:p

coretlah apa yang terlintas... satu terapi untuk menenangkan prasaan.. hee~ sesungguhnyer.. law ade terasa i'm really sorry... bukan niat... juz wanna to confess!!

fantasi

BAB 1

keadaan langit yang gelap telah menyebabkan aku mempercepatkan langkahku menuju ke rumah. Terasa pelik kenapa langit begitu gelap walaupun jam menunjukkan pukul 2 petang. Keadaannya seperti selepas magrib. Mungkin akan hujan nanti, detik hatiku. Tetiba, ku terdengar suara memanggil namaku secara halus. "Surianaaa".

"huh", hatiku terkejut, jantungku bagaikan terhenti seketika, darahku menyiarap. Aku terhenti lalu menoleh ke belakang, kiri dan kanan. mm,, tiada apa pun. Mungkin imaginasi aku jer kot, ceh buat suspen jer, detik hati kecilku. 
"hahaha, apalah aku ni, boleh pulak nak dengar suara orang dalam keadaan yang sunyi ni". 

Aku meneruskan langkahku menuju ke rumah. Namun, disaat langkah ketiga, aku terdengar lagi suara bisikan halus memanggil namaku lagi. Aku terhenti.  "Aduii, ni tak sedap hati ni, kalau dengar sekali tu takpe lah jugak, ni da masuk dua kali tak kan nak cakap imaginasi lagi". aku bermonolog sendiri di situ. 

Boom booomm.... bunyi guruh berdentum.
"Astrafiruallahalazim, terkejut aku! Ini tak boleh jadi ni, kena balik cepat, kejap lagi mesti hujan turun".
Tipulah aku cakap kalau keadaan yang aku alami sekarang ni bukan macam cerita hantu. Langit yang gelap dan  ada bisikan halus memanggil namaku malah disertai guruh. Apa lagi yang boleh dibuat pada saat ini? Langkah seribu lah jawabnya.


********************

Burung berkicauan pada waktu pagi sunguh mendamaikan. apatah lagi hujan renyai-renyai membasahi bumi sebentar tadi telah menextavanganzakan nenyak tidurku. haha, sungguh bahagia di saat ini, tidur tidur tidur. bahagianyaaa...

dummm!!! bunyi pintu terbuka.
"Anaaaaa, Bangun"!!! jerit mama dari arah pintu dengan pakaian apronnya dan senduk di tanganya serupa seperti penujuk perasaan lagaknya.

Melihat anak daranya tidak menunjukkan apa-apa respon dan hanya baring seperti batu telah menaikkan darah Puan Sya. Lalu dia menuju ke arah budak yang tidur mati itu dengan tujuan ingin mengetuk  kepala anaknya dengan senduk. Namun sebelum sempat sampainya senduk mengenai kepala anaknya, satu tumbukan yang kuat dan deras mengenai dagunya. Dushhh!! Puan Sya jatuh terlentang atas lantai yang berhabuk. Terbatuk-batuk  Puan Sya dibuatnya.

"Aduii, sakitnya!" ngerang Puan Sya kesakitan. "hisy budak ni nak kena ni, siap kau." marah Puan Sya dalam hati. Dengan kekuatan yang ada, Puan Sya bangun dan kali ini dia akan memastikan dia takkan  terkena tumbukan anaknya itu lagi. 

Puan Sya mencapai jam loceng kepunyaan anaknya itu dan setkan jam waktu sekarang lalu meletakkannya betul-betul di sebelah telinga Ana. Dalam masa beberapa saat sahaja, jam loceng menjerit dengan lantangnya. Tapi malang, caranya itu tidak bekesan. Bukannya bangun si Ana ni, makin lena pulak jadinya. Mana tidaknya jam loceng yang berbunyi lantang itu telah dirampas Ana dari tangan mamanya lalu memeluknya bagaikan bantal golek.

Puan Sya yang tidak tahan melihat gelagat anaknya itu terus bertindak mendekati Ana. 
"Ana, bangunlah. Matahari da tegak atas kepala tuh."  Puan Sya mengoncang-goncang bahu Ana.
"Jap lagi lah ma, kan hari ni cuti." jawab  Ana dalam keadaan mamai lalu menyambung tidurnya.
"Cuti per kebendanya. Hari ni da start sekolah lah. Kamu ni Ana, muda-muda lagi dah jadi nenek kebayan. Cepat bangun!"
Mendengarkan perkataan "hari ni da start sekolah lah" membuatkan  mata Ana yang tadi terpejam rapat terus terbuka tanpa berkrompomi. Lantas Ana mencapai jam loceng yang terletak di sebelah bantalnya. Terbeliak biji matanya. Jam menunjukkan pukul 7.10 minit.
"Huh! What! Ma kenapa tak kejut Ana awal-awal. aduii!" rungut Ana bagai anak kecil.
"Jangan nak salahkan ma pulak. Ana tuh gerak bagai nak rak tapi itu lah kata Ana "kejap, kejap" "nanti, nantilah". Sampai sekarang masih tak ubah-ubah perangai tuh. dah 17 tahun bukan 7 tahun. Tengok dagu ma ni da lebam sebab kena tumbukan padu Ana yang tak diundang tuh . Guna jam loceng pun, aisyh sakit pulak hati kita mengenangkannya!." Bebel mama.
"Ye lah ma, lain kali cakap lah hari ni sekolah, baru Ana akan terus terjaga." Balas Ana.
"Banyak lah kamu, Ana. Habis, pagi-pagi buta tadi ma dah kejutkan, kamu terus terjaga?  Tak kan. Kamu kata "kejaplah ma, lambat lagi, nantilah ma, take 10." Then, take 10 take 10, baik Ana cakap take 60 jer." Bidas mama.
"hee, ye ker? mm, Ana nak mandilah, dah lambat ni."  Kata Ana ingin mengelakkan mamanya dari terus membebel dan membebel.
 Jam menunjukkan pukul 7.20 pagi. "Aduii 10 minit ambil masa for our conversation. Mama ni tak boleh dilawan mesti dibidasnya balik. Bidas bukan sebarang bidas, bidasnya boleh dibuat syarahan panjangnya.
Ana mencapai tuala lalu masuk ke bilik air. Mandi kerbau je la Ana pagi itu, almaklumlah, apa boleh dibuat, macam ni lah nasib orang suka bangun lambat. Dalam masa 5 minit sahaja Ana sudah selesai mandi. Ana mempersiapkan dirinya  untuk  ke sekolah. Nasib baiklah baju sekolah siap digosok kalau tidak lagi bertambah kelam dan kabutlah Ana.

Setelah bersiap memakai segala pakaian sekolah, Ana telihat smartphone nya. Terbeliak biji matanya.
"Mamaaaaaa!" Jerit Ana terkejut dan marah..
Sementara di ruang makan. mamanya. "hehe, opss dah tahu ker?"

****************************

Ana turun ke bawah dengan tergesa-gesanya. Rasa marah meluap-luap dalam hatinya. Mana tidaknya, di tipu hidup-hidup siapa yang tak marah. Puan Sya sedang berada di ruang makan meniyapkan hidangan breakfast pada pagi itu sambil bernyanyi-nyanyi kecil.

"mamaaaa!! " panggil Ana dengan perasaan marah..
"mm, apa dia nak?" sambil kepalanya di arahkan kearah anaknya.. "eh eh, cepat dan tangkas betul anak mama sorang niyh bersiap." sambung lagi Puan Sya setelah melihat Ana sudah memakai satu set baju sekolah dan bertudung.
 " aduhai. pehal rasa macam diperli aja ni" getus hati Ana.
Ana tidak membuang masa lalu menghalakan fon nya kepada mamanya. sambil berkata
"mama cuba tengok ni"
" huh? buat apa nak tengok fon ni? elok jer ma tengok. cantik aja, x bercalar pun."
"bukan itu lah ma, cuba tengok screen nya"
"kenapa dengan screen nya?" tanya mama buat-buat tak tahu padahal dalam hati tergelak terbahak-bahak  tuhan saja yang tahu.
"mamaa, x nampak ker apa yang tertera kat screen ni?"
"apa kena dengan Ana ni, mama bukannya buta lagi. I didn't see any wrong with this gadget. mm, what i seeing now is your picture, so what?"
"mm, i wanna u see this." tunjuk Ana pada bahagian waktu di screen smartphone nya..
"so?  my phone also have it what!" balas Puan Sya.
"maamaaaaa, tolong lah jangan buat tak tahu. tahu tak.."
 "tak tahu." potong mama.. 
"Isy mama ni. Ana mandi kerbau jer tadi sebab ingat da lambat. Then, lepas da siap mandi, pakai baju semua, tup-tup tengok phone, it's just.. 6.45am. it's very early to me ma. Matahari pun tak terbit lagi." rengek Ana bagaikan anak kecil.
"habis nak tunggu matahari atas kepala baru nak bangun ker?"
"bukan macam tu, at least bagitahu lah  perkara sebenar, so takde lah Ana mandi kerbau hari ni. mm, kan cakap benar itu wajib. mama nii."
"masa bila pulak mama cakap? mama tak cakap apa-apa pun yang tak betul. Semua yang ma cakap betul belaka tau. Just i do something with your jam loceng. That's all." 
 ya tak ya jugak, masa bila ma aku bercakap, she's just act not speak, aduhai, pagi-pagi lagi kepala aku dah tak betul. getus hati Ana.
"a'ah. ye la ma, tapi agak-agak lah, Ana mandi kerbau jer tadi. Pagi-pagi dah 'wakenabeb' dengan mama. adui mama ni." rungut Ana tidak berpuas hati.
" hahahaa. Itulah Ana, senang sangat diperdayakan. Lain kali check dulu before you act. So takkan mudah tertipu. You can see at the window there, it's dark right? so that's mean not at 7am yet." gelak Puan Sya sambil menasihati anaknya.
 "yeah , you right ma. But how can i think rationally while you provoke me with damn alarm clock. What I think just 'I'm going to late' all the time. arghh. " balas Ana dengan perasaan kecewa.
Melihat anaknya dalam kaeadaan frust, terbit pula perasaan kesian dalam hati Puan Sya.
"Alololo, kesiannya anak mama sorang ni. oklah, we stop all this fussy things. Mari sini, mama ada masakkan bihun goreng special for our breakfast." pujuk mamanya sambil menghidangkan bihun di pinggan anaknya.
Ana yang mendengar 'bihun goreng' terus terliur lalu meluru terus ke kerusi dan duduk.
"bihun goreng ma? mm, yum-yum. Patutlah perut Ana berkeroncong dari tadi." kata Ana lalu mengambil garfu lalu menyuapkan bihun ke mulutnya. Namun sebelum bihun itu masuk ke dalam mulut, mamanya menegur.
"aip, Ana behave yourself. Doa mana? Janganlah gelogoh macam tu, nanti takde orang masuk meminang tau" tegur Puan Sya. 
"Ops, lupa pulak. hehe" ngaku Ana sambil menayang gigi. 
Ana terus membaca doa makan lalu menyuap makanan bihum masakan mamanya dengan lahapnya. Puan Sya melihatnya sambil menggeleng-geleng kepala. "bahagianya dia makan, bila da frust makan aja lah jawapannya. Ana niyh bukannya boleh tolak makanan, semua jenis makanan dia bedal, tapi heran juga tak lah gemuk-gemuk budak ni. haih" getus Puan Sya  kehairanan.

"mm, sedap lah ma bihun yang ma masak ni. i'm really happy with your cooking ma. so bombastik, thumbs up lah ma." puji Ana sambil menunjuk ibu jari kepada mamanya.
 " aik. puji lebih-lebih ada pape ker? mm, da tahu sedap, belajar lah masak. Jangan tahu suap jer" balas Puan Sya.
"mana ada pape lah ma, puji ikhlas tau. pasal blajar masak tuh nantilah, tunggu terbuka pintu hati dulu. Hehe," Ana menjawab, tapi dia sedar mamanya pasti akan lebih membebel jadi dia cepat- cepat menghabiskan makanannya dan minum air. "ok lah ma, da habis ni, nak naik ataz dulu."
Ana menuju ke arah mamanya, lalu memeluknya sambil berkata " your cooking is the best in the world. thanks." Puan Sya yang baru ingin memulakan sesi bebelannya tentang 'anak dara kena belajar masak' terus lesap keinginannya itu setelah anaknya berbuat demikian. mm, anaknya memang pandai mengambil hatinya.

***********************************************************
 
 
 
 

 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan