:p

coretlah apa yang terlintas... satu terapi untuk menenangkan prasaan.. hee~ sesungguhnyer.. law ade terasa i'm really sorry... bukan niat... juz wanna to confess!!

Selasa, 9 Februari 2016

Cintan Cintun #1- chaotic from secret admire- surat layang?

assalamualaikum pembuka bicara
ohayo gazaimasu..
sekarang waktu menulis entry ni pagi tapi jap lagi aku nak ucap oyasumi(slamat malam)--
hwaahhh, nak tidur-- huhu

well well , sekarang dah masuk bulan Februari rupanya.
sedar tak sedar hampir setengah bulan sudah aku hidup sebagai zombi.
kejap kejap... chop.. chop..
Februari?? hwahhh.. famaous dengan bulan berkasih sayang ni.. kenapa?  sebab Valentime.ohooo,,'
uhuhhu.. tapi malangnya, kita sebagai Islam haram sambut... -- Hwahh tapi dalam citer anime semua nampak sweet...  mmm, entahlah melalui observation di anime, Valentine day just amalan bagi2 coklat kepada lelaki yang disukai and White Day tak silap adalah balasan lelaki kepada pihak perempuan.

Tapi kenapa haram sambut Valentime yerr? mestilah haram sebab masa ini lah maksiat berleluasa disebabkan mengikut  kehendak nafsu yang kelaknya habis binasa akhlak dan maruah. Sedangkan couple itu pun haram. apatah lagi menyambut hari kekasih cenggini. But, bagi aku Valentine ni boleh jer sambut janji korang halal antara satu sama lain.  hehehe.

bercakap tentang bulan berkasih dan sayang ini. tiba-tiba nak reveal pulak kisah cintan cintunku yang haram tak jadi apa. hahahahah--- seriuz meh memang tak jadi pun sebab tak pernah bercouple pun so thats mean aku memang zero dalam percintaan.. kakakakakah..

kenapa aku  jadi cam gini.. sebab
1. aku tiada perasaan nak couple
2. couple itu haram (support alasan pertama)
3. seorang pendiam dan  tak menarik
4. tak lawa dan gelap
5. muka tiada perasaan.
6. seorang yang dingin
7. seorang yang tak jaga penampilan or selekeh or sakai

yup, its so true apa yang di list kan di atas, aku seorang yang pendiam dan tiada perasaan. muka tak lawa dan gelap lagi seorang yang sangat tak menarik.

tapi kan dalam tak menark dan hodohnya n selekehnya aku ni pun pernah trima surat dari admire.
bukan surat cinta dah aku trima tuh dan macam proposal untuk kahwin dah. sebab ada perkataan "married" dalam ayat tuh. What! What ! What!

ok, ini kisah masa form 2 aku.
kali pertama aku trima sehelai kertas yang tulis sebaris ayat - aku da lupa detail ayat uh, tapi ada perkataan love  and married ker macam tu aku tak ingat lah. Yang penting aku rasa kahadiran surat layang ni betul2 mengejutkan aku. seriuz ! adakah ini betul adakah ia hanya main2.?

mula2 macam ni~~ aku duduk dalam kelas tu da beberapa bulan dah  stelah menyesuaikan dengan rakan baru maklumlah sekolah aku suka tukar kelas ikut markah pelajar. Memang terasing lah bagi aku masuk kelas top second yang mana aku sorang jer Melayu yang beralih ke kelas tu dari kelas masa form 1 dulu.
Yang pastinya kelas aku yang baru tuh ramai Cina. Hampir 70% classmate aku Cina.
Seperti biasa- watak utama duduk sebelah tingkapkan.. hhehe-- da ase cam citer anime pulak ~~teeett~~
sebenarnya tempat duduk asal aku di belakang kelas bercampur skali dengan budak cina-masa mula2 masuk dalam kelas tu
then ada perubahan tempat duduk pulak yang mana aku and partner aku, Nurul beubah tempat duduk di sbelah kiri kelas bersama geng-geng budak melayu yang mana semua perempuan kat situ. lelaki Melayu yang wujud masa tu hanya 2 orang jer yang mana mereka bercampur dengan budak2 cina.

entah berapa bulan aku berada dalam kelas tu, apatah ramai giler cina, aku yang bodoh English ni pun  makin-makin bertambah menjadi pendiam-- hanya berinteraksi dengan budak dekat2 area seat aku jer atau lebih tepat geng2 melayu. haha..

ok, berbalik dengan a peiceS of illegal paper ni..
adoiyaii-- seriuz meh, memang tak sangka, tk sangka sangat dan sangat.. macam terkena kejutan budaya or elekrtrik. walaupun aku ni selekeh dan tak berperasaan. buat muka steady jer, tapi dalam masa yang sama aku terkejut besar. Nak terkejut lagi gerangan admire ni seorang Cina--- What ! What ! What!..

Sebelum aku dapat surat layang ni, aku dapat rasa aura  yang "mereka" bercakap tentang aku.
bergosip pasal aku--- macam mana aku dapat aura ni, sebab, aku akan sensitif bila orang sebut nama aku walaupun dari jauh kedudukannya atau pun perlahan. Walaupun aku perasan tapi aku ignore jer sebab dalam set mind aku "ada modal ker nak bergosip pasal aku? Impossible! because aku tak ada apa yang menarik pun untuk dipersoalkan melainkan seorang yang sakai dan pendiam" Aku ada menyuarakan masalah aura nama aku disebut2  dalam kelas ni kepada Nurul. Tapi Nurul rasa dia tak dengar apa2. Aku ni bukan senang nak menyuarakan masalah bila aku x hadapinya berkali kali. Masalah aura ni makin hari makin jelas pulak-- dah kenapa??

Tapi aura nama disebut ni bukanlah masalah besar bagi aku sebab aku da mind set otak aku,, Impossible man.. haha.. Jadi aku ignore dan jalani kehidupan seperti biasa sebagai seorang pelajar in 2nd top class.

Tapi di sesuatu ketika aku  tengah syok menulis pada latihan diberikan, tak memasal datang sorang mamat Cina Kristian ni datang letak a piece of paper yang dikoyak tinggal separuh diantara meja aku dan Nurul tanpa apa2 permit lepas tu blah camtu jer, Aku dan Nurul pun baca lah surat itu serentak dan masa yang sama, aku terfikirkan sekeping kertas INI untuk Nurul kowt. Mula2 aku baca dipermulaan ayat pun da terkejut sebab ada love and married camtu dan otak aku ah konfom da pk ia ditujukan kepada Nurul sebab Nurul lebih menawan dan lebih cantik daripada aku yang selekeh ni. Tapi, rasa macam kena serangan jantung apabila diakhir ayat dicatatnya Nama pendek aku. What! What!
Then, tengok nama si penulisnya, Capital "E" dan bukannya Si Pengantar tadi. Aku pandang lah ke arah Si Pengantar bejalan ke seat group mereka yang selalu bergosip  tu. 4 and 5 orang rasa berkumpul dan Si Capital E ada kat situ tengah gelak2 bersama-sama group mereka..  Masa tu aku terus conclude mereka mesti nak memainkan aku. Yes, mereka gelak2 tanpa pandang aku balik mean saja jer nak main2 memandangkan aku seorang yang pediam. hahahaha ~~

Note: ukwah budak lelaki cina kelas aku sangat kuat sampai bentuk group2  untuk bergosip mengalahkan budak  perempuan..

Dapat surat layang tuh cukup buat aku terkejut dan terkedu sebentar- pertama kali kowt. Then nasib ada member yang talkative, Syaz. Aku, Nurul dan Syaz pulak menjadikan surat layang itu sebagai bahan permainan-- haha..

Dalam kelekaan aku bersuka ria tak kisah itu dan ini, tanpa aku sedar dari surat layang pertama inilah yang merupakan amraran lampu hijau bermulanya hari aku menjadi menjadi huru hara. T_T o_o" ....
Dalam keyakinan aku mengatakan ini semua hanyalah hayalan dan permaianan memang tak sangka benda ini menjadi begitu serius. Jogmal? Jongmal?

Mana taknya, bukan setakat yang surat layang pertama aku dapat, malah surat layang tu melayang ke meja aku berulang kali.Sila lihat word PIECES yang aku tulis tadi .. Yes it is pieces.. banyak kali juga aku terima.. akan tetapi, Aku yang tiada perasaan ni sama ada koyakkan atau gompolnya dan buang.
Maaf, aku tak ingat apa detail dalam surat layang tu-- sebab aku malas baca dan buang-- huhu.. Tapi apa yang aku faham dan ingat, biasalah, ayat-ayat cinta dan jiwang ditulis dan pastinya ada nama aku dan nama si pengirim.
Nampaknya si Capital E ni tak mudah mengalah.

Tapi yang tak boleh belah--- memang betul aura yang aku rasakan dulu, rupanya geng Si Capital E yang bergosip pasal aku. Dan makin menjadi setelah surat layang diterima
Yang tak boleh blah-- boleh pulak si Capital E ni mengwarwarkan ke geng mereka budak2 Cina dulu tentang perasaannya and then baru aku. Maknanya hampir 50-60% budak kelas tahu dan aku merasakan aku seolah-olah orang terakhir pulak tahu padahal aku watak utamanya. lorhh...
Yang tak boleh blah-- aku jadi bahan gosip oleh BUDAK2 Lelaki- sebab Capital E ni......___

~~~Fakta tentang Capital E. ~~

 Aku perasan semasa tempat duduk aku di bahagian belakang, seat dia selang sebuah meja dari kiri aku, So aku perasan jugak lah dia selalu tidur masa cikgu mengajar semasa awal persekolahan dulu.
Aku aim dia budak malas yang tiada interest nak belajar. -----itu jew yang aku judge sekilas pandang tentang dia masa mula2 dulu.

Untuk beberapa ketika- rupanya dia bukannlah malas sangat-- dia rupanya seorang yang suka buat lawak dalam kelas dan judge aku terus berubah and dialah "BADUT KELAS" dimana seorang penghibur-- serius kalau takde dia, boleh mati kebosanan jugak kelas tuh, haha..
Sebabkan perangai dia ni penghibur, sebab itu dia mudah digauli rakan sekelas terutama geng2 cina.

Dia sangat dikenali dalam kelas tu, dan aku BETUL2 tak sangka dia akan begitu terbuka juga dengan perasaannya sampaikan begitu honest boleh terus terang perasaannya begitu saja.
Fizikal dye- Seorang Cina, agak Chubby, Talkative,

~~~~~~~
Sebab fakta-fakta diatas lah aku dijadikan watak utama untuk digosip. Sebab dialah yang menguasai kelas, dengan peribadinya yang talkative dan mudah mesra tu , akhirnya jadi gosip satu kelas. mm, haaahhh- yang peliknya seingat aku dia tak pernah bercakap dengan aku, Dia jarang berinteraksi dengan budak2 perempuan Melayu apatah lagi aku yang sangat2 pendiam ni.  Maklumlah kami ni berapa kerat jer dalam kelas tu.

Daripada 60% budak kelas yang tahu, terus jadi 100% kelas yang tahu dan rasanya kenalan mereka dari kelas Pertama pown tahu. Tak memasal jadi bahan gosip dan dia.... dia... dia....   macam suka pulak.. aku pulak jadi segan TAW... aduhhh... tapi aku tetap dingin ooo, tak balas tak apa, hanya koyak dan buang kertas dia bagi uhh... 

Macam mana boleh seluruh kelas tahu tentang perasaannya terhadap aku?
Damn! he use the tactic that i never forget da ia sangat2 memalukan aku yang sedia semulajadi pendiam ni.

1st- ada ker patot, kad manila, upgrade sikit tempat dia menulis rasa cintanya itu (kagum kejap), di pass kan ke setiap sorang dalam kelas tu dan akhirnya sampai ke tangan aku.... setiap sorang baca nota cinta yag tertulis tu. and aku--- skali imbas jew, lepas tu aku koyak (dalam masa yang sama, sayang kowt, ad manila bukan yang biasa punya tapi yg high class punya-- damn aku koyak camtu jew-- kalau aku bijak sikit masa tu aku boleh jew recyle balik T_T)
alang2 aku duduk tepi tingkap aku dengan kejamnya koyak bagi dorang sume nampak perbuatan aku tu dan obviously aku buangnya terus kat tingkap. (masa tuh aku rasa marah--- mana tak nya boleh pulak dia main pass2..  Sebab ianya sampai ke tangan aku akhirnya,-- kerana nama aku tertulis di situ, so that diorang tahu note love itu ditujukan kepada aku)

2nd- aku rasa some of teacher tahu pasal perkara ni, sampaikan What, depan cikgu English kami-- ada ker dengan berani dia jerit nama aku then said " I love U"dengam happyface dia tu tanpa pandang aku tapi pandang depan.. Tapi nasib baik, masa tuh aku jahil lagi meengenal situasi--- haha-- dengan teacher bebel apatah kat depan uhh, ignore jew laungan, aq pown ignore dengan muka tiada perasaan. Well masa tu dia duduk kat kerusi depan kelas, sebelah cikgu yang berlecture kat bahagian tengah denpan kelas, hadap arah kami--- biasalah suka hati dia jer duduk merata. Tak sangka dia masih tak mengalah. Hisyhh! mind set aku masa tu, kita as budak2 tak patot bercinta dan prinsip ini kuat tersemat dalam sanubari aku, So, sebab tu aku takde perasaan nak cuak or segan masa tu.. Ia macam krik3-- huh? What? Is he say something?-- sebab tu aku ignore,  haha, lepas beberapa ketika sebenarnya baru aku perasan dia laungkan itu.. Kira aku terkesima jugak lah.. Respon budak kelas? ahahah-- aku rasa mereka tahu aku tolak dia walaupun tanpa kata apa2. Tengok cara aku koyak kertas dan diam tak respon apa2 da cukup buat mereka  faham aku tolak dia. Mereka pun tak boleh nak halang dengan perangai hyperactive dia uhh.

Btw, sebenarnya kad manila uh, note terakhir dari dia, lepas tu da takder dah. Selama ni di guna kertas biasa yang dikoyakkan dari buku latihan uh. Aku pulak yang stress geng budak2 cina yang lain pandang aku senyum2. haha. Entah macam mana aku jalani kehidupan dalam kelas uh sampai akhir tahun. AKHIR TAHUN??? yup! sampai ke akhinya taw, aku masih dengar desir2 nama aku di hujung telinga aku Sebenarnya aku ingat lepas kes kad tuh dikoyak dia akan givup, tapi..... makin menjadi pulak...
Ada ker aku dengar dia belajar cara ucap "assalamualaikum" and try ucap "bismillah" kowt tak silap.
What! dia memang betul2 nak aku rupanya. Bayang kan lah melibatkan religion ni... Perkara in paling buat aku terkesima! tapi, Maaf Capital E masa tu aku memang dingin dengan percintaan. 

Tindakan bagi surat terhenti sudah tapi rasa cinta di hati memang tak boleh nak halang dan tak berdaya nak hentikan. Baru sekarang aku mengerti setelah banyak anime an drama aku tonton. Walaupun aku belum merasakannya waima dah mencapai umur 22, tapi ini yang dapat difikirkan oleh logik akal.
Buktinya, Si Capital E nampaknya masih tak putus asa dalam menarik perhatian aku walaupun dia  tak face to face dengan aku. Yer , cara dia macam betul2 suka aku ada masa tu, tapi kan dia tak pernah bersemuka nak bercakap dengan aku. Sekali pun tak pernah. Aku tak pernah cakap dengan dia walaupun kami satu kelas. Sebabnya, aku seorang perdiam yang hanya berinteraksi dengan orang yang aku sudah biasa. Dan, walaupun dia seorang yang hyperactive dan talkative, tapi, dia nampak begitu "coward" nak berhadapan dengan aku. Berani bagitahu satu kelas tapi.. nak berhadapan dengan aku, hahahah--- y u r so coward Capital E?
Walaupun macam tu, dalam masa kami satu kelas tu, dia masih menunjukkan minat dengan aku walaupun tak secara berdepan... T_T.. serius aku tak pernah terfikir benda ni akan jadi dekat aku.

Ada suatu ketika, di akhir peperiksaan akhir, satu hari tuh aku datang lambat ke kelas sebab bas RApID buat hal. aku dengan rakan baik masa tu Shahirah yang berada di kelas Top 3rd. terpaksa jugak hadap rassa malu datang lambat sebab orang lain semua tengah jawab exam, kami baru nak masuk kelas memandangkan kami yang mewakili kelas masing-masing sebagai penumpang tetap Bas Rapid KL dan ada masa tuh jugak baru aku perasan aku sorang jer dari area rumah aku duduk di dalam kelas tuh. Hahaha.

Dengan rushingnya aku masuk kelas, aku tak tahulah berapa puluh minit aku lambat huhu... Tapi aku masuk kelas aku perassan2 jer, Si Capital E duduk di seat aku jawab exam. Dia nampk aku masuk kelas, and dia pun rushing bangun pergi ke seat asal dia. ohooo, aku tak tahu sama ada nak marah atau apa huhuhahauahuahaua---Teruk sangat ke angau!?  Sampai seat aku pun nak dimiliknya? 

haha, kenangan lalu kembali menerjah ke ruangan pemikiran--- boleh pulak di saat aku jadi zombi ni aku teringat akan peristiwa which is chaotic event in my life. Tetiba rasa kelakar pulak apabila mengenangkannya. hahaha-- nasib lah masa form 3, Si capital E turun kelas ke 3rd top class.Aman sikit hidup aku.. Btw, penat jew aq dressup extra sakai masa hari permulaan form 3 uh, tengok2 dia lain kelas.. Extra Sakai?? haha-- tudung aku kedepan dan aku start pakai cermin mata. Serius da macam mayat hidup dah aku. haha--- Lepas berlainan kelas, dia dah tak kacau aku dah. Wow, maybe dah jumpa orang lain kowt. haha-- Maklumlah, hati manusia senang berubah. lorhh , maaflah, tapi jujur aku tak terfikir langsung pasal dia after that.. aku fokus dengan budak2 kelas aku yang masa tu. Tapi entahlah, sejak form 4 aku pindah ke Teknik dan semasa cuti akhir semester  aku kerja part time kejap bersama rakan aku Shahirah dan beberapa rakan lain. Aku tak pasti sama ada Shahirah saja nak kenakan aku atau apa, dia cakap, semasa aktiviti mengcat kelas, Si Capital E ada menulis nama aku di dinding menggunakan cat sebelum kembali mengecat dinding seperti biasa, dan kerana tindakannya itu dia menjadi bahan usikkan kawan2nya. ---- Apabila Shahirah bercakap tentang itu, aku speechless kejap dan ketawa lalu menafikan(mengatakan aku tak percaya).

Kini aku sudah mengjangkau 22 tahun sudah. dan masih lagi tiada perasaan nak bercinta. Maybe belum sampai ke fasa itu lagi di mana perasaan ingin berkasih itu wujud. Walaupun aku banyak tengok drama korea dan anime, namun aku masih belum rasa nak ada sesorang masuk dalam hidup aku. Kalau boleh aku taknak lah bercouple sebab haram-- biarlah orang yang bakal masuk dalam hidup aku tu halal terus, senang  takde batas2 dah :p heee~~

ok, bersoal tentang Capital E, alang2 aku teringat kat dia ni, aku stalk lah mengenai diri dia yang sekarang. Dah hampir 8 tahun berlalu, baru saat ini aku teringat kat dia. Haha-- aku rasa aku memang macam ni lah, apabila da lamaaa--- tuh baru ingat kepada orang yang dignore dulu. Well, atas apa yang aku dapat dari stalk FB dia, (nasib aku ada mutual friends so senang jugalah cari FB dia). Dia mempunyai kehidupan yang sangat happy i guess dan dia nampak semakin kurus or i said tegap? ,,,. Bagusnya budak2 Cina ni, ukwah mereka sangat bagus, cukup gambar2 bersama rakan2 bercuti and bersosial menjadi bukti. And, yang paling tak boleh blah, damn-- apahal banyak sangat ayat jiwang, to many sampai aku exhausted nak baca. Obviously, dia bila da sayang seseorang uh memang jiwang habis--- pergh, seriuslah aku baca ayat2 dia cukup aku dah dapat agak plot percintaan mereka. Then, masa diorang nak breakup pun masih meraung meluahka kata cinta.. What!! Aku jumpa twitter dia nampaknya dah tak aktif dah, tapi, lagi berlambak ayat jiwang  di situ berbanding fb.

Nampaknya judge sekilas pandang teerhadap Capital E langsung tidak tepat masa mula2 dulu. Siapa sangka rupanya dia seorang jiwang karat berkarat2 walaupun rupanya ta meggambarkan seperti itu.. Dia nampak seperti budak nakal -haha.. i'd never expect him will became like this, sanggup lakukan apa saja untuk cinta dan berharap pada cinta too much?! mm,btw thanks to him because he give me those memories even though it make me suffer from feel chaotic for entire year of 2008. thanks for making my life colorful wif this events dude, haha.. i hope we'll become friend someday since i'm become mass-comer right now. He's the first one who so brave did to me like this. I am not sure either his feeling to me at that time is real or he is just fooling around, since there is some existence of species  who love to fooling around with taciturn girl, i had no choice to thinking it twice either it is real or fake. But even though wif my ambiguous of thought, but still, domo arigato~ neh Capital E-san for exits in my life as the naughty and troublesome person.. As a taciturn girl i am so grateful for it. i hope he will find his own happiness with his life.

Saya tahu saya tak lawa, tapi terima kasih kerana pernah menyukai saya dulu. Maaf kerana dulu saya begitu dingin tapi at least saya honest. Jangan risau, patah tumbuh hilang berganti buktinya awak banyak berganti GFsekarang.. hhaaha.. Tapi kan rasa nak interview jer dia tanya kenapa dia suka aku? apa yang buat dia tertarik?--- tolong lah, ak rasa aku paling hodoh dalam kelas tu.. huhuh..

p/s : Cinta itu Buta