:p

coretlah apa yang terlintas... satu terapi untuk menenangkan prasaan.. hee~ sesungguhnyer.. law ade terasa i'm really sorry... bukan niat... juz wanna to confess!!

Ahad, 2 Ogos 2015

Nostalgia Hindustan #1- Kal Ho Naa Ho

Assalamualaikum..
Im back.. hehe
Well, sejak cuti ni, in sya allah, masa bersama untuk menulis di blog ini sangat tinggi..
hahaah.
ok lah, jujur aku katakan, aku bosan cuti ni. cuti sem yang hampir 2 bulan ni.
aku nak kerja, tapi.... hehe, tidur pula jadi penghalang.
kerja ku asyik (aktiviti utama) tidur, tidur dan tidur jer.. takde kerja lain. haihhh..

haha.. disebabkan duduk rumah jer, aku melayan MOVIE kat netbook jer..
lorh.. hahha, well, aku minat sangat anime-- banyak lagi anime aku tak tengok.
terlalu banyak sangat movie and anime copy kat member, sampai diri ni tak tahu nak tengok citer apa dulu.. huhu
mm, novel yang dulu beli pun tak baca lagi.. haihh..

bla bla bla... membebel jer aku kan..
sebenarnya aku naa tulis pasal movie hindustan.
tahu tak sebelum aku nak padam citer hindustan dalam hard disk 1 tera aku ni... (woi woi, 1 tera penuh woi, tinggal 1 gb jer, entah apa data yang banyak sangat entah-so aku ingin memulakan langkah untuk padam movie2 terutamanya gambarnya tak jelas)
 jadi, aku decide nak mulakan cerita hindustan dulu.. hehe
sebelum aku nak padam, aku nak abadikan kenangan ku bersama hindustan niyh.. haha..

Well, sebenarnya baru minggu ni, aku start layan Hindustan ni, baru aku tahu jalan cerita yang sebenar-benarnya. Cuz selama ini, aku tonton di TV, banyak benda aku skip, banyak benda aku tak tahu, juz layan gitu2 jer. tengok kat netbook, baru aku paham what is this story about bebanding dulu, aku hanya buat2 faham padahal aku tak mengeti isi yang disampaikan. haha.

Ini pun baru lepas research nama pelakon cerita ni kat google, kini baru aku tahu nama dorang. kalau tak memey haram lerr aku nak tahu nama dorang, sebab pada asalnya aku tak minat hindustan. hahaha. kini, boleh tahan lah knowledge aku tentang nama orang(kelemahan terbesar-amik tahu nama artis) lepas memahami cerita Hindustan baru aku tahu, cerita Hindi niyh best jugak layan terutama bila ada hero2 legend dorang as SRK, Salman Khan n Amir Khan,,, Kyaa.. Amir..... hehe..

1. Kal Ho Naa Ho



hwaahhh, aku malas nak bagi sipnopsis, sebab korang boleh google kat wikipedia and so on. Yang aku nak ceritakan sekarang ni respon daan feel aku terhadap cerita ni.
Kyaaaa.. Shah Rukh Khan(Aman)  hensem, and Saif Ali Khan(Rohit) cute. Seperti biasa Preity Zinta(Naina) memang mencairkan hati lelaki dengan lesung pipit dimilikinya, memey cute lahh habag maih.
1st time aku tengok Si Zinta niyh dalam cerita Koi Mil Gaya( cerita pasal makhluk asing uhh), kat sini baru aku perasan kecantikan sebenar Zinta. hahah, serius, kalau aku jadi laki aku pinang dia. hahaha.

btw, bagi aku, cerita ni, boleh tahan lah (keluaran 2003 )-baru sekarang aku memahami. kalau dulu , aku hanya faham cerita ni pasal restoran diorang yang nak jatuh muflis jer. tapi, bila aku tengok balik, wow, ada banyak lagi benda aku terlepas pandang pasal citer ni.

Rupa-rupanya, skop movie ni menceritakan life time kisah Naina. permulaan cerita membawa penonton kepada kisah Naina yang hidup di New York(tak silap lah) bersama keluarganya dan dia telah kematian ayahnya yang disebabkan membunuh diri. Dengan watak Naina yang suka marah2 dan dan kelihatan stress sentiasa, telah datang seseorang jejaka, Aman, telah mengubah perwatakan Naina itu. Sementara itu, Naina sedang menjalinkan persahabatan dengan Rohit yang dalam diam-diam menyukai Naina. Kehadiran Aman telah menghuru harakan dengan kata lainnya menceriakan hidup semua orang sekelilingnya. Watak Aman yang ceria dan talkative telah membuat Naina geram dan benci terhadapnya. bak kata orang, jangan dibenci lama lama jatuh pada suka kan! dan ini lah yang dihadapi Naina apabila dia jatuh sendiri ke perangkap perasaaan bencinya itu kepada cinta.

Yes! tema cinta yang paling utama dalam cerita hindustan ini.
huhuhu...  Kal Ho Naa Ho. >> serius aku tak nampak skop tetumpu pada cerita Naina dah.. Pada pertengahan cerita, apa yang aku skop cerita beralih kepada kisah Aman. huhu, sedih dan menyayat hati.

luahan hati sebenar Aman. Namun mengatakan ia ialah luahan yang tertulis di diari Rohit
Aman yang sebenarnya berpindah ke New York yang juga berjiran dengan Naina, mempunyai tujuan utama iaitu untuk menerima perubatan di situ. ya! Aman sakit, dan tidak punya masa yang lama untuk hidup. Kini, baru aku tahu kenapa hidupnya sentiasa ceria dan happy go lucky. Ini, bermakna dia menghargai saat2 yang ada padanya, iaitu meng happy kan orang sekelilingnya. Setiap rupa yang ceria menyembunyikan wajah yang sedih. Dalam realiti banyak yang begitu kan? Kekadang kena begitu, hiprokit----watak paling dibenci, tapi nak buat macam mana, aku secara jujurnya mengakui, sometimes we need it. huhu..

Weyh, saat awal lagi, si Aman ni tangkap cintan dengan Naina. Namun, saat Naina mahu meluahkan cintanya, saat Naina sudah mula menyukainya, Aman terpaksa melepasnya kerana memikirkan bahawa dia tidak layak untuk membahagiakan Naina disebabkan dia tidak mempunyai banyak masa di dunia ini. Aman lebih rela Naina dimiliki Rohit yang juga kawan baik kepada Naina.
Demi cinta sanggup melepaskan. Sakitkan?. Mesti Aman sakit untuk melepaskan tetapi terpaksa beracampur rela! sebab dia tahu Rohit mampu mebahagiakan Naina.

Sepanjang tinggal di New York, hubungan Aman dan Rohit sangat baik. seperti sahabat karib jugak  lah sehinggakan makcik orang gaji Rohit ingatkan Aman and Rohit niyh gay sebab tidur sekatil dan aksi seakan-akan gay. haha. babak ni klakar. salah faham orang gaji Rohit ni. Bergegar-gegar tangan ni habag maih.. Well, hubungan sepeti abang and adik, sangat baik, Rohit telah menyatakan rahsia hatinya kepada Aman bahawa dia menyukai Naina. DuMMM!! --- seriuz, apabila orang yang rapat dengan kita menyatakan cinta hatinya juga merupakan orang yang kita suka-- what do u feel, serba salah? tak tenteram? --- itu lah yang Aman rasa, orang yang dia suka tuh, juga disukai oleh orang yang rapat, lebih2 lagi memikirkan orang yang rapat tuh lebih berkemampuan(Rohit tak sakit apa2) berbanding diri(Aman sakit dan bila2 masa jer ajal bakal mengjemput), mestilah diri akan mengalah dengan menunjukkan muka gembira seperti tiada apa2 yang berlaku meskipun hati tengah menangis.

Rohit walaupun bekerjaya, namun kelemahan untamanya ialah memikat wanita. Sebab tu, Aman telah membantu Rohit untuk memikat Naina sekaligus menyembuhkan luka yang telah ditoreh kepada Naina kerana telah menolak mentah2 cinta Naina dengan memberitahunya dia sudah berkahwin dengan Priya(yang sebenarnya doktornya). Namun, pembohongan Aman terbongkar apabila bertemu dengan Priya bersama suaminya semasa membeli belah di shopping mall. Pertemuan tidak sengaja itu, seriuz mengejut kedua pasangan yang baru bertunang ini( Rohit dan Naina). Kebenaran yang telah berjaya diselongkar secara tidak sengaja--kini baru Naina tahu bahawa Aman juga mencintainya.--- Cinta yang terpaksa dilepaskan.

Dikala diri Aman mahu jauh dari cinta, tetiba, cinta datang menerjah jiwanya. Namun, cinta itu hanya sebuah ilusi untuk digapai, terlalu jauh dari keinginan. Keinginan hati untuk mencintai dan dicintai terpaksa dilepaskan . Sanggup melepaskan untuk melihat orang sekelilingnya bahagia. Membiarkan perasaanya terseksa dan tertahan. Tidak Mengapa ! kerana memikirkan diri yang tidak mampu dan tidak mempunyai banyak masa di dunia. Cukup hanya mencari jalan untuk menyelesaikan konflik orang2 yang berada di sekelilingnya.

Yup, bila aku tengok cerita niyh, walaupun dia claim niyh cerita Naina, aku tetap berpandangan cerita niyh pasal Aman. Yes, kisah Aman. Kisah Aman yang begitu menyedihkan-- cinta tak kesampaian dek ajal bakal menjemput.

Konflik yang terdapat dalam cerita ini:

1. Restoran peninggalan ayah Naina hampir bankrup, bank telah mendesak untuk membayar dan restorannya pula tiada pelanggan. Kehadiran Aman akhirnya telah merubah segalanya. Dengan idea pembaharuan, akhirnya pelanggan datang berpusu-pusu dan keluarga Naina tidak perlu kembali ke India.

2. Selepas kematian ayah Naina, nenek dan mak Naina selalu bergaduh hampir setiap hari . Mungkin kehadiran cucu angkatnya, Gia yang tidak disukai nenek. Bagi nenek, Gia tuh pembawa sial sehingga menyebabkan anaknya, suami Jeniffer(mak Naina) bunuh diri. Gia telah dibawa masuk oleh Jeniffer amat dikesali nenek. Sehinggalah, pada satu masa, segalanya terbongkar, dan Aman lah yang menceritakan perkara sebenar. Perkara sebenar yang anak nenek itu mempunyai hubunagn sulit dan hasilnya ialah Gia, yang mana ibu kandungnya tidak dapat menerimanya. Setelah mendengar kisah sebenar barulah nenek tuh sedar atas kesilapannya sendiri dan menyesal kerana telah membesarkan Gia dengan penuh kekasaran. Akhirnya, segalanya kembali normal, dan nenek telah mula menerima Gia sebagai cucunya. --- berakhir sebagai happy family...

3. Masalah Rohit memikat wanita- hahah.. seperti yang dinyatakan Aman telah menolong Rohit memikat Naina selama 6 hari. dan ianya berjaya. Tetapi, saat berjayanya, Naina dapat tahu bahawa Rohit meminta bantuan orang lain untuk memikatnya dan ianya dirancang. Naina rasa ditipu dan  merasakan dirinya dipermainkan. Tapi, Aman cepat2 fix it dengan mengucapkan kata2 yang boleh mencairkan hati wanita--kata2 cinta(sambil pegang diari Rohit-seolah olah kata2 itu Rohi yang tulis, padahal luahan tulus daripada hati Aman sendiri).--- sehinggalah Rohit dan Naina bertunang... dan berkahwin pada akhirnya(time niyh dorang dah tahu tentang penyakit Aman ni)

Yes---kehadirana Aman telah memperbaiki segalanya. Saat menahan cintanya terhadapa Naina- dia telah berjaya menunjukkan muka kegembiraanya taktala fizikalnya menghadapi penyakit kronik yang sukar sembuh sambil menyembunyikan perasaan hatinya.

Saat perkahwinan Rohit dan Naina- menyambut dengan air mata tak dapat diluah dengan kata-kata

ok lah , setakat ni na share opinion terhadap cerita legend hindustan ni. heheh. cadang nak tulis sikit jer, tak sangaka berjela panjang aku tulis. haihh.. ok, boleh lah aku nak padam cerita niyh dalam Hard disk aku.. Bye2 Kal Ho Na Ho. Ada jodoh kita jumpa di TV yerr..

p/s : Hargailah orang tersayang. semahal an seagug mana pun cinta anda terhadap insan tersayang, Jangan sesekali lupa Allah.. ;)