:p

coretlah apa yang terlintas... satu terapi untuk menenangkan prasaan.. hee~ sesungguhnyer.. law ade terasa i'm really sorry... bukan niat... juz wanna to confess!!

Selasa, 25 Disember 2018

Wish 2018? Menjadi tak?

Assalamualaikum minna...
MasyaAllah.. 
Hampir setahun aku tak update apa2 kat blog ni
Haih.. menangis blog aku kesunyian kan? 
huhuhuu T_T
Ni lah citenya si pemilik blog ni bukan rajin suka menulis. 
huhuuhu again T_T

Hello 2018.. !!!
Weyh hari ni Chritsmas -- Baru nak say Hello to 2018?
hahaahha- lawak betul lahh..
Nak habis dah tahun ni... tinggal lagi lebih kurang 6 hari jer lagi. hoho
Nak cakap x banyak moment berlaku dalam hidup ini , banyak jer hapenned..
Nak ate deep desire nak share maklumat ngan korang pun, berlambak jer-- huhu

Again, ni  semua sebab SIKAP X RAJIN aku untuk menulis dan singgah kat blog ni.. hwaahhhhh
SEDIHH!!! 
SADISSS!!
Buka laptop buat apa jer biasa?
watch anime, watch dramas and benda2 lagha yg lain...
hahah, addoiii

Well, aq summary kan apa terjadi dengan aku sepajang 2018 ni
BTW, aq habis intern lewat tahun 2017 dan awal 2018 tuh presentation dan aku akhirnya habiskan riwayat aku sebagai penghuni UITM.. 
N, of coz untuk permulaan tahun 2018, aku sambut tuh dengan member2 rumah  kat Putrajaya kot. (Pesta Lampu)
31Dis malam, tunggu bunga api dan 1 Jan 00.00am spend a few hours dengan selfie, welfies and makan2.. masing2 siap wish.. and wish aku? macam jadi tak jadi jer.. hahaha
member2 lain punya wish.. idk for sure, but ada sorang member punya wish"nak kurusss'-- macam hanya tinggal sekadar wish jer tu... hahah-- ops sorry sis... xper yang penting is nawaitu..

Well aku punya wish? 
Nak kumpul duit bebanyak and pergi travel!!
Hahahah... welll..
hmmmm--

Oklahh, aku story dulu, after presentation intern tu,, bulan Februari week last  tu aku start kerja dengan member aku sebagai ccollector di sebuah syarikat terletak di Pinggiran KL..
Sebenarnya aku join member aku ni sebab
1.dia cakap tempat dia tak cukup orang and pelukan orang
2. Then dia cakap kerja ni ada pelbagai karenah manusia yang menyakitkan hati
Sebenarnya aku lebih kepada reason kedua tu sebab aku rasa macam nak "BASUH" jer dengan debtors tak reti bahasa ni
Then  disupport dengan reason ketiga aku nih..
3. Nak pengalaman yg lain dari tampat intern dulu--

Well2, sebenarnya, SV masa intern dulu  ada offer aku kerja kat situ..
N u guys know what, that my intern place bukan calang2 tau! It's very well-known
Tapi, since aku dah spend 4 bulan di situ, aku rasa nak collect pengalaman and skill lain pulak
Ni smua sebab terpengaruh masa lepak and gosip2 dengan member2 area rumah
And aku tertarik nak join member aku kat tempat kerja dia pulak.  hahah

So, secara automatiknya aku menolak or ignore jer offer SV aku tu kan .. huhu
Demi mencari pengalaman lain.. aku lakukannya.. Sanggup lepaskan walaupun it's TV Alhijrah.. Yes, macam2 pengalaman luar studio, dalam studio, work in office, handled events and so on.. Too many happened dalam waktu yang singkat.. And im really apprieciate it.. Pengalaman yang sungguh berharga.
So, Maaf SV... But I'm very glad for ur suggested and offered. Well, my intention wanna expend my skills in various experiences.

Well, aku spend most of my time at  tempat kerja pertama aku  after tamatnya jadi student..
Dan it's very tough bukan sahaja hadap debtors pelbagai karenah, tapi karenah teamates, supervisor, management...
It's Hell in the end.. And aku berhanti after hampir 6 bulan aku kerja...
What the heck, baru aku tahu management company aku tu bermasalah, EPF tak bayar( btw, aku dapat dua bulan jer sebab management baru ganti masa akhir2 aku nak berhenti tapi lagi 4 bulan tak bayar)

And aku tak brapa berkenan dengan cara manager aku wat kerja walapun sometimes berkesan..
Aku ni bukan suka sangat pressure cust or debtors yang baik budi bahasa dengan nak suruh bayar lebih ker appa.. aku ni suka ikut agreement.. If the agreement said so, then IT should be follow..
And yeah, bercelaru giler , langsung tak tersusun.  I mean, kitaorang sistem tak update denga HQ... Sistem tak sekata langsung... so, not so much confidents and banyak sangat benda ambigious tau tak..!!!!
Sejak aku tahu benda ni, meang dalam mind aku fikir nak quit jer, tapi sebab agreement aku dah buat dengan cust buat surat ssemua, mesti aku tunaikan..
Skali aku dah berjanji mesti aku buat kalau tak hati aku tak tenang apatah lagi benda ni melibatkan  "Status Nama Seseorang"---
Ni lagi satu Maybank HQ KL- lembap betol nak kluar surat official..  tak macam Maybank luar  semenanjung Sabah Serawak, on the spot keluar surat official, jadi para debtors smua tak tertunggu2. 

Aku tak senang sebab semua tu lah... then lastly aku ada isu dengan manager aku yang tak brape boleh dipercayai tu..
Aku berhenti semua sebab manager aku tu.. See, sekali tekad memang aku akan buat punya!
So jangan cabar OK... 
Then aku pun berhenti dengan jayanya on the spot.. bagi surat kat GM terus, dan dia terus apporved.
Cool puas hati.. hahah, tak payah nak tunggu seminggu ker apa..
Tak macam teamate aku lagi sorang yang mana aku dengar, after aku berhenti tak lama tu dia berhenti and bagi surat tu kat manager kami yang macam "haram" tu
And guess what, manager kami tak bagi langsung surat resign tu kat HR..
Tak pasal2 sorang member(teamate) dapat surat amran dari company mintak bayaran balik gaji yang diterma...  Macam SHIT betul kan.. !

Whatever, after raya, awal bulam Julai (7) aku berhenti... sebab tekad punya pasal..hahha
Lepas tu mulalah aku jadi penganggur terhormat
spend money macam air... hahhaha---- ( shopping, lepak, hangout, travel bercuti)
ok lagi satu sebab aku berhenti sebab kerja tu takde life langsung
And aku nak ambi lesen kereta sebenarnya... (and akhirnya tercapai dengan spend rm1300 selama tempoh 2 bulan-- yeahh, alhamdulillah

Jadi penganggur sekejap lah jugak.. dalam sebulan camntu... 
Lepas tu join member part time jad housekeeping lebih kurang sebulan setengah lebih.  Sejam RM7 kowt.. ok lah tu.. sementara nak amek lesen and tunggu after bulan 11(November)
Y Novembber?
sebab masa tu nak attend a few of days kat rumah member jadi bridesmaid, and kalau aku mula kerja tetap, confirm tak dapat cuti kan?  So, aku hold untuk cari kerja tetap.. huhu

Aku stop kerja Housekeeping tu sebab..... aku rasa aku lembap giler buat kerja and nak catchup dengan orang berpengalaman sangat jauh.. T_T
BTW, utk housekeeping aku partner dengan member aku sendiri, and aku tahu dia tahan jer tunggu aku buat kerja.. kuang kuang kuang...
And aku berhenti tu tang2 masa aku nak becuti dengan member2 lain di Pulau Perhentian yang mana kitaorang dah rancang lama berbulan2  sebelum ni.. huhu..
Since aku part time, memang  suka hati mak bapak nak datang ker taknak..
Tapi as a few day b4 bercuti tu, memang aku dah decide hari tu aku last kerja as housekeeping. and taknak kembali dah kowt.. hahaha
Then bercuti lah dengan senang lenang kan... tak fikir kerja ker apa.. hahahah

Selepas bercuti tu, Sekali lagi aku jadi penganggur terhormat
dah sehinggalah bulan Oktober (10) , aku officially daftar untuk ambil lesen kereta.
Alhamdulillah, smooth jer perjalanan, dan dalam 2 bulan lebih dan tepat selepasa after attended wedding member as bridesmaid (spend 4 days kowt) ........5 Disember aku ambil test JPJ, dan Alhamdulillah, aku lulus.. Esoknya 6 Diesember, aku ambil lesen officcial (D) di JPJ Permaiisuri... yang kena bayar RM32.00 in total... huhu
BTW, I no need (P) at license cuz aku punya lesen Motorsikal (B2) dah competent/complete/ P dah habis.. So dia ikut status lesen Motor aku.. hehe. 

Dan shinggalah hari ni, after dapat lesen ingat nak cari kerja, tapi berehat jap kat rumah seminggu dua before mintak kerja kat jobstreet dan jobmalaysia.. loooking for parmanent job sebab nak letak dalam rekod resume nanti senang.. Btw, sepanjang masa free after aku dapat lesen ni, aku dah addicted dengan game "The legend of Wuxia" and rewatch anime "One Piece" hahahha.. So, banyak masa aku terbuang begitu saja.
Btw, dalam aku main2 ni, aku pergi interview kerja Jumaat lepas. then semalam dapat call untuk pergi second interview Jumaat ni at 9am.
Wish me good luck.. Tq. 

So, go back to main topik, adakah wish aku tercapai..
"Kumpul duit banyak2 dan pergi travel" ??
Well, tang kumpul duit bebanyak tu--- macam tak kowt.. sebab-- sekarang at the end of year, AKU POKAI woi... hwahhhhh T_T..
Travel?----- hmmm, macam berjaya jugak, sebab, aku spend time dengan member2 aku bercuti
1. Bercuti di PD-- Banana Boat and Donut + Short vocay PD- jalan2 dgn boat..
2. Bercuti di Bagan Lalang- Seafood da main Special
3. Bercuti di Pulau Perhentian- Snorkling
+++++ Guide cousin sekeluarga naik Menara KL and pergi Putrajaya jalan2.
+++++ Balik Kelantan-- Dapat Durianss Free-- hehe
+++++ Hangout, lepaking, karoeke
+++++ Graduate on 22 October 2018
+++++ Spend at wedding kampung N9
+++++ Dapat lesen D
 
Thus, Conclusionnya... 
My wish-- when look overall- not bad lah.. banyak jugak benefits aku tahun ni.. At least aku tak lah fikir menganggur tu lama sangat tu dengan sia2 kan? 
My stable income end awal bulan July-- till now.. nak dekat 6 bulan gak...
6 bulan(part-time one an half a month, graduation, bercuti, dapat lesen D)
So, end my year with Alhamdulillah.. 

My wish?
So I x dapat  kumpul duit tu bebanyak pun.. huhu-- banyak habis belanja sana sini gaiss.. Rasa hopeless, tapi pada masa yang sama rasa berbaloi jugak sebab dapat spend masa dengan member2 n family..
hehe.. 
Hopeless tu sebab rasa banyak nganggur jer.. huhu
Oklah yg penting dapat lesen D kowt. lepas ni boleh travel memana jer.. hehe.. 
Tapi tu kena dapat kereta dlu OK.. hehe.. Myb this is my next wish? 
If this year dalam negara, myb next year is overseas?
Who'll knows.. 

p/s: Allah sebaik2 perancang- Manusia? Usaha n Tawakal..