:p

coretlah apa yang terlintas... satu terapi untuk menenangkan prasaan.. hee~ sesungguhnyer.. law ade terasa i'm really sorry... bukan niat... juz wanna to confess!!

Rabu, 9 Disember 2015

pot pet pot pet my life #1

Assalamualaikum..
Pertama skali aku sedang menikmati cuti sekarang.. Cuti midsem n yang dan2 deepavali week..
Mmm, sebenarnya aku rasa diri aku seorang yang teruk.
Disebabkan sikap aku sambil lewa, menyebabkan aku kecundang..
Well, bagus lah aku sambung belajar..
Semua yang aku buat ni, semua ikut norma kehidupan orang zaman moden sekarang..
Orang cakap suruh pergi sekolah .. Aku pergi..
Orang cakap sambung belajar, aku pun turuti..
Alasan sambung belajar??
Sebab boleh dapat kerja yang bagus pada masa akan datang..
Sebab boleh dapat gaji yang tinggi-- yeah maybe, kalau x semua majikan macam haji bakhil lah.
Haha..

Walaupun banyak kat luar sana memberi contoh, yang walaupun diorang belajar tinggi bagai nak rak.. Pada akhirnya, apa mereka dapat?
Kebanyakan menganggur dan kerja di bawah bidang yang lain dari kepakaran mereka.. Atau lainnya, tahap pekerjaan bukan setanding dengan kelayakan
Atau dengan kata lain, gaji rendah .
Aku tetap juga, sambung belajar, sebab apakan dayaku, itu tawaran buat masa tu.. Aku terima. Tak boleh menolak sebab kalau tak terima, nanti orang luar dok cakap2 pasal kita. Jadi fitnah pulak kan..
Maklumlah, duduk Malaysia ni memang selalu kena kata, kena kutuk.. Orang putih cakap, bad rumors...

Lagi satu, aku ni cepat bosan dengan sesuatu kerja yang tetap.
Impian aku, mengembara seluruh dunia
Sebab aku tak pernah buat, sebab tu aku mempunyai keinginan yang luar biasa untuk buat-- tengok dunia luar..
Aku dah penat hidup dalam kepompong yang tiada 'life' ni..
Aku harap, bila aku dapat samabung belajar, semuanya akan berubah..
Memasuki alam universiti, sesuatu yang baru tetapi sama jer konsep macam masuk sekolah asrama.. yang bezanya ialah, waktu belajarnya tak teratur seperti di sekolah..
Asrama kat uni ni, atau lebih tepat UITM, dipanggil kolej.. Sesuatu yang baru bagi aku sebab maksud kolej selama aku hidup ni ialah kata lain bagi universiti.
Aku tinggal di kolej melati, dan perlu membayar rm200++ untuk bilik 4 orang untuk satu sem. Dan of course kolej tiada lif, melainkan aku pilih bilik untuk 2 prang dimana aku perlu membayar rm400++ untuk satu sem yang mana lif disediakan dan biliknya lebih luas.. .

Aku berada di semester 3 sekarang..
Dan alhamdulillah aku masih dapat kolej walaupun berstatus rayuan(2nd intake) ..
Bermaksud juga, aku perlu kumpul kupon dengan menghadiri program2 yang disediakan..
Tiba2 teringin pulak nak jadi mpp, yang x perlu kumpul kupon tapi anjurkan program sana sini-- yeah aq nak pengalaman uhh..
Tapi keinginan ini , bertindan pulak dengan keinginanku bekerja sambil belajar..- aq nak buat part time job..
Dan... Akhirnya, mereput jugak ku atas katil sebab, hampeh semua keinginanku tak menjadi.. Dah berada di sem 3 pun masih tiada apa2 perubahan..
Itu pasal kolej, pasal akademik pulak..
Hwahhh.. T_T  seriuz aku sedih..

Rasanya aku mungkin tidak bernasib baik..
Mungkin sebab kelemahan utamaku bahasa Inggeris.
Bila dah sambung degree, English is important part lebih2 lagi dalam bidang aku ni yang sampai sekarang aku terkilan bagaimana aku terjebak menjadi budak MASSCOM..
Padahal masa iv, aku rasa teruk, !!
Tapi tiada siapa dapat melawan takdir kan..
Aku secara rasmi telah pun menjadi mahasiswi masscom..
Nasib aku hanya budak intepersonalist..
Yang mana menulis berita bukan kerja utama..

Ohhh-- entah kenapa aku tak suka tulis berita-- tambah2 dengan habit aku tak suka baca surat khabar...again!, y i became masscomer??
Tapi kami boleh join pelbagai bidang( termasuk tulis berita, pengacara or so on) sebab bidang interpersonal is the 'core' untuk jadi masscomer..
Dan ini bermakna-- yeah kami belajar semua semua pelajaran asas dan lebih kepada interpersonalist..
Aku tak suka menulis terutama dalam bahasa inggeris standart yang mana semua assignment amat memerlukannya.
No wonder lah kalau asg aku dapat mark rendah sebab grammar tunggang langgang... And my vocab sangat sikit dan trak meluas..

And thanks to the anime, sebab ajar aku serba sedikit dalam menstruktur ayat, at least..
Kalau tak, sampai sekarang aku tak pandai nak mengstrutur ayat sebab aku tak suka baca surat khabar especially in english... What i do is watching.. Reading-- seriously, most of it, i didnt undertand lorh...
Ok, berbalik pada topic.. Kalau nak tulis ayat in english aku rasa susah sangat2, itu lah apa yang aku rasa bila nak buat assigment..
Kalau bahasa melayu takpe lagi...
Tapi... Bahasa inggeris buat aku terketar2..
Banyak tiru ayat buku yang kadang2 aku tak paham apa dia merepek dalam uhh..
Aku betul2 rasa useless lahh.
Seriously...
Mungkin sebab aku bukan dari asasi, atau diploma kowt yang lack of skill dalam membuat assignment and presentation-- maklumlah dari stpm level yang mana MELAYU masih teguh digunapakai...  Yang mana x banyak assignment diberi..

Seriuz, aq rasa teruk sebab nak mengarang ayat in english mengambil masa yang sangat lama....
Aku sebenarnya jenis spontan- kalau present cukup untuk aku paham tanpa nota ditangan aku boleh bercakap dan hanya berpandukan slide jew..
Sayangnya, dalam BM jer lah aku boleh buat cenggitu...
Dalam BI, jangan harap, kalau nak best mark, seriuz kena ready n ADA SKRIP kalau boleh...
Ada skrip?? Hahahaha aku gelak kejap.. Sebab dalam hidup aku mana pernahlah nak guna skrip, semua ikut dalam kepala jer..

Tapi sepanjang aku kat sini, aku dah lah jenis buat last minit...
Memang xder skrip lah..
Then, bila present n send asg, present dlm english, seriuzly aq gagap n not confident at all-- sebab aq x biasa cakap english lorhh..
Hidup sesama melayu ker hidup dgn chinese ker, aq tetap stick guna melayu walaupun diorg ber english dengan aku.. Haha.. -- my mistake anyway, sebab tak practice english... ( lepas tuh berangan nak mengembara--ceh)

Ok, untuk sem 1, nasib result aku ok... N tak sangka sebenarnya.. Hehe.. Alhamdulillah..
Sem 2, astafiruallah... Result aku-- aq gagal satu subjek tapi naseb baik, boleh ulang... jadi aku ulang.. 
sem 3- aq tgah menjalaninya sekarang.. dan masih aq lack of my soft skill--- nak mengasah.. aq wajib untuk improve diri aku.. sebab impian nak pergi mengembara kan.. --hoho.. 

*****************
actually, da lama teks panjang lebor di atas aku jadikan draf.. haha-- baru sekarang nak post.. 
mmm, btw, now aku masih di semester 3 tapi nak dekat final sudah. Now dah bulan December... haha.. 
aku pun da lupa apa aku nak tulis seterusnya.. hahah...  layan jer lah yerr~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan