hai, assalamualikum semua...
apa khabar? sihat.?? alhamdulillah....
haahhahahha.. :D actually aku tak tahu nak tulis apa..
saja melawat blog kerana ada seorang sahabat ada menanyakan perihal blog ini...
kerana itulah aku tetiba teringat akan blogku yang begitu bersawang ini dan here i am.. writting a blog... hihihi..
ramadhan sudah lepas, kini syawal pun sudah sampai ke penghujungnya..
sebelum syawal habis disini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Happy Eid Mubarak u guyz..
semoga kita tanam azam baru untuk jadi lebih baik pada masa akan datang..ameen..
alhamdulillah.. netbook ku sudah dibaiki... sekarang aku menulis di papan blog menggunakan netbook ku yang hampir setahun aku tak sentuh..
hahaha.. lama kan? selama ni aku tulis blog pakai laptop... kesian netbook aku kesepian tak disentuh...
kini julung-julung kalinya, dengan rasminya i'm back Netbook after one year.. i'll use u just like before...
kesalahan, kecuaian, dan kejahilan sendiri menyebabkan netbook ku terdampar jauh dan jauh dari sanubari..
haih... ini semua kes terlampau ikutkan nafsu ..
semata-mata nak tengok video di Youtube, sanggop tu aku tak menyempat-nyempat bawa masuk netbook ke dalam bilik air.
masuk bilik air? kenapa? sebab masa tu aku nak mandi..
disebabkan teruja dengan video tersebut... hati pula rasa mahu mandi cuz rasa tak selesa dengan badan berkeringat.
maka, terjadilah peristiwa mandi sambil tonton video di netbook..
arghhh terasa diri ini bodoh ... kenapa lah aku tak fikir masa tuh, yang barang elektronik ini tersangat-sangatlah anti dengan air..
apa lagi, bila dah mandi walaupun tiada curahan air terhadap netbook, tetapi aku tak terfikir percikan air mandian akan menyebabkan netbook ku terjejas...
ya, keypaid netbook aku telah menjadi mangsa...
dengan perasaan teruja menonton video, aku terus menonton walaupun sedang pakai baju selepas mandi...
hahahaha... gila kan aku?? dah macam orang yang mengalami peyakit yang diberi gelaran obses pula.. hihihi
namun, perasaan teruja itu terus laju menghilang... **zzzuupppp** saat aku menyentuh keypaid untuk menaip sesuatu...
"eh apa kena ni?? kenapa aku tekan huruf ni dia keluar nombor? tekan huruf ni pula dia keluar 'start'? pelik" aku bermonolog sendiri bertanya itu ini...
aku masih berasa pelik pada masa tu.. nak mencari jawapan di google pun tak boleh sebab keypaid buat hal. . hampir kesemua huruf di keypaid lain funtion..
haih.. aku letih sendiri... lalu aku tidur merehatkan diri yang khususnya kepada otak yang setentunya sudah berserabut memikirkan segala macam perkara..haihh...
esoknya aku mencuba lagi menekan keypaid di netbok ku... hasilnya tetap sama...
akhirnya buat research di laptop....
naahhhh~~ amekkaw~~~
padan muka sendiri, keypaid tak boleh kena air rupanya... **dushhh**
baruku tahu, baruku tersedar, otak mula berkembang.. oooo, lagu tuh kaa..!!
hahahahah.... terserlah kejahilan sendiri...
malas nak baiki punya pasal, akhirnya tersaidailah netbook ku kesepian, hanya ditemani sesawang dan habuk selama setahun... huhuhu.. tragis sungguh hidupmu netbook..
akhirnya, setelah setahun lamanya, aku telah ditawarkan ke sebuah universiti bumiputera.
disebabkan tawaran itu, aku baru teringat akan mu netbook..
haha, dengan berbekalkan duit gaji aku yang tak seberapa ini, aku sanggup menggunakannya untuk membaiki netbook.
alasan... ???
universiti, nama yang begitu sinonim dengan assignment, means aku memerlukan sangat alat IT ini..
so dengan kata lainnya.. aku tak nak bawa laptop besar gedabak uhh..
that's y, aku 'ter' paksa membaiki netbbok aku ni.. hihihi... nampak sangat tak ikhlas kan?? hahaha..
ok lah.. setakat ini sahajalah cotcet cotcet aku pada kali ini..
guna gaya ayat klasik sikit....hihihi.. entah terasa nak buat begitu...
p/m : hargailah barang elektronik anda.. jauhinya dengan air... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan