:p

coretlah apa yang terlintas... satu terapi untuk menenangkan prasaan.. hee~ sesungguhnyer.. law ade terasa i'm really sorry... bukan niat... juz wanna to confess!!

Khamis, 31 Disember 2015

Nostalgia hindustan #2 - Chori Chori Chupke Chupke

Assalamualaikum.
Salam sejahtera, salam 1 malaysia , salam 1 dunia.
Haha, sebenarnya aku penat rasa nak tidur sekarang ni, tapi jari aku pantas menaip di screen hp ni. Haihh..

Well sebenarnya aku nak cerita my feel, emotion about cerita aku dah tengok. Ini bermakna aku akan delete cerita ni dari har disk aku. Hwwwaaaah.. T_T .. Hard disk penuh x dapat nak copy cerita baru.
Sebab kan kualiti videonya tak best walaupun cerita dia best, aku tetap dengan keputusan ini, aku nak delete!
Cerita yang dimaksudkan itu-- chori chori chupke chupke.

Honestly, aku bukan kaki hindustan dan tak pernah langsung  tengok cerita ni. Haha.. Cuma tang lagu jer  macam biasa dengar and even aku x hafal liriknya tapi ingat2 lupa tentang nadanya. Disebabkan ini, masa copy cerita ni dengan member dulu, dah lama baru check list dalam hard disk,  aku ingat list nama 'chori chori cupke cupke'- cerita drama melayu yg berkenaan orang 'curi cupcake'? Bila tengok--- lorh , hindustan kaa!!
Disebabkan kualiti video x best dan pada scene pertama tuh ttg interview ttg keluarga-- mati2 aku ingat ia cerita realiti show. Terus aku tak ada mood nak tengok.. Hahah.. Lama jugak aq skip x tgok cerita ni. Sampai lah satu masa aku ada keinginan nak review balik cerita 'unknown' bg aku, dengan foward nya laju2.. Baru aku sedar, lahh, bukan cerita realiti show rupanya.. Ha ha.. Then, Sehingga lah terberhenti masa babak lagu chori2 chupke2.  'Eh eh, chop asal cam pernah lagu ni..-- timbul keinginan aku nak tengok cerita ni dr mula,-- kecuali babak 1st tuh.. Haha..
So, bermula lah perjalanan aku bersama cerita ni. Pelakon nya salman khan sebagai Raj, Priety Zinta sebagai Madhu dan Rani Mukerji sebagai sebagai Priya

Aku tulis Apa yang faham dari certa ini, kalau peminat tegar hndustan rasa salah boleh tegur kat komen yer.. ok, sebenarnya aku malas nak cerita panjang... aku skip babak interview keluarga Raj masa mula2 babak..Tapi apa yang aku dapat sikit2 dari babak inerview tuh, atuk Raj nak keluarga yang besar.

Well, kisahnya bermula di majlis tari menari di sebuah perkahwinan rakan mereka. Raj dan Priya bertemu pada kali pertama kat situ. Pergh memang cairlah tengok Salman Khan, cara pandangan dia tuh memang superbbb! feel habag maih,, hahah.
Biasalah, majlis kahwin orang hindustan ni ada tari menari, meriah habislah. Dengan dress up Priya yang memukau, masa tuh, Raj dah jatuh hati dah kat Priya lebih2 lagi dengan telatahnya yang mencuit hati (dapat ajak pengantin lelaki menari setelah Raj halau semua perempuan yang tak berjaya menarik pengantin lelaki untuk menari). 

Raj pandang Priya feel jew and ada usahalah nak mengorat or nak berkenalan tapi hampa apabila ternampak Priya dokong baby. So, conversation antara mereka jadi pendeklah.. Raj sempat cakap "anak awak comel" dan Priya  membalas "terima kasih" (kat sini boleh nmpk Priya mengiyakan itu anaknya), Padahal, itu anak akak ipar Priya -- (haha, namak sangat Raj da kena tipu bulat2 dengan Priya).

Raj seorang usahawan yang berjaya menyebabkan dia selalu sibuk. Atuk Raj nak sangat tengok cucu dia ni berkahwin dan disebabkan hal ini, beliau telah buat2 sakit supaya Raj balik rumah kerana mahu merisik bakal menantunya. Selain itu, keengganan Raj untuk berkahwin dan sibuk sentiasa menyebabkan atunya membuat tindakan terdesak itu. Akhirnya, apabila Raj balik rumah, acting mereka kantoi kerana Raj bukanlah sebodoh mana untuk ditipu. hahhaa--- 
Dah alang2 kat rumah, Raj tiada pilihan untuk menurut kata atuknya nak melawat rumah bakal menantu.

Kanan Priya dan Kiri akak ipar Priya
Apabila tiba dirumah bakal isterinya itu, Raj terkejut terlihat Priya di situ. Priya pula dari awal sampai akhir asyik gelak giggling jer--- mungkin sebab lihat bakal suaminya itu kebingungan. Ok, kat babak kat rumah Priya ni lawak. Mana taknya, apabila berborak kedua-dua belah pihak, betentang mata, disebabkan Raj mempunyai tanggapan bahawa  Priya ini dah punya anak satu, dia salah faham perempuan yang duduk sebelah Priya itu adalah bakal isterinya. Dan disebabkan ini, dia sering berselisih pendapat tentang bakal isterinya dengan pembantunya.
Berselisih pendapat,~ pelik dengan pandangan yang diberikan Raj
Dan akhirnya salah faham Raj terlerai jua, apabila dia mengajukan soalan kepada atuknya, kenapa tanya soalan kepada Prriya dan bukan perempuan disebelahnya  . Atuknya pelik dan cakap Priyalah bakal isterinya. Raj terkejut tapi dalam masa yang sama dia happy, sebab berjodoh juga dia dengan Priya. Hubungan mereka sampai juga ke jinjang pelamin dan wow, bestnya tempat honeymoon diorang... Ok , im jealous-- tetiba**

Keadaan bertambah baik aabila keluarga Raj diberitahu bahawa Priya mengandung. Apalagi orang yang paling gembira dan teruja ialah atuk Raj lah sebab dia mahu keturunannya berkembang. Tapi malang menimpa  apabila Priya gugur semasa sarat mengandung kerana terjatuh. Ke semua ahli keluarga yang menjadi saksi kejadian itu berasa sedih atas berita yang diterima. Tapi mereka positif mengatakan mungkin itu bukan rezeki mereka untuk menerima ahli baru dan  percaya Priya akan mengadung lagi untuk mengembangkan zuriat keluarga Raj. Bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila Priya disahi doktor tak boleh mengandung lagi dan Raj yang amat menyintai Priya itu membuat keputusan untuk merahsiakan hal itu dari keluarganya.

Cinta Raj sangat tinggi kepada Priya dan menyebabkan beliau tidak sanggup berkahwin lain. Disebabkan hal ini mereka membuat keputusan untuk mengambil ibu tumpangan untuk melahirkan anak mereka.

Takdir menemukan Raj dan Madhu semasa Raj outstation untuk kerjanya. Madhu yang seorang pelacur sanggup menerima tawaran Raj kerana wang 10 juta. Outstation yang memakan masa yang agak lama itu telah berjaya mengubah personaliti Madhu kepada orang yang bertertib dan berakhlak dari segala segi seperti cara makan menggunakan garfu. Madhu yang pada mulanya agak kasar dan tidak beradab akhirnya berjaya ditransformasikan oleh Raj menjadi orang yang bertamadun. Raj memberitahu isterinya bahawa mreka sudah berjaya mendapatkan ibu tumpangan tetapi masih merahsiakan status Madhu sebagai pelacur.

Hasil Transformasi-menjadi lebih beadab
Rupa asal Madhu














Untuk merahsiakn status Madhu sebagai ibu tumpangan anak mereka, mereka mengambil keputusan untuk tinggal di luar negara dimana tempat mereka ber honey moon dulu iaitu negara Swisszealand. ini adalah bertujuan supaya perkara ini tidak akan diketahui oleh keluarga Raj. Priya sangat gembira bertemu dengan Madhu dan bersyukur dengan kehadirannya sebagai ibu tumpangan untuk anak mereka.
Priya happy- Mereka bertemu di airpot untuk bertolak ke Swiss
Bermulalah keehidupan mereka di bawah satu bumbung. Madhu sangat selesa hidup dengan mereka yang sangat prihatin dan mengambil berat teerhadapnya. Pengesahan Madhu mengandung oleh doktor di Swiz membuatkan mereka sangat gembira. Priya dan Raj gebira mereka bakal mendapat anak dan bagi Madhu 10 juta akan datang bergolek kepadanya.

Layanan Raj yang terlalu baik terhadapnya sedikit sebanyak telah mencairkan hati wanita Madhu. Madhu yang dulunya hanya digunakan lelaki terhadap tubuhnya dan ini lah kali pertama dia dilayan baik yang digelar lelaki. Lebih-lebih lagi apabila Raj selamatkannya daripada dirogol oleh lelaki yang meruakan rakan bisnes Raj. Rakan bisnes Raj berniat jahat terhadap  Madhu dan tahu rahsia Madhu pada masa lepas iaitu, dia seorang pelacur. Sebelum kes cubaan merogol ini, rakan Raj telah memberitahu Madhu bahawa dia kenal dan tahu apa status Madhu pada masa lampau dan terkejut dengan perubahannya semasa bertemu di majlis keraian. Madhu yang pada masa itu rasa dikhianati Raj, kerana menganggap Raj memberitahu rakannya tentang status dimiliki pada masa lampau.

Madhu mahu melarikan diri, tetapi sempat ditahan oleh Raj dan disitulah Madhu meluahkan segalanya dan apa yang malang, perbualan itu didengari Priya tanpa sengaja. Status yang dulunya Madhu seorang pelacur telah terbongkar. Namun begitu, Priya yang muncul disebalik tabir perbualan itu menahan Madhu untuk pergi dan memujuknya untuk terus tinggal di situ. Madhu yang mudah dipujuk terus bersetuju. Setelah Madhu pergi ke biliknya, Priya bercakap dengan Raj bahawa dia  mendengar perbualan tadi dan telah tahu segala-galanya. Raj terkejut, dan rasa bersalah kerana tidak berterus terang tentang status yang dimiliki Madhu. Priya berkata, "kalau dulu, dia mungkin tidak akan menerima Madhu, tapi, sekarang tiada siapa yang lebih baik untuk menjadi ibu yang melahirkan anak mereka selain Madhu."- kata2 ini mengemburakan Raj.

Dengan konflik hati yang sedang melanda Madhu apabila diselamatkan Raj tempoh hari, Itu TAJUK CERITA ni.. chori chori cupke cupke (OMG!lagu dia feel oo) yang bermaksud sepi dan senyap2.. Ia juga sebagai tanda bahawa Madhu menyimpan cinta secara senyap2 terhadap Raj kerana dialah lelaki pertama yang melayan Madhu sebagai perempuan. Keadaan semakin buruk apabila  keluarga Raj datang mengejut ke Swiss untuk menjaga Priya yag mungkin difikir mereka sarat mengandung. Keadaan itu dapat dikawal baik oleh pasangan suami isteri tanpa rahsia mereka bocor di tangan keluarga mereka. Mereka memperkenalkan Madhu kepada keluarga mereka sebagai isteri kepada rakan bisnes Raj yang terpaksa tingga di rumah itu kerana suaminya bekerja di luar negeri. Ini bermakna di rumah itu, terdapat dua perempuan yang sarat mengadung iaitu Priya(olok2) dan Madhu.

Sebagai warga yang mengandung Madhu yang tak pernah menerima kasih sayang keluarga, Rasa dihargai dengan layanan keluarga Raj terhadapnya akhirnya telah membuat Madhu rasa sayang terhadap Raj dan keluarganya dan dalam pada masa yang sama rasa tamak meguasai diri untuk memiliki kedua-duanya.

Rasa sayang yang semakin membuah terhadap anak yang dikandung stelah meraikan majlis restu untuk ibu mengandung. Layanan keluarga Raj membuat Madhu sedar bahawa pentinganya anak yang dikandungnya tu dan tidak spatutnya diberikan kepada orang lain. Akhirnya, Madhu membuat keputusan melarikan diri bersama anak kandungannya. Priya yang perasan akan kehilangan Madhu pergi mencarinya dan akhirnya jupa di stesen kereta api dan pada masa itu hujan.

Madhu meluahkan perasaanya yang dia takkan melepaskan anak iu, tetapi Priya merayu untuk tidak bebrbuat begitu dan sanggup buat apa saja asalkan dapat anak itu. Keadaan ini, membuatkan Madhu agak demand-- dia akan memberi bayi itu, janji Priya melepaskan Raj. Priya terkejut dengan kenyataaan itu dan menampar Madhu kerana keterlampauannya. Raj menyusul datang ke temat mereka, dan tetiba Madhu mengerang kesakitan. Mereka menghantar Madhu ke hopital.

Di hospital, keadaan sangat kritikal, kerana Madhu perlu dibedah dan mereka perlu membuat keputusan untuk sama ada perlu menyelamatkan ibu atau anak. Priya secara spontan menyuruh doktor menyelamatkan ibu. Madhu mendengar terkejut dengan kenyataan itu dan para oktor menjalankan pembedahan terhadapnya. Keajaiban berlaku, kedua-dua ibu dan anak selamat dalam pembedahan itu.

Madhu akhirnya membuat keputusan ntuk memberi anaknya kepada pasangan Raj dan Priya. Keputusan Priya untuk menyelamatkannya semasa pembedahan membuatnya dia sedar yang selama ini dia tamak untuk memiliki.

Keluarga Raj tiba di hospital dengan menyambut bayi dipangkuan Priya dan mereka dimaklumkan bahawa Madhu keguguran. Akhirnya rahsia mereka tetap selamat tersimpan. Akhir penceritaan, setelah selesai kerja Madhu melahirkan, Madhu mebawa diri bersama kenangan yang disimpan untuk memulakan hidup baru.

  ## The End##  adoi, aku ni kata jer nak tulis pndek, tapi macam detail pulak.. haih.. btw, aku suka nada lagu dye.. aaaaa~~~ AAAA~~~~aaaa~~ yang menunjukkan intonasi sedih. hwaaahh T_T

p/s : Kekadang ada rahsia yang perlu disimpan sampai mati untuk mengelakkan huru hara berlaku.


Rabu, 9 Disember 2015

pot pet pot pet my life #1

Assalamualaikum..
Pertama skali aku sedang menikmati cuti sekarang.. Cuti midsem n yang dan2 deepavali week..
Mmm, sebenarnya aku rasa diri aku seorang yang teruk.
Disebabkan sikap aku sambil lewa, menyebabkan aku kecundang..
Well, bagus lah aku sambung belajar..
Semua yang aku buat ni, semua ikut norma kehidupan orang zaman moden sekarang..
Orang cakap suruh pergi sekolah .. Aku pergi..
Orang cakap sambung belajar, aku pun turuti..
Alasan sambung belajar??
Sebab boleh dapat kerja yang bagus pada masa akan datang..
Sebab boleh dapat gaji yang tinggi-- yeah maybe, kalau x semua majikan macam haji bakhil lah.
Haha..

Walaupun banyak kat luar sana memberi contoh, yang walaupun diorang belajar tinggi bagai nak rak.. Pada akhirnya, apa mereka dapat?
Kebanyakan menganggur dan kerja di bawah bidang yang lain dari kepakaran mereka.. Atau lainnya, tahap pekerjaan bukan setanding dengan kelayakan
Atau dengan kata lain, gaji rendah .
Aku tetap juga, sambung belajar, sebab apakan dayaku, itu tawaran buat masa tu.. Aku terima. Tak boleh menolak sebab kalau tak terima, nanti orang luar dok cakap2 pasal kita. Jadi fitnah pulak kan..
Maklumlah, duduk Malaysia ni memang selalu kena kata, kena kutuk.. Orang putih cakap, bad rumors...

Lagi satu, aku ni cepat bosan dengan sesuatu kerja yang tetap.
Impian aku, mengembara seluruh dunia
Sebab aku tak pernah buat, sebab tu aku mempunyai keinginan yang luar biasa untuk buat-- tengok dunia luar..
Aku dah penat hidup dalam kepompong yang tiada 'life' ni..
Aku harap, bila aku dapat samabung belajar, semuanya akan berubah..
Memasuki alam universiti, sesuatu yang baru tetapi sama jer konsep macam masuk sekolah asrama.. yang bezanya ialah, waktu belajarnya tak teratur seperti di sekolah..
Asrama kat uni ni, atau lebih tepat UITM, dipanggil kolej.. Sesuatu yang baru bagi aku sebab maksud kolej selama aku hidup ni ialah kata lain bagi universiti.
Aku tinggal di kolej melati, dan perlu membayar rm200++ untuk bilik 4 orang untuk satu sem. Dan of course kolej tiada lif, melainkan aku pilih bilik untuk 2 prang dimana aku perlu membayar rm400++ untuk satu sem yang mana lif disediakan dan biliknya lebih luas.. .

Aku berada di semester 3 sekarang..
Dan alhamdulillah aku masih dapat kolej walaupun berstatus rayuan(2nd intake) ..
Bermaksud juga, aku perlu kumpul kupon dengan menghadiri program2 yang disediakan..
Tiba2 teringin pulak nak jadi mpp, yang x perlu kumpul kupon tapi anjurkan program sana sini-- yeah aq nak pengalaman uhh..
Tapi keinginan ini , bertindan pulak dengan keinginanku bekerja sambil belajar..- aq nak buat part time job..
Dan... Akhirnya, mereput jugak ku atas katil sebab, hampeh semua keinginanku tak menjadi.. Dah berada di sem 3 pun masih tiada apa2 perubahan..
Itu pasal kolej, pasal akademik pulak..
Hwahhh.. T_T  seriuz aku sedih..

Rasanya aku mungkin tidak bernasib baik..
Mungkin sebab kelemahan utamaku bahasa Inggeris.
Bila dah sambung degree, English is important part lebih2 lagi dalam bidang aku ni yang sampai sekarang aku terkilan bagaimana aku terjebak menjadi budak MASSCOM..
Padahal masa iv, aku rasa teruk, !!
Tapi tiada siapa dapat melawan takdir kan..
Aku secara rasmi telah pun menjadi mahasiswi masscom..
Nasib aku hanya budak intepersonalist..
Yang mana menulis berita bukan kerja utama..

Ohhh-- entah kenapa aku tak suka tulis berita-- tambah2 dengan habit aku tak suka baca surat khabar...again!, y i became masscomer??
Tapi kami boleh join pelbagai bidang( termasuk tulis berita, pengacara or so on) sebab bidang interpersonal is the 'core' untuk jadi masscomer..
Dan ini bermakna-- yeah kami belajar semua semua pelajaran asas dan lebih kepada interpersonalist..
Aku tak suka menulis terutama dalam bahasa inggeris standart yang mana semua assignment amat memerlukannya.
No wonder lah kalau asg aku dapat mark rendah sebab grammar tunggang langgang... And my vocab sangat sikit dan trak meluas..

And thanks to the anime, sebab ajar aku serba sedikit dalam menstruktur ayat, at least..
Kalau tak, sampai sekarang aku tak pandai nak mengstrutur ayat sebab aku tak suka baca surat khabar especially in english... What i do is watching.. Reading-- seriously, most of it, i didnt undertand lorh...
Ok, berbalik pada topic.. Kalau nak tulis ayat in english aku rasa susah sangat2, itu lah apa yang aku rasa bila nak buat assigment..
Kalau bahasa melayu takpe lagi...
Tapi... Bahasa inggeris buat aku terketar2..
Banyak tiru ayat buku yang kadang2 aku tak paham apa dia merepek dalam uhh..
Aku betul2 rasa useless lahh.
Seriously...
Mungkin sebab aku bukan dari asasi, atau diploma kowt yang lack of skill dalam membuat assignment and presentation-- maklumlah dari stpm level yang mana MELAYU masih teguh digunapakai...  Yang mana x banyak assignment diberi..

Seriuz, aq rasa teruk sebab nak mengarang ayat in english mengambil masa yang sangat lama....
Aku sebenarnya jenis spontan- kalau present cukup untuk aku paham tanpa nota ditangan aku boleh bercakap dan hanya berpandukan slide jew..
Sayangnya, dalam BM jer lah aku boleh buat cenggitu...
Dalam BI, jangan harap, kalau nak best mark, seriuz kena ready n ADA SKRIP kalau boleh...
Ada skrip?? Hahahaha aku gelak kejap.. Sebab dalam hidup aku mana pernahlah nak guna skrip, semua ikut dalam kepala jer..

Tapi sepanjang aku kat sini, aku dah lah jenis buat last minit...
Memang xder skrip lah..
Then, bila present n send asg, present dlm english, seriuzly aq gagap n not confident at all-- sebab aq x biasa cakap english lorhh..
Hidup sesama melayu ker hidup dgn chinese ker, aq tetap stick guna melayu walaupun diorg ber english dengan aku.. Haha.. -- my mistake anyway, sebab tak practice english... ( lepas tuh berangan nak mengembara--ceh)

Ok, untuk sem 1, nasib result aku ok... N tak sangka sebenarnya.. Hehe.. Alhamdulillah..
Sem 2, astafiruallah... Result aku-- aq gagal satu subjek tapi naseb baik, boleh ulang... jadi aku ulang.. 
sem 3- aq tgah menjalaninya sekarang.. dan masih aq lack of my soft skill--- nak mengasah.. aq wajib untuk improve diri aku.. sebab impian nak pergi mengembara kan.. --hoho.. 

*****************
actually, da lama teks panjang lebor di atas aku jadikan draf.. haha-- baru sekarang nak post.. 
mmm, btw, now aku masih di semester 3 tapi nak dekat final sudah. Now dah bulan December... haha.. 
aku pun da lupa apa aku nak tulis seterusnya.. hahah...  layan jer lah yerr~~