pergi. Berbeza pula dengan Amir, dia terus membuang surat yang disangka kepunyaannya itu,

Apabila Sharnaz tersedar yang surat yang dibawa pulang itu bukan kepunyaannya, maka dia pergi ke rumah Amir dan mahu tuntut semula surat-suratnya itu. 
Bermula dari perjumpaan ini mereka kerap berjumpa disebabkan ex masing2 (Hazwana dan Dianne) menjadi couple. Sharnaz masih sayangkan Hazwan sebab tu dia mencadangkan kepada Amir supaya mereka berlakon menjadi sepasang kekasih dan belajar apa kekurang mereka terhadap kekasih lama dengan harapan dapat memikat bekas kekasih mereka balik. Dan Amr bersetuju.
In fact  kedua- dua mereka ini(watak utama) baru putus cinta.


See, sepanjang progress mereka menjalankan rancangan mereka, tak terduga pula boleh jatuh cinta kan. Apabila x masing2 mahu kembali kpd mereka, jadi--- "maaf, no way beb.. haha.." 

paling sweet apabila si Amir nyanyikan lagu untuk syarnaz masa kat open gig dan video kat FB..
Btw melalui cerita ni. tak sangka wujud lagi eh 'prom melayu ni? haha, boleh plak si watak Amir ni pakai songkok.. kelakar lah Beto ni.. dah lah sempoi jew dia ni.. 

2. Aku Pilih Kamu

Cerita ni sedang-sedang aje. Mungkin most of the part was serious dan boleh boleh lah.. not bad lah jugak.. tagline yang boleh yang jelas mahu difokuskan dalam cerita ni is "setiap kegembiraan saya akan jadi milik awak dan setiap kedukaan awak akan jadi milik saya" ..

Dibintangi oleh Fezrul Khan (Muhd Alif) dan Intan Ladyana (Qesya) serta wtak lainnya Zain Hamid (Iskandar) dan Azhan Rani (Imran/ papa). Pengarah dan Lakon layar oleh Eyra Rahman. Lokasi pengambaran di Cameron Higland-- banyak tehh ouhhh~~


Cerita ini berkonsepkan bermonolog (mostly) watak utama si laki iaitu Muhd Alif yang memperisterkan Qesya yang agak panas baran dan tak suka malah benci terhadap suaminya itu. Maklumlah kena kahwin paksa oleh ayahnya sedangkan masa tu dia sudah ada pilihan lain iaitu Iskandar. Perkahwinan mereka terjadi disebabkan perjanjian yang pernah dibuat papa Qeysa dengan Papa Alif untuk kahwinkan anak mereka nanti, 


Setelah sekian lama keluarga Muhd Alif berpindah ke Pakistan disebabkan misi ketentenraan. tragedi menimpa keliarga Alif di sana menyebabkan Alif datang ke Malaysia kampung halaman untuk mengkhabarkan berita itu kepada sahabat baik ayahnya iaitu papa Qesya. Dem melunaskan janji, dengan kuasa veto seorang ayah, dia mengahwinkan anaknya dengan Muhd Alif.

Siapa tak berang apabila dipaksa kan? begitulah yang dirasai Qesya. Lebih-lebih lagi Qesya berdendam dengan ayahnya kerana semasa ibunya meninggal dan dia membesar, ayahnya terlalu sibuk dengan kerja sebagai saran tentera dan tak beberapa hiraukan dia. Kurang kasih sayang~ itulah yang dapat diungkapkan. 


Bagaimana mencairkan hati isteri yang panas baran dan masih berhubung dengan kekasih lamanya. Cerita ini melibatkan cabaran Muhd Alif mengatasinya. Dia tak pernah marah walaupun isterinya sering kali menengking dan marah terhadapnya. Dari kemarahan yang menggunung lalu mereka berkawan dan... Cerita ini sesuai lah bagi sesiapa nak feel.. alolo.. sweet pulak berawak2 bersaya2 ni.. hehe.. Sedih pulak pengorbanan Muhd Alif-- he's to nice. wujud lagi ker lelaki macam tu?? hwaahhh..


3. Alamak 7 Hari Lagi.

So bad, kualiiti cerita ni yang aku miliki sangatlah mengecewakan. Aku tengok jugaklah since tak pernah tengok lagi cerita ni. Rassanya selalu main di TV3, maklumlah, student kan, jarang layan TV huhu.. ok lah, since kualiti tak beberapa best dan lagu ending dia tak sampai habis, maka, aku tak dapat nak decribe detailed lah siapa pelakon2 yag aku rasa penting untuk diketengahkan mengenai cerekarama ini.

Sumber dari blog orang lain (fitrihadi.com), katanya, cerita Alamak 7 hari lagi ni diarahkan oleh Khabir Bhatia daa para pelakonnya Izara Aishah (Diana) , Kamal Adli (Harris/Is), Sara Ali (Huda) dan lagi sorang assistant Diana namanya Andi-- tak pasti nama betul dia apa. huhu..

Cerita ni berkenaan dengan persediaan perkahwinan oleh Diana dan Harris, In fact, Diana yang melamar Harris, since dia sangat sukakan Harris dari kecil lagi. Si Harris ni terima aje lah since dia fikir dia boleh hidup dengan Diana. Mereka dari keluarga harmoni dan kedua-dua belah pihak restu dan bersetuju. Ingat pada awalnya keluarga mereka mahu uruskan sendiri majlis perkahwinan mereka tapi, tunggang langgang jadinya. Akhirnya Diana memutuskan untuk mengambil wedding planner since tarikh perkahwinan mereka makin hampir,

Demi Diana, Harris sanggup untuk berhentikan kerjanya dahaulu dan menumpukan perhatian kepada persiapan perkahwinan mereka. Tanpa diduga, semasa perjalanan untuk berjumpa temujanji dengan wedding planner, Harris secara tak sengaja sorang minah ni, yang difikirnya agak tak bertamadun sebab menyakitkan hatinya dengan cara pemanduannya.. Dan.. Si Harris ni agak kurang ajar juga cara percakapannya sehingga membuatkan si perempuan itu sakit hati. Ceh, boleh pulak deme bergaduh tepi jalan tuuu~~..  Hahah.... rupanya perempuan tu, wedding planner perkahwinan Harris, Huda.
Memang bergaduh lah si Harris dengan Huda ni tanpa pengetahuan Diana yang memperkenalkan antara mereka. Nak2,  apabila Si Diana perlu outstation bersama assistantnyer Andi. Siapa sangka, pergaduhan yang kerap menghadirkan rasa cinta antara Harris dan Huda. 
Bakal pengantin jatuh cinta dengan wedding planner~~~~



4. Angin Cinta

Ini senarai lagu dalam angin cinta
Filem ini dilakonkan oleh Zizan Razak (KK) sebagai hero dan Ummi Nazeera (Irika) sebagai heroin serta watak ketiga penting is Shahrnizam Noor (bapa Irika) yang diarahkan oleh  Ghaz Abu Bakar dibawah Mermaid Studios
Btw, Cantiknya Irika pakai busana Muslim dari tudung ke jubah.. hehe.. 

Baiklah, aku terus straight to the point, cerita ini berkisarkan KK melamar kekasihnya Irika untuk berkahwin. Irika setuju dengan syarat KK perlu memohon restu ayah kandungnya dahulu. Sebenarnya ayah Irika sekarang ialah ayah tirinya yang mana KK tidak pernah sedar akan hal itu. Apabila Irika membuat permintaan sebegitu, KK sangat terkejut dan seakan taknak dan putus asa kerana kampug ayah kandung Irika berada di pulau yang mana KK memang benci pulau sebab mahu ke sana memerlukan jalan laut dan dia memang dikenali sebagai seorang yang mabuk laut. 

Mengenangkan cintanya kepada Irika, KK, sanggup jugalah redah lautan yang sangat dibencinya itu. Namun ada satu hal lagi yang belum diterus terang Irika terhadap KK, bahawa mereka dah lama tidak bertemu dan keberadaan di situ adalah satu ketidakpastian. Ini kerana Irika sebenarnya, tidak pernah bersua dengan ayahnya setelah dirinya dibawa pergi oleh ibunya menikah dengan lelaki lain untuk hidup senang? Disebakan ini, bapa kandung Irika anti dengan orang kaya ( since both KK dan Irika kaya) hmmm . Oleh sebab itu, Irika tidak pasti kedatangan mereka itu akan disambut atau tidak dan bagaimana akan terjadi nanti?

Walaubagaimanpun, mereka akhirnya dapat berjumpa di suatu makan malam, namun, rupanya KK telah membuat sesuatu yang mengecewakan Irika. Atas hal itu, Irika telah memutuskan tidak dapat teruskan pertunangan mereka dan meninggalkan KK. Disebabkan hal ini, untuk menebus kesalahan serta untuk mendapatkan Irika kembali, KK telah membuat keputusan untuk stay dengan ayah kandung Irika di kampung dan mengambil hatinya dan juga atas tanda minta maaf dengan menunjukkan kesungguhannya. Tanpa pengetahuan Irika, KK sanggup meninngalkan kerjanya yang berlambak di KL dan tinggal di pulau (maklumlah KK kan CEO., suka hai dia jer nak cuti berapa lama. hoho)


5. Anugerah Dendam yang Terindah

Cerita yang penuh cukup perisa dengan sifat kemanusiaan, yang kebanyakan membuat aku sebagai penonton bera geram, marah, kasihan, kerana wujudnya golongan penindas dan dtindas, bermulanya sebuah hidup yang baru, mencari kebenaran, dan akhirnya kemaafan yang tak dapat diungkap dek kemarahan diri yang membuak-buak.

Karya Mohamed Feroz Abdul Kader dibintangi sepasang pelakon dari Adam dan Hawa iaitu Aaron Aziz( Azman) dan Nadiya Nisaa' ( Izatul) sebagai hero dan heroinnya. Watak yang berjaya bua penonton sakit hati ialah watak Amar bahrin (Aril) dan ibunya  Fadilah Mansor (Maimon). Masya Allah sakit hati betul tengok watak kejam mereka ni errr.
Lagi satu watak sampingan El Fazaa Ul Haq as (Maria) yang berperanan besar di Australia.

Yeah, ada lokasi pengambaran di Australa disebabkan watak utama Azman memang bercita-cita ke Australia sejak kecil lagi. Maka, sejak dia dihalau dari rumah, Australia lah destinasi unuk dituju. Watak Azman yang tidak beberapa bijak telah dibesarkan secara tidak adil oleh ibunya. Adiknya Aril merupakan seorang yag bijak dalam matapelajaran begitu membanggakan ibunya telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang.Azman seing diherdik dan dicaci oleh ibunya. Dia bagaikan dilayan seperti anak tiri sejak kecil. Namun, disebalik kesengsaraan itu, Azman mempunyai kawan baik iaitu Izzatul yang seumur dengannya. Mereka selalu meluangkan masa bersama-sama.

Mereka berpisah disebabkan Izzatul melanjutkan pelajaran di London selama 5 tahun. Dengan penipuan, Azman memberitahu Zatul bahawa dia juga akan melanjutkan pelajaran di Australia padahal dia tidak lulus SPM. Menurut dari scene Azman budak-budak, halangan besar dia ialah matapelajaran Bahasa Inggeris. Perkara itu terbongkar apabila  Zatul pulang dan menjadi guru tuisyen sementara dan terjumpa Man ambil kelas itu juga. Tapi setelah closure hubungan mereka kembali pulih. Zatul telah meluahkan perasaan pada Man

Kembalinya Aril dari Australia (kononnya)--- makin menjadi-jadi menyindir mak dia.
Paling aku sakit hati dengan Si Aril, 
1. hadiah cenderahati dari Australia ----> baju seksi, jarang macam baju malam pertama.
2. Guna cara kotor untuk dapatkan Zatul--- dia tahu hubungan Zatul dan Man, tapi tetap nak masuk jarum juga, Bila Zatul mahu memutuskan pertunangan dan mencari Man tetapi Man ketika itu telah pergi membawa diri
3. Pemutusan tunang itu telah membuatkan Aril bertindak dengan lebih kejam dengan merogol Zatul.

Akhirnya, Si Aril ini diketahui juga kerja haram dan semua sijil2 nya itu adalah palsu oleh Zatul yang sudah menjadi isterinya ketika itu. Maalang menimpa Aril dan dia akhirnya terlihat keadaan koma kerana perbuatannya yang lampau. Selama ni Aril memberi makan minum isteri dan emaknya dengan duit haram. Ibu Aril yang sangat menyakitkan hati Azman selama ini telah menjadi seakan sawan atau gila. Malihat keadaan itu, telah membuatkan Zatul ke Austalia mencari Azman walau keadaan dirinya yang memboyot.

Maria dan mamanya telah menolong Azman mengubah nasibnya di Australia. Tanpa mengetahui perkara sebenar yang terjadi dulu kepada Zatul, dia mebawa diri jauh-jauh. Bagi Azman merasakan dirinya diludah sama ada dengan keluarganya sendiri dan kekasihnya. Apabila berjumpaa Zatul di Australia memohon  dirinya pulang demi emaknya yang sakit. Namun penwaran ditolak pada kali pertama. Setelah dipujuk oleh Maria, maka Man balik menjenguk keluarga dia yang berada dalam keadaan yang sadis.
ok stakat ni jelah mampu shirtnote aku buat.. Selamat tinggal these movies from my lappy.

p/s: hidup ini penuh dengan drama


Ahad, 26 Februari 2017

JapanLiveAction #1 Kimi to Boku review

Assalamualaikum..
hai semua.. genki desu ka (how r u?)
hehe.. me, still lagi mood zombi..
btw,  tadi tepat pukul 12.37am, bunyi guruh berdentum dengan sangat kuat~~ kuat sangat dan sangat mengejutkan.. sebabkan kan aku bilik tengah mungkin  tak terlalu terkesan..
lepas jer bunyi guruh yang sangat kuat dan mengejutkan tu aku tengok luar tingkap di ruang tamu. hujan rupanya eh, pelik sebab rasa tak hujan pun tadi.. hmmm~~

Bunyi ni rasanya kali kedua-- pertama petang semalam.dalam pukul 4 ke 5pm atau 5.30 camtu.
masa tu hujan dan aku tegah tidur. tapi tidurku terjaga saat bunyi guruh yang sangat kuat...
rasa seperti kilat berjaya membunuh targetnya.
Adakah sesiapa dipanah petir?
hmmm.. perasaan yang sama juga untuk guruh kali kedua~ adakah sesiapa atau apa telah dipanah petir?

Masa bunyi guruh kali kedua tadi~~ dan2 jer masa tu baru habis tengok kimi ni todoke live action.. scene babak lagu akhir tu.. hmmm..
Lupakan pasal bunyi guruh yang sangat mengejutkan tadi. aku usyar2 lagi movie apa yang belum aku tengok kat lappy ni.
So next aku watch Kimi to Boku.

Kimi to Boku~~ i wonder cerita apakah ini?
Saat kali pertama lihat, Watak kucing mula berlatar belakangkan suara orang bercakap.
Aku terfikir adakah cerita pasal kucing?
Adakah watak utamanya kucing? Adakah manusia bercinta dengan kucing? Adakah cerita ini pasal magic? hmmm~~
Setelah habis menonton ... Ya, ianya cerita kucing, Watak utamanya ialah kucing, Bukan mengenai magic tetapi berkenaan kucing menceritakan kisah hidupnya bersama tuannya.
Bagaimana mereka jumpa, Apa mereka lakukan bersama, Apa perasaan  kucing tu, perasaan tuannya. Si Kucing bernama Ginougo bagaikan meluahkan perasaannya melalui cerita ini.
Cerita ini bagaikan hadiah Si Kucing kepada si owner menberitahu bahawa dia sentiasa akan berada disamping tuanya sehingga ke akhirnya walaupun jasadnya sudah tiada.

Since Si tuan dalam cerita ni ialah seorang kartunis, dapat rasakan penulis sebenar cerita ini meletakkan dirinya sebagai owner~ dan empati terhadap watak kucing peliharaannya
Penulis menyampaikan mesej yakni tiada penghujung kasih sayang antara manusia dan haiwan peliharaan
mereka(pet) sentiasa ada bersama walaupun mereka telah pergi.
Duration selama 44 mini 43 saat ni~~ aku tak tahulah babaknya tak lah sangat deep dalam hati aku.
Mean aku tak rasa pun nak menangis ke apa~ perasaan nak menangis tu memang takde.
Tapi, kenapa ada beberapa babak tu air mataku jatuh dengan tiba2.
Tiba2, tanpa rasa deep di dalam hati, tubuhku menunjukkan reaksi.
Pelik kan~~ tanpa permission, air mata terus jatuh ke pipi. mencurah-curah
Mungkin kah tubuhku bereaksi terhadap lagu?
Lagu yang dimainkan tu~~ bunyi piano yang pelbagai menjadi latar belakang yang menceritakan suasana sama ada perlu sedih, gembira terharu atau energetic.
Ataupun pelakon suara watak kucing yang begitu warm and  bernada emotional T_T

Walaupun cerita simple dan rasa macam cerita pendek, tapi cerita ni sangat emotional type kalau korang hayati betul2. (berdasarkan komen yang aku baca, hehe)
Lebih2 lagi bagi korang pencinta kucing~ memang feel habislah
Tapi --> (Sorry, bagi aku memang tak deep lah, myb sebab aku takde kucing peliharaan kowt, tapi air mata yang jatuh ni.... argghhh.. aku tak tahu kenapa my tears drop tetiba. Padahal hati tak rasa pape pun. hwahhh)

koflik~~ tak ada sangat yang serius dan complicated tetapi jelas semasa--

1. Ada orang nak ambil kucing itu dari tuannya sebab ternampak iklan "lost cat" dan "orang lain" tu nak membelanya sebab rasa sunyi setelah anaknya study abroad di German
(since tuannya itu hanya jumpanya di taman pemainan dan memiliharanya sementara owner sebenar datang menuntut)~~ tapi setelah sekian lama mereka meluangkan masa bersama, membuatkan owner sementara ni tak dapat lepaskan dia.

2. Apabila kucing ni sakit dan tak ada masa yang tinggal untuk hidup memberikan perasaan yang hiba kepada tuannya.

Tak sangka, aku tengok cerita alam sejagat ni.
Berkenaan hidupan lain selain manusia sebagai watak utama
Memahami perasaan kucing terhadap tuan yang telah membelanya, bahawa mereka sentiasa memerhati tuannya sama ada di saat gembira dan susah. Ya, mereka sentiasa ada,
Menyedarkan bahawa si owner ni bukan keseorangan tetapi haiwan peliharaan ada tetap menemani.

Cerita ni juga menyedarkan aku tentang sukarnya hidup sebagai kartunis.
Mereka harus cuba dan cuba lagi, dan berusaha bersungguh2 untuk berjaya.
Dari bawah~ bukan lah jalan mudah untuk sampai ke atas,
Teringat aku ada satu post kartunis yang memberi fikirannya tentang kartunis perbezaannya antara negara Malaysia dan Jepun dari segi bayarannya dan tugas mewarna latar belakangnya dikatanya orang lain yang buatkan selain kartunis itu sendiri.

Katanya lagi, kat Malaysia semuanya kena buat sendiri... owhh, apabila teringat post dia, rasakan bagai satu rungutan aje.
Cuba tonton cerita ni kejap. Jepun juga sama-- apabila mereka baru mula memang kena menunjukkan effort lebih dan lebh lagi.
Sama jer, kemudahan bukan datang bergolek, tapi kena usaha.
Bayaran sikit? kena buat semua? kat sana lebih kat sini kurang?
Dia bandingkan negara maju, bandingkan dengan orang yang lebih veteran, berpengalaman, dan berjaya, sedangkan dia yang baru nak bertapak~

Hmm, pada mulanya memang aku megiyakan post dia sebab rasa tak adil jer, tapi setelah lihat cerita ni, aku sedar, Jepun yang negara maju pun mereka memang strunggle gila2 and keistimewaan untuk dapat banyaran lebih semua tu hanya layak bagi yang layak jer.
Untuk menjadi yang layak,
Untuk sampai ke atas,
memang sangat memerlukan azam yang sangat kuat.
Jikalau goyah pendiriannya maka jatuhlah nanti tak bangun2.
Sebab rasa tak terdaya lagi untuk meneruskan.
Sebab tu, Jangan tahu merungut jer, dan bukalah minda dari persepktif yang berbeza.
Btw, selama ni aku kurang peka yang pelukis and kartunis pakai sarung tangan semasa melukis. Kejap, actually tonton babak dia melukis pakai sarung tangan ni satu reminder for me to aware of this habit since my x-roomate pernah mention before.

Ni lagi satu nak habag
Time aku seach tajuk ni, (Kimi to Boku)-- result dia keluar pasal anime.
Eh, ada anime series eh?
Jap baca sipnopsis.. Chop2.. asal lain dari yang aku tengok.
Ok, then aku tambah"live action" baru keluar yang betul aku tengok ni..
Oic.. walaupun tajuk sama tapi jalan ceritanya lain, isunya dan mesejnya pun lain.
Tapi mungkin theme nya sama iaitu "BOND" .
ikatan dan hubngan either between human or both human and pet.
Kimi to Boku bermaksud You and Me~~( Awak dan Saya )
Both anime and live action release pada tahun 2011..
Btw, congrate Takashi Kubota for wrote and directed this film.<3
that kitty was so cute.. kawai <3 ^_^

p/s: berfikir di luar kotak, lihat dari pelbagai sudut dan perspektif dan haiwan juga mempunyai perasaan untuk disyangi ^_^



Ahad, 5 Februari 2017

Hello 2017

Assalamualaikum 2017
May Allah bless pembaca sekalian :)

Yosh minasan.. ukairi (i'm back) --- huhu.. setelah sekian lama tak menaip kat blog ni.
mm, this year i turn 23.. n see, perangai still tak berubah still budak2 lagii T_T.. so bad..
n , pertengahan bulan 1 ni jugak aku start cuti sem.
Tadaima (welcome back) zombi life~~~
hahaha--- right now dah masuk bulan dua. Perayaan Tahun Barru Cina dah lepas and aku tak wish langsung kat members Chinese aku. well, aku ramai gak member Chinese, tapi kami tak brapa keep in touch.. hmmm
Bila usia makin meningkat masing2 sibuk dengan hal masing2.
So, sebab tu masa sekolah n belajar lah kena ambil peluang spend time puas2.
Sebab.. skali dah start dengan dunia pekerjaan dan keluarga---- tinggal harapan nak hangout selalu.
Btw, aku masih lagi study. and baru lepas sem 5 and seperti biasa start jer break sem mood zombi kembali aktif.. huhu T_T

Sedang classmates sedang sibuk mencari tempat intern, aku pula bersenang lenang.
Sebab.. aku buat keputusan nak extend sem depan.. mm, rasanya sebab aku tak ready lagi nak intern kowt ~~ hahah~~ alasan jer tu..
mmm, alasan tu relevant jugak sometimes.. tapi sebab utama, aku failkan satu subjek sebab aku tak mampu nak habiskan masa sem 5. Yup, aku tak mampu--- thesis... memang ye  aku suka membaca fact kan~~ memang tak lah.. aku tak suka baca journal semua tu... Kirai-- hateee terutama tang nak buat litaratture review. Benci taw.

cukuplah dengan assignment lain yang perlukan membaca jugak.. nak2 tambah thesis ni.. perghhh.. tak mampu lah nak finished on time..
yup, it was my weakness.. dah lah baca dalam bahasa Inggeris, report pun English.
hisyhhh, benci betul English ni, semua nak conquer.. hmmm..
Well, aku pun tak nafikan aku selalu juga guna simple words of English. tapi journals semua tu, dah kenapa bahasa tingi2.. tak faham aku.. nak kena ambil masa... seminggu pun tak cukup tumpu dengan chapter tu jew.. haihh~~.
Memang untuk subjek academic writing aku berhenti separuh jalan.
Memang dalam otak nak repeat sem depan~~ maybe i can do better..
So, memang aku berhenti lah.. aku bagithu kat status FB, roomates  and also my family yang i nak repeat paper tu next sem.. sebelum deadline thesis tu kena hantar... ada masa lagi sebulan kowt.. haha.. cepat betul aku putus asa kan? hmmm
Even satu subjek kena repeat whole sem  and aku tak boleh intern lagi sebab sangkut dengan subjek yang tak lepas ni.
So, dari awal lagi aku dah jangka ku tak dapat GOT (graduate on time).. its ok for me.
Since my mind decide, i have to follow. Result tak keluar lagi, tapi aku dah tahu akan repeat sem depan sebab aku failkan satu subjek ni dengan sengaja...

hidup aku rasa bagaikan kosong jer.
da lah aku ni bukan multitasking n kurang networking pulak tu.
so banyak dalam dunia ni aku tak tahu-- banyak lagi aku belum explore.
sebenanya macam bosan dengan hidup ni ada jugak. hmmm....
Sebab aku belum ada target nak hidup maybe..
orang lain ada impian but me, i dont find any.. hmm
how i did and doing is ... just survive and meaningless..
nak2 my memory satu2 kian menghilang... mean kemampuan nak ingat in detailed otak aku tak mampu buatnya lagi macam kecik2 dulu.
Nasib baik ada agama yang membimbing..
Tapi, macam tak cukup jer, sebab aku lack something.. yakni--> matlamat..
I dont have mindset.. hmmm

Sebab tu aku tak kisah sangat dengan GOT ni.. sebab aku tak brapa pandang dengan kata2 n pandangan orang.
Tak terbit rasa jealous ker apa.. sebab status bukan minat aku.
Aku jealous dengan benda macam-----
"pandainya dia.. hisyh kenapa aku tak terfikir camtu (dalam penyelesaian masalah)"
"bestnya dia dapat dia melancong-- dapat keluar negara tengok kepelbagaian dengan mata sendiri"
"bestnya mereka ada bakat melukis... nak jugakk >_<  "
"geniusnya kartunis ni dapat menghasilkan anime best camni "
"bagusnya dia mampu improvekan diri dia dalam masa sesingkat ni"
Well, ni antara contohnya...
Aku tak kisah dengan rule dunia.. kenapa belajar tinggi... target cgpa kena tinggi semua..
Aku nak bebas~~ mengembara tengok dunia...
Aku dahagakan pengalaman dan melihat kepelbagaian (yang mungkin belum terungkap)...
Tapi nak taknak, nak buat semua tu kena ada skill.. skill pengetahuan tentang geografi and komukasi terutama in English (-_-;) hmmm... nak taknak aku kena sebatikan English dengan aku..
hmmm.. cabaran lagi..

mmm, sebab  sem akan datang ni aku ada masa, maka aku bercadang nak tambahkan pegalaman n memori aku tentang dunia ni, macam tingkatkan multitasking yang aku sangat lack or tak explore lagi.. hmmm..
sebelum aku sibuk dengan dunia industri..
Nak sangat dapat kerja nanti yang buat aku explore seluruh dunia.. huhu
Bagus jugak ada banyak masa free sem akan datang ni, dapat fokus-- i hope tak melencong lah..
bak kata member yang ambil kata2 lecture said.. jangan kerja-- fokus dulu dengan assignment.. sebab ramai seniors yang kerja sambil belajar n last2, they lost sebab penat and even satu subject they unable to finished it properly.. So the way is, finished those asgnment 1st then u can do whatever u want.
So, pengajarannya.. u will be free if all those works/ asgnmts was done. without worried and anxiety. Freedom~~

Ok, harap tahun ni akan lebih dirahmati--- semoga aku dapat harungi dengan jayanya.

p/s: Hargailah masa kehidupan yang dimiliki