:p

coretlah apa yang terlintas... satu terapi untuk menenangkan prasaan.. hee~ sesungguhnyer.. law ade terasa i'm really sorry... bukan niat... juz wanna to confess!!

Khamis, 28 Ogos 2014

1st batch STPM modular baharu's student- bye bye, kini kau tinggal kenangan..

assalamualaikum u guyz....
apa khabar semua... harap kalian semua sihat walafiat... ameenn..
btw, alang-alang aku tak tahu nak tulis apa..
aku hanya menaip ikut irama hati aku yang terasa kosong sangat sekarang ni..
huhuhu.. otak aku pun terasa kosong...
hahahahaha...

nak khabarkan berita gembira ni..
alhamdulillah, syukur...
akhirnya aku ditawarkan ke sebuah universiti tempatan untuk menyambung degree ku..
nampaknya tak sia-sialah aku ambil STPM dulu...hehehehe..

terima kasih ayah kerana menggesaku supaya ambil STPM dulu...
aku dulu hampir-hampir menjadi pelajar di YPC(Yayasan Pendidikan Cheras)..
macam mana aku tahu YPC?? , ini semua gara-gara cikgu kaunseling di sekolah form 6 aku ni yang beriya-iya rekemen kan aku suruh masuk ke YPC .
dia terkejut melihat keputusan SPM aku dan keptusan aku masuk untuk form 6..
hahahah... bila fikir-fikir balik, ramai sebenarnya pihak yang menetang aku ambil form 6..
siapa jer pihak tuh...?? member2 aku dan paling utama guru-guru yang mengajar aku di form 6.. tak boleh blah jerr... uhuhuhu..

guru yang paling aku rasa macam menghalau aku jer untuk blah dari sekolah tuh ialah cikgu kaunseling iaitu cikgu Talib dan cikgu ekonomiku, Pn Chan...
Pn Chan tak habis-habis cakap sesuatu macam perkataan `tak menyesal ker', `pergilah minta U ini, U itu'.. `pergi buat rayuan'... all of that... OMG apa ni..
then cikgu Talib pula lagii gilerr.. ahahahh... setiap kali jumpa jer, mesti dia ada provok aku 'subjek ni 0% orang lulus tahun lepas,takde orang lulus langsung', 'hanya beberapa orang jer yang lulus STPM', dan banyak lagi lahh... tujuan saja jer naa gertak aku supaya aku tak ambil STPM...
hahahaahhahah... lol, sesiapa yang kenal aku pasti tahu kan, aku ni memang muka tembok and takder perasaan. hahah bagi lah banyak mana warning ker, peringatan ker.. hoho.. ada aku kisah..!!ehehe..

takdir aku menjadi pelajar form 6..
yap, aku memang tak dapat sambung diploma...
kerana kebodohanku sendiri, aku tercampak menjadi pelajar form 6..
kerana egoku sendiri, aku dapat meneruskan perjalananku sebagai pelajar super senior di sekolah.. ahaha..
kebodohanku.. kerana salah isi borang UPU untuk sambung diploma dulu. aku dari pelajar bakeri minta jurusan IT.. ahahha.. lain sangat bidang tuh, memang tak dapat lahh jawabnya..
Ego... sebab aku terlalu ego taknak buat rayuan untuk kali kedua or ketiga.. konon-konon aku merajuklah dengan UPU sebab menolak permintaan ku dulu.. *hahahha, poyo jer lebih..
walaupun sifat ini dikatogerikan sebagai sifat mazmumah, aku bersyukur kerana bertindak seperti itu, kerananya aku berada di Form 6..

apa pun, terima kasih sangat dengan sistem modular baru niyh..
sangat-sangat membantu aku yang memang semulajadi malas ni..
betul lah cakap orang STPM memang susah..aku rasa sangat susah nak jawab *sebab aku tak baca buku.. eheheheh...
yer lah, kalau tak baca buku memang r susah nak jawab.. itu jer sebenarnya..
siapa rajin pasti boleh jawab... tapi aku??? serius cakap aku memang tersangat lah malas.. dalam rumah jangan harap nak sentuh buku kalau bukan waktu nak exam... hohoho..
semester 1 bolehlah tunjuk rajin.. semester 2 dan 3 dah mula tunjuk belang...
homework,jarang-jarang aku siapkan.. dan nota, haram aku tak buat langsung(buat gak bila cikgu mendesak, uhhuhu)... ehehehe...
paling tak boleh belah, aku suka sangat ponteng sekolah...sehingga  surat amaran sampai kat rumah kot.
ponteng sekolah sebab apa jer?? sebab aku terlajak.. .
huh.. terlajakkk......?? yeah.. aku terlajak tidur... alasan aku hanya tidur...
my classmate pun faham kalau aku tak sekolah sebab apa... so mereka tak banyak bertanya and  tak complain(**cuz dah penat mebebel bagi nasihat, aku buat dunno jer).. mereka hanya kesal aku bersikap begitu.. ahaha..  sorry guyz..

yeah, dengan perangai aku yang memang akan ditolak mentah-mentah sebagai pelajar contoh, sistem modular baru ini sangat membantu...
terima kasih kerana memperkenalkan modular ini..
sebagai pelajar batch pertama, ku sangat bersyukur..
sebab sistem modular baru ini ada konsep peluang kedua..
peluang kedua? maksudnya kalau gagal boleh ulang.. yeah boleh repeat.. sama ada untuk membaiki keputusan atau meluluskan subjek yang gagal... hahaha...
lagi satu ada PBS... mesti semua tahu kan apa itu PBS.. pembelajaran berasaskan sekolah..
ala, yang ramai dok complain tuh...
betul lah, aku pun ada complain jugak kerana aku kena bersusah payah mencari bahan dan segala benda  seperti interview sana sini semata-mata nak menyiapkan projek PBS.. aduhh... penat!!
tapi penatku berbaloi.. berbaloi kerana aku bertungkus lumus siapkan..walaupun aku malas, tapi aku suka travel n aktiviti luar ni...  eheheeh...
PBS ku mendapat result yang bagus... bersyukur sangat... alhamdulillah..
dan setentunya result exam aku tak se xcelent result PBS.. eheheh... STPM yang baru ni kena combined markah PBS n exam, ----teruk+bagus=sederhana...
kan... malas dalam kelas cam aku pun boleh dapat result yang sederhana tahapnya...
alhamdulillah aku tak gagal...

dengan berbekalkan PNGK yang sederhana tahapnya, aku memohon UPU untuk sambung degree..
kali ini aku berlajar dari kesilapan yang lalu..
sebelum isi UPU, aku terlebih dahulu membuat reseacrh.. tak seperti masa zaman isi upu untuk diploma dulu.. membuta tuli jer isi UPU.. uhhuhu...
aku mohon subjek yang sesuai dengan subjek yang aku ambil dulu dengan apa yang bakal aku ambil nanti..
alhamdulillah... setelah hampir setengah tahun ku menunggu.. aku mendapat panggilan temuduga...
temuduga bagi pilihan pertamaku di UPU.. komunikasi media..
komunikasi media??? wow.. ini semua gara-gara ada member bagi tahu yang jurusan itu ada bahasa melayu.. so, aku terus letak subjek tuh at the 1st place..
tak fikir aku yang subjek ni kena temu duga... yang paling tak bole blah, bahasa komunikasi yang diperlukan semasa temuduga ialah bahasa inggeris.. what!! BI aku memey lingkup derr..  perghh... aku fikir taknak pergi jer temuduga tuh... putus asa kot..
tapi, fikir-fikir balik, sampai bila nak menyorok dalam bayang-bayang sendiri.. bukan senang nak dapat offer temuduga ni.. akhirnya aku pergi juga. selagi tak cuba kita tak tahu kan...

akhirnya aku decide pergi.. ya allah, betul-betul rasa sucks jer iv yang aku pergi tuh..
speaking BI aku tunggang langgang, dengan esei nya aku rasa macam lari tajuk..
masa tuh aku redha jer.. tak dapat kos ni takper lah..mana tahu dapat kos lain.. yang penting dapat sambung degree..
tetiba...  masa keputusan UPU, perghh.. tak sangka aku akan dapat kos yang mana iv nya aku terasa tersangatlah mustahil untuk aku dapat... uhuhuhuh.. kuasa Allah.. hebatnya....

bermula 2 september nanti, tersingkaplah kisah dunia baru untukku..
tak sabar nak terokainya nanti.. *actually tak sabar nak travel.. eheheh//
bye bye kenangan STPM ku...

p/s : jangan contohi perngaiku yg malas tuh ok.. ;) hope aku x ulang sikap aku tuh semasa di uni nanti.. ameenn..

Selasa, 26 Ogos 2014

my dear netbook, i'm back!!

hai, assalamualikum semua...
apa khabar? sihat.?? alhamdulillah....
haahhahahha.. :D actually aku tak tahu nak tulis apa..
saja melawat blog kerana ada seorang sahabat ada menanyakan perihal blog ini...
kerana itulah aku tetiba teringat akan blogku yang begitu bersawang ini dan here i am.. writting a blog... hihihi..

ramadhan sudah lepas, kini syawal pun sudah sampai ke penghujungnya..
sebelum syawal habis disini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Happy Eid Mubarak u guyz..
semoga kita tanam azam baru untuk jadi lebih baik pada masa akan datang..ameen..

alhamdulillah.. netbook ku sudah dibaiki... sekarang aku menulis di papan blog menggunakan netbook ku yang hampir setahun aku tak sentuh..
hahaha.. lama kan? selama ni aku tulis blog pakai laptop... kesian netbook aku kesepian tak disentuh...
kini julung-julung kalinya, dengan rasminya i'm back Netbook  after one year.. i'll use u just like before...

kesalahan, kecuaian, dan kejahilan sendiri menyebabkan netbook ku terdampar jauh dan jauh dari sanubari..
haih... ini semua kes terlampau ikutkan nafsu ..
semata-mata nak tengok video di Youtube, sanggop tu aku tak menyempat-nyempat bawa masuk  netbook ke dalam bilik air.
masuk bilik air? kenapa? sebab masa tu aku nak mandi..
disebabkan teruja dengan video tersebut... hati pula rasa mahu mandi cuz rasa tak selesa dengan badan berkeringat.
maka, terjadilah peristiwa mandi sambil tonton video di netbook..
arghhh terasa diri ini bodoh ... kenapa lah aku tak fikir masa tuh, yang barang elektronik ini tersangat-sangatlah anti dengan air..
apa lagi, bila dah mandi walaupun tiada curahan air terhadap netbook, tetapi aku tak terfikir percikan air mandian akan menyebabkan netbook ku terjejas...
ya, keypaid netbook aku telah menjadi mangsa...
dengan perasaan teruja menonton video, aku terus menonton walaupun sedang pakai baju selepas mandi...
hahahaha... gila kan aku?? dah macam orang yang mengalami peyakit yang diberi gelaran obses pula.. hihihi
namun, perasaan teruja itu terus laju menghilang... **zzzuupppp** saat aku menyentuh keypaid untuk menaip sesuatu...
"eh apa kena ni?? kenapa aku tekan huruf ni dia keluar nombor? tekan huruf ni pula dia keluar 'start'? pelik" aku bermonolog sendiri bertanya itu ini...
aku masih berasa pelik pada masa tu.. nak mencari jawapan di google pun tak boleh sebab keypaid buat hal. . hampir kesemua huruf di keypaid lain funtion..
haih.. aku letih sendiri... lalu aku tidur merehatkan diri yang khususnya kepada otak yang setentunya sudah berserabut memikirkan segala macam perkara..haihh...

esoknya aku mencuba lagi menekan keypaid di netbok ku... hasilnya tetap sama...
akhirnya buat research di laptop....
naahhhh~~ amekkaw~~~
padan muka sendiri,  keypaid tak boleh kena air rupanya... **dushhh**
baruku tahu, baruku tersedar, otak mula berkembang.. oooo, lagu tuh kaa..!!
hahahahah.... terserlah kejahilan sendiri...
malas nak baiki punya pasal, akhirnya tersaidailah netbook ku kesepian, hanya ditemani sesawang dan habuk selama setahun... huhuhu.. tragis sungguh hidupmu netbook..

akhirnya, setelah setahun lamanya, aku telah ditawarkan ke sebuah universiti bumiputera.
disebabkan tawaran itu, aku baru teringat akan mu netbook..
haha, dengan berbekalkan duit gaji aku yang tak seberapa ini, aku sanggup menggunakannya untuk membaiki netbook.
alasan... ???
universiti, nama yang begitu sinonim dengan assignment, means aku memerlukan sangat alat IT ini..
so dengan kata lainnya.. aku tak nak bawa laptop besar gedabak uhh..
that's y, aku 'ter' paksa membaiki netbbok aku ni.. hihihi... nampak sangat tak ikhlas kan?? hahaha..

ok lah.. setakat ini sahajalah cotcet cotcet aku pada kali ini..
guna gaya ayat klasik sikit....hihihi.. entah terasa nak buat begitu...

p/m : hargailah barang elektronik anda.. jauhinya dengan air... :)