:p

coretlah apa yang terlintas... satu terapi untuk menenangkan prasaan.. hee~ sesungguhnyer.. law ade terasa i'm really sorry... bukan niat... juz wanna to confess!!

Jumaat, 14 Februari 2014

Lesen P- IMKEDA.. peralatanmu....

Hai... asalamualaikum... ^_^



"hari ini", aku mengaku Modenas tak beberapa bagus.. sebab apa? because aku ada pengalaman sedih dengan Modenas atau sebenarnya pengalaman di IMKEDA dengan peralatannya yang aku sallute berjaya menyakitkan hati aku.

aku lebih suka EX5.. biarlah tak dikatakan menyokong keluaran tempatan ker apa, yang penting kualiti barang itu memuaskan hati.


ok.. pagi tadi adalah kali pertamaku untuk menghadiri sesi pembelajaran motosikal untuk mendapat lesen "P"...
aku pergi bersama agen sekolah memanduku kerana agen itu perlu menguruskan segala hal berkaitan dengan perdaftaran dan segala benda berkaitan dengan lesen P.
Biasalah, pada kali pertama, hati mesti rasa berdebar kan??
begitu juga denganku.. bukan takat berdebar jer, tapi kecut perut sekali, kalau orang Pantai Timur sebut, serabut perut.. 
dan seperti biasa juga, babak penungguan akan berlaku apabila ke IMKEDA..
jadi dengan penuh kosong dan tidak tahu apa-apa.. aku menunggu kebosanan..
tapi tidaklah "kebosanan menggila" kerana sepanjang 'babak' itu diselangi dengan beberapa babak yang membuat otak ku berfungsi.
Pertama, cikgu IMKEDA mengajar kami dengan memberi penerangan yang patut kami lalui..
Kedua, aku menelefon cikgu ekonomiku, Puan Chan untuk bertanyakan mengenai pengambilan peperiksaan Ulangan Semester 3.
ok lah, malas mahu nak cerita panjang..
apa pun sesi masa aku call Puan Chan itu paling best, because, we're not just talk about "peperiksaan ulangan" but bergosip-gosip, tanya itu ini. Maklumlah, dah lama tak jumpa kan..- ceh macam kawan pulak kan?? 


setiap group yang dipanggil untuk belajar atas litar ada  lah 12 atau 13 orang sekali round..

aku group ke-2... masa nama aku dipanggil , serius masa tu rasa macam dah nak tercabut dah perut aku ni.. huhu..
group aku ramai lelaki, perempuan hanyalah 2 3 orang jer.. sobs sobs..
then dia panggil group perempuan suruh naik motor dulu.. aku dah cuak.. masa tu aku pandang sorang minah at sebelah aku, then tetiba cikgu tu cakap, "kamu lah perempuan takkan lah laki pulak kat sana tu". sambil tunjuk ke arah kami. apalagi, geng-geng laki dah gelak... sengal.!!.


then,kami (geng perempuan) pergi lah ke arah motor tuh.. 

motorsikal Modennass-version ke berapa entah, tapi yang pasti, lapuk gilerr motosikal tu...
aku naik lah motosikal tu.. ya ampun... berat! then susah nak start.. dah beberapa kali aku tekan injak motorsikal tuh but still tak boleh.. -WTF.. 
cikgu tuh tengok aku, then dia suruh sorang budak laki start kan motor untuk aku.. beberapa kali jugak baru boleh start...
then bermulalah episod aku meletakkan kaki kat tempat letak kaki..  "eh, eh apa yang aku pijak ni??"
aku tengok tempat letak kaki tu, Oalohh... beb, kedua-dua kiri dan kanan tempat letak kaki tu bergoyang-goyang dan rasa tak stabil.. dan aku pun tak stabil kat atas motor tuh sampai cikgu tuh tegur, "kau reti bawak motor tak?"
and of course lah aku cakap "reti"
"MOTORSIKAL", bahagian kaki dan tangan aspek penting untuk handle, kalau salah satunya rosak atau skru longgar ker, akan menyusah pemandunya.. dan aku lah mangsanya...
Jadi, kaki aku hanya beralaskan brek dan gear.... tersangatlah tak selesa dan konform dalam hati memaki-maki motorsikal yang aku tengah tunggang tuh.. walaubagaimapun, i can still handle it about beberapa rounds.. yang paling x boleh belah tongkatnya jatuh, jadi sepanjang aku menunggang, terseret aje lah tongkat tuh ke sana kemari.. rasa dah macam main seret-seret pelepah kelapa jer.. huhu





aku ingat aku sorang jer jadi mangsa, rupanya budak lain jugak sama..cuma masalah motorsikal jer lain seperti brek susah makan lah,tempat tekan minyak tuh ketat lah, dan macam-macam lagi.  Motorcycle's condition memang punca kenapa kita orang tersalah step.. Sehinggakan ada yang terjatuh motor dan tidak dapat melepasi halangan.. lagi satu nak bagi tahu, kalau datang situ, bawalah helmet sendiri kerana helmet yang disediakan seperti baru lepas accident.. teruk bebenor keadaannya.. takder gabus yang tebal dan sponge. nipis jer macam tembikai baru korek isinya. tali topi keledar kontot seperti ekor arnab.. mm , rasanya helmet ice skate lagi better lah kalau nak dibandingkan..








seriuz talk, motorsikal tuh patut campak jer ker planet Marikh.... hoho... 

rasa macam nak guna motor sendiri jer kat litar tuh, biar nampak sikit kecekapan aku bawa motor.. hoho..
ini, Modennass  daripada aku boleh bawa motor terus KO . sampai kena mintak tolong orang start kan, tongkatkan, sampai gear pun cikgu tuh betul kan..  haih, nampak sangat kejahilan aku disitu.. huhuhu...


p/s : peralatan yang baik dari segi kualitinya mengundang keselesaan kepada penggunanya.








2 ulasan:

  1. wehh.. susah sgt ke moto modenas tuu.. utk aku yg jrg2 bwk moto ni mesti lagi sadis...

    dah lahh kita belajar guna moto berat tuuu.. sobs sob TT.TT

    BalasPadam
    Balasan
    1. yap.... moto untuk kita berlatih tuh seriuz mengudang perasaaan tidak senang... seriuz.. skru longar sana sini... dan macam x pernah diservis... huhu T^T

      dan biasalah susah nak start.. so lain kali main kasar jew ngan motor tuh..

      tapi aq dengar kalau exam nanti dia bagi moto baru lah... takper.. koe berlatih lah naik moto selalu.. nanti mesti OK!! then nanti berlatih koe choose lah moto yang baru2 siket... senang dibawa berlatih.. ^_^

      Padam